Monday, October 20, 2008

Seremban, Rembau banjir....

Semalam Majlis Hari Raya yang diadakan di Sawah Raja terpaksa diadakan dalam keadaan ala kadar. Hujan ribut kuat sekali mampu menerbangkan khemah, air bergenangan....Maaf juga kepada YB Nik Nazmi yang sudah sampai tol Pedas / Linggi terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Subuh ini dihubungi teman - teman, sekitar Paroi, Rantau dan banyak lagi kawasan dalam Parlimen Rembau dinaiki air... penghuni kawasan perumahan mewah juga terpaksa dipindahkan....

Semua petugas keADILan Rembau dan PAS sudah turun ke bawah seawal subuh tadi bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan yang turun membantu....ramai yang telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir juga.Kemungkinan kemusnahan dan kerugian tinggi kerana ramai tak sempat selamatkan barangan.

Kepada yang sudi hulur bantuan segera....
  • lampin bayi/dewasa
  • barangan makanan - beras,sardin, minyak, susu, tepung dll
sesiapa yang ada peralatan seperti 'water jet' dan seumpamanya untuk dipinjamkan sebagai persediaan usaha pasukan bantuan pasca banjir untuk bantu bersih rumah.

untuk hulur bantuan sila hubungi Azizi 0123696474

2 comments:

  1. Anonymous5:33 PM

    Saya turut bersimpati dengan kejadian banjir yang melanda Rembau. Ini semua ujian dari Allah SWT. Diharapkan semua penduduk yang terlibat banyak-banyak bersabar...

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:27 AM

    betul tu betul...!

    ReplyDelete