Wednesday, October 22, 2008

Seketeriat Anak Muda Malaysia desak polis buka semula siasatan Altantuya



Semalam 21 oktober 200 satu laporan polis telah dibuat atas nama Seketeriat Anak Muda Malaysia (SAMM). Laporan polis ini dibuat oleh 5 penama aktivis SAMM selain saya antara lainya ialah Amin Iskandar (Blogger), Athirah Aiman (Ketua Penerangan DMPP), Wan Mohamad Anies Adnan (aktivis social dari Terengganu) dan Ramlan (wakil aktivis reformasi).

Laporan polis ini bertujuan mendesak polis membuka semula kertas siasatan kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Sharibu berikutan pendedahan bukti terbaru iaitu ‘rakaman’ pesanan ringkas (SMS) yang berkomunikasi berkenaan kes pembunuhan tersebut. Laporan yang merakamkan mengenai rakaman sms yang dikatakan antara Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia bersama seorang peguam Datuk Shafie Abdullah telah tersebar melalui email dan terlalu banyak laman web serta blog menyiarkanya. Najib pernah memberikan komen mengenai perkembangan ini dengan mengatakan dia tak terlibat dalam salah guna kuasa namun tetapi dia tidak menafikan kewujudan sms tersebut.

Pertama polis harus menyiasat secara terbuka mengenai kebenarannya dan bukanlah sukar dalam perkembangan dunia teknologi ini untuk mendedahkan kesahihanya. Jika ia benar maka kertas siasatan pembunuhan kejam Altantuya harus dibuka semula. Pembunuhan warga Monggolia ini terlalu banyak misteri yang masih terselindung. Dari penglibatan pegawai keselamatan kanan Najib yang sehingga kini gagal diperjelaskan secara memuaskan sehinggalah kenyataan bersumpah (pertama) Balasubramaniam yang masih tidak terungkai misterinya. Balasubramaniam terus menghilang diri (hidup atau mati tidak pasti) tetapi Polis telah mengsahkan menemuinya di luar Negara untuk diambil kenyataan tetapi hingga kini statusnya masih ‘misteri’. Pembunuhan Altantuya perlu dibuka semula dan pendakwaan yang kelihatan lemah sekarang ini perlu diperkukuhkan. Pembunuhanya sentiasa menjadi cakap cakap umum dalam dan luar Negara, ia begitu menarik perhatian kerana dikatan melibatkan skandal seks dan korupsi besar Negara oleh kerana perhatian besar ini dia harus diselesaikan secara adil dan terbuka tanpa menyelindungi apa jua bukti kerana system pengadilan Negara turut dibicarakan dalam kes ini.

Keduanya laporan polis ini mendesak satu siasatan terbuka dan menyeluruh mengenai pembelian senjata dan perlatan pertahanan Negara ketika Datuk Seri najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan. Terlalu banyak penyelewengan berlaku. Laporan Audit 2007 merakamkan mengenai “rekod-rekod tertentu berkaitan dengan urusan pembelian enam kapal peronda persisiran pantai yang bernilai RM6.75 biilion telah dimusnahkan” sehinggalah kepada pembelian scorpene yang menghasilkan komisyen RM530 juta dan dalam pembelian sukhoi pula wang rakyat RM 410 juta hilang sebagai komisyen kepada orang tengah.

Terbaru pembelian Eurocopter EC725 dimana Malaysia membeli sebuah helicopter tersebut lebih mahal RM82 juta sebuah dari harga model yang sama dibeli oleh Brazil. Perbezaan harga lebih sekali ganda menyebabkan wang RM 1.2 bilion wang rakyat hilang.Pembelian tersebut yang dibuat tergesa – gesa seolah cuba mengejar masa perlu menyelesaikan pembelian sebelum Najib meninggalkan Kementerian Pertahanan.

Bukan sedikit wang Negara terbazir. Mesti ada pihak yang bertanggungjawab dengan kehilangan bukan sedikit wang rakyat ini.

Laporan ini juga disertakan dengan 21 muka surat dokumen sokongan berkaitan perkara yang dibangkitkan. SAMM percaya dengan apa yang diberikan ini sudah cukup alas an untuk pihak PDRM memulakan prosedur siasatan dan bertindak.

Laporan yang sama juga difailkan akan difailkan ke BPR untuk turut mendesak BPR bertindak mengikut bidang kuasa mereka juga.
Sekian laporan kami

Badrul Hisham Shaharin @ che’GuBard
Jurucakap SAMM

baca juga

1 comment:

  1. Anonymous8:18 PM

    yg kepala botak tu cam kenal jer.....

    ReplyDelete