Tuesday, October 07, 2008

Akhirnya jumpa siapa agen yang tawar RM 6 juta kepada Datuk Hassan Malek

jelajah jejak Fakir sempat singgah di Kuala Pilah. Destinasinya ialah sekitar Senaling. Selain dapat bertemu mesra dan menyampaikan bantuan apa yang istimewa kali ini jelajah jejak fakir di sertai oleh penunjuk jalan yang menjadi suspek agen untuk membeli ahli parlimen Kuala Pilah Datuk Hassan Malek. Beliau yang bertugas sebagai 'pekerja biasa' di sebuah Bank di Kuala Pilah ketika ditemui hanya tertawa menceritakan bagaimana Polis / BPR menyerbu tempat dia bekerja untuk menahan beliau untuk dibawa ke Pejabat BPR Negeri Sembilan.

Sampai di Ibu Pejabat BPR di Seremban beliau disoal siasat oleh Pengarah BPR Negeri Sembilan sendiri. Jelas Pengarah BPR ini cukup 'adil' apabila menceramahkan kepadanya betapa apa yang Anwar Ibrahim lakukan iaitu menukar kerajaan luar masa pilihanraya tidak bermoral dan bertentangan dengan demokrasi.

Beliau akan berceramah di dalam Parlimen Rembau 18 Okt. ini sempena rumah terbuka Rembau. Cerita Datuk Hassan Malek nak dibeli RM6juta ini sudah menjadi bahan lawak bukan sahaja di kalangan PAKATAN tetapi dikalangan Umno yang tertawakan Datuk Hassan Malek sendiri yang seperti kelolo publisiti.Rumah iniyang penuh bendera keADILan kami berhenti kerana sengaja nak bertanya khabar. Pemilik rumah ialah seorang bekas tentera bekas orang kuat Umno kawasan kampung tersebut yang menyokong keADILan. Dia tidak mahu memegang jawatan dan hanya sokong dari belakang katanya..... ha..ha.. menyokong dari belakang begini hebat kalau sokong depan - depan tak tahulah macam mana pula.... mungkin sesetengah kita yang bergelar pemimpin keADILan harus malu dengan beliau kerana kita pula yang sering nak sorok-sorok identiti.Pakcik ini tidak pernah bekeluarga kini tinggal sendirian dalam pondok usang, tanpa bekalan eletrik dan menumpang di tanah orang. Untuk mengunakan tandas beliau akan pergi ke rumah sebelah.
Pakcik ini sudah agak nyanyuk... pakai lampin pakai buang... tinggal bersama isteri dan anaknya yang memelihara 3 orang cucu tanpa sumber pendapatan tetap..
Ibu ini terpaksa menjaga anaknya 3 orang. Suaminya kini merengkok dalam penjara kerana hukuman 6 tahun penjara. Menurutnya suaminya dianiaya dalam tuduhan mencabul. Apapun itu urusan mahkamah tetapi anak ini memerlukan pembelaan.

Selepas menziarahi kira - kira 8 keluarga fakir, rombongan kami berbuka puasa bersama AJK keADILan Kuala Pilah di Pejabat Bahagian. Selepas solat Majlis taklimat ringkat mengenai isu semasa dan penyampaian 50 pek bantuan sumbangan Datuk Kamarul Baharin Abbas, Pengerusi Perhubungan keADILan N.S (mewakilkan cheGuBard) untuk disampaikan kepada wakil - wakil kampung sekitar.

8 comments:

  1. Anonymous3:37 PM

    Sorry, out of topic...

    Sebagai rakyat, marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada Pak Lah agar beliau mempertahankan kedudukan beliau sekarang kerana tidak ada gunanya jika kedudukan beliau digantikan sekarang ini. Keadaan tetap akan sama jika beliau digantikan..

    Beliau masih menjadi PM sehingga sekarang kerana undian rakyat dalam Pilihanraya lepas. Jadi beliau adalah pilihan terbaik rakyat.

    Mengapa sekarang kita beriya-iya sangat ingin Pak Lah undur diri sedangkan kita sendiri yang memilih beliau? Jangan terpedaya dengan dakyah-dakyah politik orang-orang yang ingin menjatuhkan beliau, termasuklah pemimpin-pemimpin dalam UMNO sendiri..

    Marilah kita memberi sokongan kepada Pak Lah agar mengekalkan kedudukan beliau sekarang...

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:20 PM

    zz..zzz...zzzz....

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:39 AM

    "Mengapa sekarang kita beriya-iya sangat ingin Pak Lah undur diri sedangkan kita sendiri yang memilih beliau? Jangan terpedaya dengan dakyah-dakyah politik orang-orang yang ingin menjatuhkan beliau,"

    siapa yang pilih beliau?
    rakyat yang tak cerdik yang sanggup memilih beliau jagi pm.
    kalau ada orang lain lebih baik dari beliau, adakah orang itu sempurna?
    sedangkan nabi Muhammad pun kena caci dan kutuk oleh bapa saudara sendiri.
    Apa lebihnya pm sekarang dengan Nabi?
    nothing! no meaning!

    ReplyDelete
  4. Pegilah lantak sama paklah!!!Apa aku pedulik

    ReplyDelete
  5. INFO TERKINI:

    FAIZAL ZAKARIA TANDING KETUA PEMUDA UMNO - MUKTAMAD

    RUJUK >> http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. salam... den minta tolong linkan laman percutian di pulau pangkor www.maipangkor.blogspot tkasih

    ReplyDelete
  7. Anonymous8:35 PM

    En Mahyudin... sebagai pembetulan, Pak Lah bukan PM pilihan rakyat tetapi pilihan Mahadey. Begitu juga Mahadey bukan pilihan rakyat tetapi pilihan beberapa kerat perwakilan UMNO. Belum pernah Malaysia mempunyai PM pilihan rakyat sebagaimana Amerika mempunya Presiden Pilihan rakyat. Jadi tak payahlah tulis kat blog ini untuk merayu tulis lah kat blog pro UMNO kerana hanya orang UMNO yang boleh pilih atau tolak Pak Lah. Kami bukan setakat tolak Pak Lah...kami tolak UMNO dan Barisan Nasional sekali... Harap Maklun

    ReplyDelete
  8. Anonymous12:42 PM

    tahniah cikgu bakal MB Negeri Sembilan

    ReplyDelete