Hujung minggu lalu ketika pemerhati politik sedang sibuk memerhatikan 'percaturan' politik parti perkauman kedua terbesar di Malaysia iaitu MCA yang sedang mengadakan Perhimpunan Agongnya satu lagi tangkapan ISA dilakukan. Kali ini mangsanya ialah seorang penyelaras sebuah badan bukan kerajaan, SUARAM. Dosanya ialah bersama terlibat dalam mempertahankan hak (yang majoritinya Melayu) penduduk Kampung Baru Plentong, Johor.
Cheng Lee Whee, seorang sukarelawan wanita di sekretariat Suaram Johor Bahru ditahan menurut Seksyen 28 pada 10.45 malam tadi di balai polis Seri Alam. Kesalahanya ialah mengedarkan berita dan gamabr dimana Polis dengan ganas membantu Kerajaan Tempatan untuk menceroboh kampung dan merobohkan rumah penduduk. sila klik untuk baca lanjut
Nampaknya regim pemerintah benar - benar gagal memahami isyarat rakyat. Salah satu sebab regim ini makin dibenci ialah ISA.
Mesyuarat MCA yang berlansung hujung minggu lepas juga menggambarkan 'pasangan UMNO' dalam BN ini gagal memahami isyarat rakyat iaitu bencikan ISA. MCA gagal memahami kebencian rakyat khususnya masyarakat bukan Melayu terhadap ISA (tidak kurang juga kesedaran masyarat Melayu anti ISA yang makin meningkat) atau MCA memahami tetapi takutkan ketuanan politik Umno yang kelihatan 'bapa' dalam gabungan perkauman bawah payung BN.
Malah lebih 'kebelakang' apabila perwakilan Pemuda MCA pula mencadangkan Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda Umno ditahan ISA. Kononya kerana Khairy sering menjadi punca ketegangangan kaum sejak akhir - akhir ini. Nampaknya MCA (Pemuda) hanya menumpukan pertembungan politik perkauman mereka untuk menjamin kuasa. Tetapi tidak memahami perlunya memperkasakan negara dan rakyat dengan semangat keadilan dan demokrasi sebenar yang akhirnya mampu memperkuatkan daya saing bangsa Malaysia dalam persaingan global ini.
Kenyataan pemuda MCA tersebut harus dikecam. ISA harus dihapuskan, jika ada yang bersalah dakwa di mahkamah. Tidak ada makhluk yang harus dihukum tanpa dibuktikan bersalah. Baik dia Khairy atau Mahathir Mohamad !!

No comments:
Post a Comment