Friday, October 17, 2008

MB NS dituntut campur tangan dan nyatakan pendirian dalam isu saman DYMM SPB Yg Di Pertuan Besar NS

KETUA Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad (gambar kanan, tengah) hari ini membenarkan jurufoto dan jurukamera media merakam prosiding Mahkamah Khas yang membicarakan kes Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) menentang Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar di Palace of Justice hari ini. --fotoBERNAMA

Pada 15 Julai lepas satu peristiwa hitam bagi insititusi 'beradat' Kerajaan Negeri Sembilan apabila Mahkamah telah membenarkan saman sebuah syarikat kewangan ke atas DYMM SPB Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Bagi cheGuBard ia membawa erti besar (sama ada negatif atau positif) kepada Insitusi Istana Negeri Sembilan. Calar ini akan terakam dalam sejarah. sila klik untuk membaca penuh. Namun sehingga kini Menteri Besar Negeri Sembilan 'membisu' dalam isu ini. Walaubagaimanapun tahniah ke atas YB Chai Tong Chai (ADUN Chuah) telah memberikan respon mengenai isu ini selaku Timbalan Pengerusi keADILan N.S. Di bawah ialah kenyataan penuh Chai Tong Chai.

Saya YB Chai Tong Chai, selaku Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan merangkap ADUN Chuah menyifatkan peristiwa yang berlaku ke atas Duli Yang Maha Mulia, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar ibni Tuanku Abdul Rahman bersabit keputusan Mahkamah Khas, sebagai suatu titik hitam yang amat malang.

Kami anak watan Negeri Sembilan merasa amat dukacita dan kecewa terhadap Dato’ Seri Mohamad bin Hasan, selaku Menteri Besar Negeri Sembilan dan pucuk kepimpinan UMNO Negeri yang tidak langsung perihatin terhadap darjat Institusi Kesultanan Raja-Raja Melayu.

Sebagai rakyat di negeri yang kaya dan penuh beradat, YAB Menteri Besar dan pucuk kepimpinan UMNO Negeri Sembilan sepatutnya mengambil langkah-langkah bagi mengelak peristiwa hitam ini berlaku. Peristiwa malang ini tidak mungkin berlaku sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO tidak menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu.

Sebagai ikhtibar, maka tibalah masanya Institusi Raja-raja Melayu dimartabatkan semula sebagaimana yang termaktub dalam Rukunegara. (Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara)

Daulat Tuanku!

YB Chai Tong Chai,
ADUN Chuah
merangkap Timbalan Ketua Perhubungan keADILan NS

3 comments:

  1. Anonymous4:13 PM

    Pandai juga YB Chai Tong Chai nak bodek Majlis Raja-raja... Tu nak ambil hati Majlis Raja-raja la tu. Sekarang ni ni kan Majlis Raja-raja murka bila isu hak keistimewaan Melayu dicabar atau diungkit oleh pembangkang. Bila dah murka, pandai pula nak ambil hati balik...Pigi dah Keadilan dan Pakatan Rakyat!

    ReplyDelete
  2. Hidup YB den..........ikhlas dari budak chuaw

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:09 PM

    Hahaha... Hipokrit betul orang2 pkr nih. Cina ni nakkan imuniti kepada raja2? Biar betul. Ada betul ka apek? Lu ada tau cakap melayu ka?

    ReplyDelete