Tuesday, October 28, 2008

Khairy 'melalak' nak berdebat dengan Mukhriz ?


Membaca email seorang teman yang memberikan link sebuah laman Umno "Kelab Penyokong Maya Umno" KPMU yang menjadi laman pro Abdullah dan Khairy. Laman KPMU ini diwujudkan bagi menyaingi laman Kelam Maya Umno (KMU) yang 'hampir' secara total membelasah Abdullah dan Khairy secara terang - terangan dengan bertindak pro Tun Dr. Mahathir.
Menarik juga membaca beberapa artikel dan menyaksikan bagaimana politik politik dalaman Umno turut mengheret tentera cyber berperang sama.

Tertarik dengan beberapa posting laman KPMU yang menyerang Mukhriz sebagai penakut untuk berdebat dengan Khairy secara terbuka. Malah KPMU telah menyiarkan muka Mukhriz yang dibuat seperti tikus.

Menurut posting - posting tersebut, mendesak Mukhriz supaya lebih 'gentleman' dan berani untuk berdebat dengan Khairy secara terbuka. Secara peribadi che'GuBard menyokong usaha perdebatan terbuka ini. Dalam amalan demokrasi maju perdebatan seperti ini akan melahirkan idea yang segar dan memberi ruang kepada pengundi untuk membuat pilihan yang terbaik dikalangan yang menawarkan diri.

Ada posting yang lain juga (memetik kenyataan Khairy dalam Utusan Malaysia) yang menyatakan bahawa ada pihak halang beliau temui pemuda di musim pemilihan Umno ini.

Cuma semua posting ini menyebabkan che'GuBard juga tersenyum. Pemilik laman ini umpama meludah ke langit bertepek kena semula di muka Khairy.

Ketika PRU ke 12 yang lalu Khairy juga 'menikus' dalam egonya untuk hadir berdebat dengan che'GuBard untuk memberi ruang kepada pengundi menilai idealisma dan tawaran terbaik. Malah ketika pilihanraya tersebut bukankah padang bertanding dijadikan tidak sama rata. keADILan dihalang menggunakan padang awam, dewan dan seumpamanya untuk berkempen. Jentera kerajaan di perkuda sepenuhnya oleh Khairy selaku menantu PM malah jentera Umno dibiar bertindak ganas memukul, menghalang petugas keADILan dari mendekati pengundi. Ketika teman mahasiswa turun ke Rembau mereka diugut malah pihak HEP Universiti umpama keldai mengekori untuk menangkap pelajar terbabit. Sebaliknya Khairy mampu memasuki University untuk berkempen politik.

Malah lebih parah mahkamah tidak punya keberanian membicarakan bagaimana jumlah kertas undi yang dikeluarkan di semua peringkat DUN bawah Parlimen Rembau mempunyai beza yang cukup besar dengan jumlah kertas undi yang dikeluarkan di Peringkat Parlimen Rembau.....

Walaubagaimanapun setakat apa yang dikenali Khairy dan Mukriz jika mereka berdebat saya rasa Khairy mampu menawan audien menewaskan Mukhriz. Khairy lebih karismatik dan idealisma berbanding Mukhriz. Cuma kesalahan Khairy dalam politik ialah ia naik kerana tangga bapa mertuanya, kesombongan dan ketamakanya yang melampau.

4 comments:

  1. Anonymous3:03 PM

    hahahahaa... KJ mampuih lah kau... baru kau tahu langit tinggi rondah.... orang mudo jangan sombong....

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:38 PM

    yes,Khairy seems to be a better debater than Mukhriz and Khairy also seems to be more proactive and perform than Mukhriz.

    but too just debating alone on the competition towards a certain position/seat is not enough.people need to know more about their planning and how the planning can be beneficial for the commom people.

    debating is an option voiced out by Khairy.i'm sure there are other ways to show who deserves the seat more.

    and on to Mukhriz,why not he try to accept Khairy challenge to debate.that might as well be a platform for him to show that he got balls and not just clinging on his dad.

    ReplyDelete
  3. tuan bard!... bulih link kan dengan blog den tak hik hik hik... http://penyapulidi.blogspot.com -ayul-

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:23 PM

    Hi Dude,
    So you caricaturised Mukhriz pics to demonise him?
    Welcome to the politics of HATE.
    You are such a good politician!

    IHopeBardGetsABiggerDick

    ReplyDelete