Thursday, October 30, 2008

Sidang Media Khas 30 Okt : Masalah Rakyat Rantau

Pada 29 Oktober yang lalu saya telah membuat lawatan kerja ke kawasan komuniti majoriti masyarakat India iaitu Taman Bunga Raya, Ulu Sawah (dalam DUN Rantau) dan kawasan sekitarnya. Lawatan ini selain dari sempena Deepavali ia juga kerana Pusat Khidmat Rakyat Rembau (PKR) menerima banyak aduan berkaitan dengan masalah penduduk di kawasan tersebut.

Alhamdunillah lawatan ini mendapat sambutan baik dari penduduk.


Masalah antara masalahnya ialah janji Pilihanraya BN yang tidak ditunaikan. Kata mereka ketika PRU 12 yang lalu mereka ada membangkitkan mengenai permohonan mereka yang mahukan lampu jalan, hentian bas dan telefon awam. Mereka dijanjikan jika BN menang sudah pasti semua yang mereka tuntut akan tertunai.

Lampur jalan amat diperlukan kerana kawasan tersebut (dalam Taman Bunga Raya) amat gelap. Mereka gusarkan keselamatan khususnya anak gadis mereka yang pulang lewat antaranya kerana bekerja kilang. Telefon awam diperlukan kerana majoriti rumah kawasan tersebut tidak punya telefon di kediaman kerana tidak mampu dan telefon awam terdekat terletak kira - kira 1 km dari Taman Bunga Raya. Hentian bas diperlukan untuk anak - anak dan pekerja kilang menanti bas. Namun semua janji tinggal janji apabila selepas menang bukan sahaja janji tak tunai malah wakil BN tidak ada pun yang datang bertanya khabar.

Selain itu PKR juga mengambil banyak aduan mengenai kesusahan rakyat seperti anak tidak daftar sijil kelahiran (umur sudah 12 tahun), OKU merayu sumbangan kerusi roda, masalah berkaitan pewaris pencen, hilang kerja, masalah dengan socso dan banyak lagi.

Sempat singgah ke rumah pengerusi Kuil di kawasan berkenaan. Walaupun peringkat awal kami di ingatkan oleh penduduk sekitar agar tak payah pergi ke rumah pengerusi Kuil tersebut kerana dia orang kuat BN. Tetapi sebaliknya Pengerusi Kuil ini melayan kami dengan baik malah beliau memohon kami untuk mengenengahkan isu tanah perkuburan India di Kuala Sawah.

Menurut beliau satu masa dahulu kuil yang dikendalikanya memiliki sebidang tanah untuk perkuburan masyarakat India. Tetapi pada pertengahan 1990an tanah tersebut telah ditutup dan dimajukan. Sebuah perumahan telah didirikan atas lebih 40 buah kubur. Setelah diselidik rupanya tanah perkuburan ini telah ditukar status oleh BN sekitar tahun 1988 secara senyap - senyap. Skandal ini melibatkan tokoh Umno lama iaitu Datuk Hamdan. Syarikat beliau juga telah disaman oleh kuil ini untuk menuntut keadilan. Namun sudah lebih 10 tahun mahkamah masih tidak membicarakan kes tersebut yang tertangguh diperingkat sebutan kes.

Beliau sudah pergi ke BPR tetapi pegawai penyiasat BPR sendiri berkata padanya ini kes melibatkan orang politik penting maka BPR tak siasat. Malah ketika beliau bertemu MB, beliau diberitahu MB juga tak mampu berbuat apa.

Ke esokan harinya satu sidang media dipanggil untuk mengenengahkan isu ini dan banyak isu yang dikumpulkan. Pengerusi Kuil yang dimaksudkan sendiri hadir menerangkan isu kuil tersebut. Malangnya sebuah akhbar tabloid harian yang terkenal dengan imej akhbar komuniti telah memberi tahu tidak hadir kerana tidak mahu terperangkap menulis isu sensitif.

Semua kes yang dikumpulkan sudah diproses dan ada beberapa kes telah ditulis surat ke beberapa agensi kerajaan untuk dipohon penjelasan dan kerjasama untuk menyelesaikan. Contohya seperti kes kad pengenalan dan sijil beranak sememangnya terlalu ramai masyarakat India yang bermasalah maka PKR sanggup menjadi orang tengah untuk mencapat penyelesaian yang proaktif dalam isu ini. Di harap Jabatan Pendaftaran Negara sanggup mengenepikan sentimen politik dengan memberikan kerjasama demi masa depan rakyat.

ADUN Rantau merangkap Menteri Besar digesa agar jangan hanya bercakap dan menyerang pembangkang dan tetapi sebaliknya janji pilihanraya sendiri tidak tertunai.





keADILan Rembau juga merakamkan takziah ke atas pemergianya Arwah anak perempuan Cikgu Razak yang meninggal kerana penyakit barah. Moga arwah mendapat rahmatNya.

No comments:

Post a Comment