Tuesday, October 14, 2008

Tahniah kepada " Pak Ak "

Tahniah kepada YM Guru Utama merangkap Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia kerana penganugerahan Pingat yang membawa Gelaran Datuk oleh DYMM SPB Sultan Perak. Sesungguhnya anugerah ini tepat atas usaha Tn Hj Ishak Bin Itam yang menyusun dan mendidik anak - nak melayu tanpa mengira latar belakang. Hampir keseluruhan usia beliau telah diabadikan untuk usaha murni ini. Maka amat wajar penaugerahan ini seiring dengan pengorbanan beliau yang lebih mesra dikenali sebagai 'Pak Ak'

dalam posting ini juga nak komen sedikit mengenai anugerah Datuk yang diberi oleh Istana tak berdaulat' Melaka kepada pelakon Hindustan....... ini namanya sudah mengarut tahap maksima... itulah akibatnya meletakkan benda pada tempat yang tak patutu... TYT Melaka dah tentu-tentu raja rasuah masa jadi MB tapi diangkat jadi TYT maka bukan salah dia tetapi salah orang yang angkat dan biarkan dirinya diangkat jadi TYT...

Atau adakah ini cara Ali Rustam nak lobi Najib melalui Rosmah. Ali Rustam mungkin teringat yang Rosmah amat sukakan Shah Rukh Khan sehingga ada gambar Rosmah memeluk dan mencium Shah Rukh Khan. Komen Ali Rustam cukup dangkal dan memalukan. Katanya penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan akan mempromosikan Melaka secara percuma.... lepas ini berilah Datuk kepada Madonna...Britney ke ... lagi porpular apa... maka seluruh dunia akan ke Melaka nak tengok raja mana yang bangang beri anugerah tinggi istana secara 'lambung-lambung' sahaja.....

*** p/s : 28 Oktober ; pagi ini menerima sms dan email menyatakan bahawa 'tidak benar' mengenai penerimaan darjah Datuk kepada Pa'Ak oleh Istana Perak. Saya masih cuba memastikan kedudukan sebenar. Apa yang berlaku ialah lima hari sebelum posting ini dibuat saya menerima sms dari Pak Long Misai (Zul Bukit Pinang) yang merupakan aktivis yang aktif dalam PSSCM menyatakan Pa'Ak akan terima 'Datuk' dari Perak. Kemudian diperiksa dari seorang sumber dalam Kerajaan Perak, 'Azman' mengesahkan ada Guru Silat yang menerima pingat dari Istana Perak. Apa pun maaf atas kekeliruan ...saya akan cuba cari kepastian...

12 comments:

  1. Anonymous3:19 PM

    Salam...
    Orang macam YM Guru Utama inilah yang layak dapat gelaran Datuk. Bukannya Shah Rukh Khan (SRK) yang dah tentu bukan orang Malaysia. Saya yakin masih ramai yang terpinga-pinga dengan penganugerahan Datuk kepada SRK, termasuklah peminat SRK sendiri...Saya harap gelaran Datuk untuk SRK dikaji dan ditarik balik... Masih ada orang lain yang lebih layak disnugerahka gelaran atau pangkat Datuk...

    ReplyDelete
  2. Chegu sebagai anak murid Pak Ak (tak silap kelas Ampangan 7) memang telah membuktikan bahawa Chegu menghormati dan menyanjungi guru. Saya merangkap anak murid yang tak tamat juga mengucapkan sekalung tahniah buat Pak Ak.

    Ada senang nanti mau kasi habis itu buah potong..

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:15 PM

    Kalau kitorang nak jomput cikgu buleh tak kek Rombau ? Tapi nak jomput bersilat bukan ceramah...Buleh yo..??Nnti esey confirmkan ngan zizi...

