Tuesday, October 14, 2008

Hujung minggu yang amat 'ketat'

Jadual agak ketat bermula Jumaat lalu jadual sangat ketat. Jam 5.00 petang sepatutnya berada di Kangar Perlis untuk sesi dialog dengan aktivis keADILan di Perlis untuk menerangkan beberapa kedudukan isu semasa yang semakin mendapat perhatian kini. Namun leh kerana hujan hampir sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur, hanya memungkinkan untuk tiba di Kangar 10minit sebelum jam 6.00 petang. Seperti biasa walaupun sudah pernah sampai namun masih tak ingat jalanya... terpaksa tunggu di depan Bangunan Majlis Perbandaran Kangar untuk saudara Amran, Setiausaha Kerja keADILan Perlis tiba dan menunjukan jalan.

Abg, Hashim, Cikgu Bidin dan ramai lagi sedia menunggu di pejabat. Ingat lagi bersalaman dengan seorang pimpinan AMK Perlis, berliau berkata 'kami mula rancang nak jemput cikgu untuk rasmi mesyuarat tapi ada exco AMK dari Perlis halang...tapi dapat juga jumpa cikgu raya ni....' cheGuBard cuma balas dengan senyuman ...malas nak layan politiking sempit beberapa kerat dalam parti ini. Semua ini biasa dan ia mematangkan....tetapi amaran erlu diberi juga agar dalam keadaan kritikal seperti ini jangan buang masa dengan politiking sempit.

Taklimat ringkas dan dialog, isunya sudah tentu salan mengenai peralihan kerajaan.... oleh kerana ianya program tertutup banyak dapat dikongsi dalam satu jam dialog tersebut. Kesimpulanya apa juga
parti perlu digerakkan sepantas perubahan persekitaran... Selepas itu cheGuBard menyampaikan bantuan kepada 5 keluarga miskin. Bantuan sedikit barang makanan dan wang tunai dari Tabung Jejak Fakir. Selepas makan terus ke sebuah restoran milik aktivis wanita yang cukup kental untuk kami dijamu makan malam.

Restoran ini sudah pasti akan saya dan Ezam singgah setiap kali ke Perlis. Pemilik restoran ini masa pertama kali nampak saya dengan wajah sedih mengatakan... "nampak cikgu teringat Ezam tak sangka dia macam itu...." ...cheGuBard faham kesedihan akak pemilik restoran itu tetapi cuma mampu tersenyum dan cuba alihkan topik perbualan.

Selepas makan terus bergegas ke Sg,Petani...tiba - tiba badan panas dan selsema..kepala sakit...argh tanda demam selsema... dan sehingga menulis posting ini masih selsema..

Di Sg,Petani tiba jam 9.30 malam...Sambutan Rumah Terbuka AMK Kedah... meriah rasanya tidak kurang dari 8 khemah didirikan depan Pejabat Yayasan Aman di Sg.Lalang dipenuhi orang ramai yang sibuk bersalaman dan menikmati juadah tersedia. Tahniah kepada Saiful Izham (Ketua AMK Kedah) dan cikgu Azman... majlis turut dihadiri oleh Bang. Jo, ahli Parlimen Sg. Petani dan Senator Zamri, Pengerusi Perhubungan keADILan Kedah.

bermalam di Macang Bubuk, B.Mertajam untuk memungkinkan tiba awal di Rumah Terbuka DSAI di Cherok Tokun. Seharian Sabtu itu di Pulau Pinang menghadiri beberapa program termasuk sempat bersama DSAI hadir ke rumah terbuka PAS Pulau Pinang dan perasmian Pejabat Ahli Parlimen P.Pauh di Permatang Pasir.

(atas) antara ribuan yang beratur untuk bersalaman dengan DSAI (pic bawah) TYT Pulau Pinang Tun Rahman antara yang hadir

Ahad pula berada di Kampung Baru , diberikan tanggungjawab mengendalikan pentas utama (persembahan). Turut hadir sama menghiburkan puluhanribu pengunjung hari tersebut ialah Rabbani dan Yassin. Jam 5.00 petang bertolak ke Johor destinasi ialah Gelang Patah. klik untuk koleksi pic Open house Kg. Baru

Di rumah terbuka keADILan Gelang Patah sempat menyalurkan bantuan dari Tabung Jejak Fakir kepada 7 keluarga miskin. Bantuan hanya diberikan dalam bentuk makanan kerana wang yang seharusnya disampaikan sama terlupa dan hanya disedari sampul wang sumbangan berada di dalam poket ketika dalam perjalanan pulang.

