Tuesday, October 14, 2008

Suku sakat ADUn Lenggeng langgar lari...?

terbaca posti di sebuah blog mengenai seseorang yang ada kaitan dengan ADUn Lenggeng terlibat langgar lari.... mungkin boleh kongsi bersama

Ceritanya, lelaki yang memandu Harrier hitam baru itu sedang menelefon sambil memandu sehingga makan jalan arwah yang sedang menunggang motor. Orang kampung cerita, dagunya tersangkut pada cermin sisi kereta Harrier tersebut. Jadi dagunya hancur, tengkuk patah dan beberapa kecederaan teruk pada bahagian lain. 2 jam menanti polis untuk datang ke tempat kejadiaan. Mayat arwah hanya ditutup dengan surat khabar sementara menanti polis. 3 kali kami menelefon polis, baru lah mereka sampai. (aku benci polis malaysia)

Lelaki yang melanggar arwah lari dan meninggalkan keretanya di situ (kereta bapak dia) Dia takut akan dipukul oleh orang kampung. Dan yang sebenarnya, lelaki itu yang umurnya dalam lingkungan 20-an adalah anak saudara kepada Adun Lenggeng dan tidak mempunyai lesen memandu. Tidak beberapa lama, polis ke rumah lelaki tersebut bersama waran tangkap. Keesokkannya, keluarga lelaki yang melanggar arwah datang ke rumah dan memberi sumbangan RM1,000 dan meminta agar kes tidak di bawa ke mahkamah dan berjanji akan membayar RM300 sebulan kepada sepupu aku. Maaf, permintaan anda ditolak. Kami sekeluarga tetap mahu membawa kes ke mahkamah, tidak kira lah kau itu siapa.

klik untuk baca lanjut : http://susudalambotol.blogspot.com/2008/10/seminggu-yang-aman.html

4 comments:

  1. Anonymous12:39 PM

    apo dio ingat baru jadi anak sedaro YB dah leh bunuh orang....

    jangan lopehkan dio nie

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:17 PM

    Hantam la YB Tapa tuh

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:18 PM

    Kasi hantam sama dia nie

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:00 AM

    pesal plak nk hentam YB tapa 2?? bkn die pn yg langgar lari...so ckp biar berakal...jgn ikut prasaan amarah, nafsu and prasaan dengki semata2...

    ReplyDelete