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:37 PM

    Bangga anak Cekak ada seperti chegu.... dgr khabar ramai anak cekak dalam pimpinan negara... Reezal Marican katanya juga ahli tamat... DSAI juga sekelas dengan arwah ust. Fadzil masa Arwah Ust. hanafi masih hidup....

    teruskan usaha 'sembah salam'buat YM Guru Utama yang dah lama tak jumpa....

    ReplyDelete
  5. Anonymous4:27 PM

    Ahli PSSCM lama... : harap sdr. tidak politikkan kemuliaan PSSCM... ini bukan kali pertama semasa temuramah dalam akhbar pembangkang saudara pernah menyebut nama YM guru utama...

    saya ahli Umno penyokong setia Umno yang pentingkan perpaduan Bangsa Melayu... perjuangan saudara ialah menggadai hak bangsa melayu... saudara kianati guru saudara....

    ReplyDelete
  6. allo anonynous... apa maksud dengan kianati guru?... apa kah kamu rasa chegu bard tidak mendapat izin sebelum menjadi apa dia jadi sekarang.. tanya dulu sebelum membuat spekulasi... apa bukti chegubarg khianati guru?... bab lain aku bleh dia masuk cita pak ak.. hang cari pasai!!!!

    ReplyDelete
  7. Saudara bard,
    Ini satu penyakit baru dlm penganugerahan pingat kebesaran..alangkah bodohnya Ali Rustam mencadangkan kpn Khalil yaakob untuk memberi pingat kpd Shah Rukh Khan???Itu lah pemimpin UMNO,asyik kemaruk dgn pangkat,dah hilang moral melayu n susila melayu.Apo kono ni jang ooi...Maka rakyat melaka wajib membuka mata,telinga dan mulut dgn isu begini...UMNO sudah lama jual maruah org melayu.Terbukti kali ini,atau Khalil Yaakob memang ketagih duit kopi kot...semasa era pemerintahannya di Pahang memang byk rasuah duit terhadapnya,sanggup jual balak haram kepada tauke2 cina.Jual balak haram sama juga seperti jual bangsa melayu,adat melayu...Mana ada UMNO membela nasib melayu...jual maruah org melayu ada la...yg kita nampak sekarang ni...pikir-pikir la............

    ReplyDelete
  8. Anonymous8:38 AM

    anonymous 4.27pm ... Chegubard orang politik ... mestilah bila bercakap ada unsur politik ... lainlah kalau dia Cikgu biasa macam kat Perak ... letak gambar MB kat sekolah pun tak leh ...

    Ahli tamat ... masa tu hanya ada satu je PSSC ...

    p/s ... syok bila dapat 'apply' salah satu buah tapi tak ingat nama kat 2 orang yang 'pau' saya ... tapi tu cerita lama ... anak-anak pun tak boring dengar ...

    ReplyDelete
  9. tahniah kepada YM GURU Utama..berjuang demi agama dan bangsa..aku dulu aktif gak tapi sekarang ni kurang sikit..tapi aku rindu yg teramat sangat dgn persatuan lebih2 lagi dh lama sgt x jmpa ngan YM Guru Utama..harap2 tuhan panjangkan umur dan mengurniakan kesihatan yg baik kepada beliau dan Maktam..kepada chegubard terus kan perjuangan anda perjuangan harus diteruskan..

    ReplyDelete
  10. Anonymous6:50 PM

    mana dapat tau mengenai datukship tuan hj ishak itam? setahu saya tiada informasi rasmi dlm laman web rasmi psscm.

    ReplyDelete
  11. Anonymous5:45 PM

    jelas.. hanya jalan budaya boleh menyatukan bangsa dan agama.

    ReplyDelete
  12. Anonymous11:25 PM

    Harap PSSCM tidak perlu dijadikan isu dalam perbincangan politik.. kerana PSSCM tiada kepentingan politik langsung..

    Namun PSSCM tidak menyekat ahli-ahlinya untuk menyokong mana-mana badan politik secara persendirian..

    ReplyDelete