Sangat kesal kerana terlupa untuk sampaikan wang tersebut. Mungkin terjadi kerana selalu bila sampai bantuan makanan saya akan keruk sekali poket untuk ambil sampul wang tunai untuk sampaikan. Cuma di Gelang Patah tempoh hari saya duduk dan bantuan Tabung Jejak Fakir disampaikan oleh YB Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Selangor.... wang tersebut semalam sudah dikreditkan semula dalam tabung untuk bantuan lain.....

Majlis rumah terbuka tersebut lebih meriah kerana turut dihadiri oleh 'pasukan berbaju kuning' iaitu jawatankuasa selamatkan Kampung Baru Plentong Tengah, Masai yang dimana tanah kampung mereka telah diserahkan oleh kerajaan kepada syarikat pemaju dan mereka dihalau dari kampung mereka. Ada antara mereka ahli Umno... ceramah malam itu cheGuBard ambil kesempatan untuk memahamkan mereka dengan apa yang keADILan perjuangakan... jika benar Umno perjuangkan Melayu ...bagaimana mungkin Umno membiarkan mereka rang melayu dihalau dari kampung sendiri.

Sebelum balik satu 'kejadian' berlaku. Sebaik sahaja menghidupkan kereta ...meter suhu terus naik 'merah'... hentikan segera untuk periksa air di radiator... namun mungkin kerana terlalu panas penutupnya tercampak... hampir sejam juga nak cari balik mana penutup tersebut tercampak... terima kasih kepada teman anak muda yang sama bantu cari ......

Isnin seharian berada di Negeri Sembilan. Malam rumah terbuka cikgu Razak, Timbalan Ketua Bahagian sebelum Mesyuarat Bahagian Rembau.

Semalam kita telah memutuskan untuk mengadakan beberapa program ;

Gotong Royong membaiki rumah warga emas di DUN Kota
21 Oktober - 10.00 pagi - pertanyaan Azizi 0123696474

*warga emas ini kami temui semasa program jejak fakir. Rumahnya cukup uzur tinggal keseorangan dalam keadaan rumah yang agak tidak bersih. Gotong Royong juga untuk membersihkan rumahnya dan kawasan sekitar. Jika ada yang sudi menyumbang kami alukan sumbangan zink, kayu, tilam dan barang makanan.

Rumah Terbuka Parlimen Rembau peringkat DUN Rantau
18 Oktober - 5.00 petang - pertanyaan Pn Aisah 0172852767

Rumah Terbuka Parlimen Rembau peringkat DUN Kota
19 Oktober - 8.00 malam - Kampung Sawah Raja (depan sekolah)
Tetamu khas : YB Sdr. Niz Nazmi (ADUN Seri Setia, Selangor)

Rumah Terbuka Parlimen Rembau Peringkat DUN Paroi
25 Oktober - 8.00 malam - Restoran Sabar Menanti, Tmn Widuri Indah, Senawang

Ceramah 'Raya' Bersama YB Azmin Ali
26 Oktober - 9.00 malam - Kg. Batu, Rumah sdr.Yusof Tapa


2 comments:

  1. Anonymous12:41 PM

    uuumaakk ai cikgu ekau ni robot ko manusio.... ???

    betul kato kengkawan se cikgu yang patut jadi ketuo amk bukan lawyer tu... dongar dio pun tak nampak kelibat dalam umah terbuko parti kat kampung baru... buek malu yo sampai Yassin umum panggil ketuo pemudo naik ponteh dio takdo....

    betuk ko dlm keadilan ado politik blok2 cantas2 nie ...ghontikanlah....

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:23 AM

    jemput dtg ye sume org s'ban..kt kedai abg ady kalo b.fast dpt air kotak free.hehehe..

    ReplyDelete