Friday, October 17, 2008

Perlantikan Zaki Azmi : Pelengkap kehanaman Institusi Kehakiman Negara

Penghakiman Mahkamah Khas yang ditubuhkan untuk mendengar kes membabitkan kerabat diraja yang telah membenarkan saman sebuah institusi kewangan ke atas DYMM SPB Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan penghakiman terakhir bagi Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang akan bersara hujung bulan ini.

Institusi kehakiman negara sudah lama dikritik hebat, bermula dengan krisis kehakiman tahun 1988 dan selepas itu penghormatan dalam dan luar negara terhadap institusi kehakiman negara kian merudum. Sehinggalah perlantikan Ketua Hakim yang terakhir (Tun Abdul Hamid Mohamad) juga dipertikaikan kerana penglibatan serius beliau dalam krisis kehakiman 1988.

Namun kebelakangan ini seperti nampak ada cahaya untuk usaha mengembalikan maruah institusi kehakiman negara. 'Pampasan' kepada Bekas Ketua Hakim yang dipecat ketika Krisis Kehakiman 1988 walaupun belum cukup sedikit memberikan harapan.

Namun sinar 'kabur' itu terus padam apabila mendengar desas-desus calon Ketua Hakim yang baru iaitu seorang yang terkait rapat dengan parti politik umno selain dari cerita porpular kontroversi rumah tangganya.

integriti Institusi Kehakiman Negarasudah tercalar teruk ekoran senarai lantikan hakim yang diumum September 2007.

dalam senarai lantikan terbaru itu, melibatkan Peguam terkemuka, Tan Sri Zaki Azmi menjadi orang pertama yang dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, dan tidak mengikuti urutan kebiasaannya di mana seseorang itu terlebih dahulu dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Perlantikan beliau diragui kerana sejauh mana beliau mampu menjamin kebebasan bertindak dalam melaksanakan hukum. Ini kerana, Zaki menduduki jawatan tersebut tanpa dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, satu proses biasa dalam kenaikan pangkat hakim di negara ini.

Beliau mempunyai rekod 'yang masih segar' terlibat dengan perbagai syarikat korporat, firma guaman, parti politik malah juga masih segar dalam melakukan kesalahan secara sedar melanggar undang undang dalam perkahwinan beliau.

Peguam berusia 62 tahun itu, yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno - pernah menjadi penasihat undang-undang parti itu - menerima watikah perlantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pagi ini.

Zaki, anak kepada Tun Azmi Mohamed yang menjadi Ketua Hakim Negara dari 1966 hingga 1974, merupakan perunding kepada sebuah firma perundangan terkenal sejak September lalu.

Beliau juga pernah dilantik menganggotai Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis pada 2004. Zaki juga merupakan Penasihat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Majlis Sukan Negara.

Zaki juga pernah menjadi pengerusi jawatankuasa disiplin Umno, setiausaha jawatankuasa pemilihan Umno dan timbalan pengerusi lembaga rayuan disiplin Umno.

Kontroversi perceraian

Bagaimanapun, beliau melepaskan jawatan tersebut pada 2005 ekoran tercetusnya kontroversi berhubung perceraiannya dengan isterinya keduanya yang berusia 30-an.

Zaki mengahwini Nor Hayati Yahaya, 32, pada bulan Mei 2005 dan mereka berpisah selepas tiga bulan mendirikan rumahtangga.

Pasangan tersebut dikahwinkan oleh seorang kadi dari Thailand di Perlis dan kedua-duanya bersetuju untuk membakar sijil asal perkahwinan mereka bagi menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan isteri pertamanya.

Mereka juga mencapai persetujuan sebelum perkahwinan itu bahawa jika hubungan mereka bermasalah, mereka bersetuju untuk berpisah.

Sejak itu, Zaki mendakwa beliau menerima pelbagai ugutan dari Nor Hayati, who, termasuk dakwaan meminta RM10 juta daripadanya.

Nor Hayati juga didakwa mendesaknya supaya mendaftarkan perkahwinan mereka, jika tidak, dia didakwa mengugut untuk mencemarkan reputasi Zaki.

berikut ialah profail beliau khususnya penglibatan dengan korporat dan UMNO.

Hampir kesemua penglibatan beliau tersebut 'masih segar' dan boleh menimbulkan keraguan dalam menjamin pelaksanaan keadilan. Maka sudah tentu rakyat punya alasan kukuh untuk khuatir mengenai kredibeliti dan intrigriti badan kehakiman negara.

1 comment:

  1. salam...................

    tertanya2 saya, siapakah ketua bahagian bayan baru.......... dato zaharin ke sdr jamil.......
    mengapa semua orang kena dengar cakap dia termasuk dato sekali.......
    apakah status dia didalam mesyuarat ahli jawatan kuasa bahagian bayan baru....... adakah dia ahli bayan baru atau pun x...... kerna di fahamkan dia ni ahli dari bukit gelugur...... bini dia pun sama ada jawatan ahli majlis dah over............. sembang berapi......
    saya nak tegur sikit... si jamil, si fauziah, si anuar yang gila jawatan tapi kerja hampeh.... sembang pum-pang dan konco2nya..... takat sembang je berapi tapi keja hampeh x guna.......
    lihat saja bila ada apa2 program sapa yang buat kerja dari mula sampai habis........ muka2 lama jugak..... hampa buat apa.... takat ikut pungkoq dato ja............ kalau dato xdak hampa pun hilang...............hampeh betoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.........

    yang si adun ni pun sama juga...... time kempen dulu punya la dok hentam pihak bn...... cakap yang depa x penah turun jumpa masyarakat la.... x buat kerja la...... rasuah la.... buat kerja yang membazir la dan macam2 lg....... lani tengak macam ludah kelangit kena muka sendiri..... hampa pun macam depa 2x5 hampeh...... kalau macam ni la juga keadaan..... pru akan datang jangan harap pkr nak menang lagi.....................



    amal maakruf nahi mungkar.....
    HANCUR-HANCUR
    ariosamigos2png

    ReplyDelete