Thursday, October 23, 2008

Perbelanjaan bina pondok baru Pakcik manab Rasul

Seperti yang dinyatakan dalam posting yang lalu, keADILan Rembau telah bergotong royong membaiki serba sedikit dan membersihkan pondok uzur Pak Cik Manab tetapi keputusan diambil kerana tidak banyak pembaikan boleh dibuat ke atas pondok lama tersebut kerana terlalu uzur. Tiang utamanya sudah teruk dimakan anai - anai.

Kami cuma lapiskan zink baru diatas zink yang bocor, robohkan semua lantai tempat Pak Cik Manab tidur dan di tukar papan lapis. Semua peralatan dalam rumah dibuang termasuk tilam, bantal dan pakaiannya dan kemudian kami beli yang baru dan ada yang kami bawa dari rumah masing masing. Kesemua perbelanjaan kami kongsi bersama.

Kami membuat keputusan untuk membina pondok kecil baru yang selesa untuk pak cik Manab yang lengkap dengan bekalan elektrik, air dan bilik air. Berikut ialah keperluan bahan binaan
  • Kayu 2 x 4 x 8 = 3 batang
  • kayu 2 x 4 x 10 = 5 batang
  • kayu 2 x 4 x 14 = 2 batang
  • tiang konkrit 10' = 4 batang
  • batu simen 2 pallet
  • simen 6 kampit
  • pasir lombong 1 lori
  • pasir sungai 1/2 lori
  • atap zink
  • kayu kochai 1x2 = 10 batang
  • paku dan lain lain bahan berkaitan
kesemua diatas dijangka dalam RM1350.00 dan perlu juga deposit untuk elektrik dan air.

Kepada semua dermawan kami merayu sumbangan saudara semua untuk membantu memberikan sedikit keselesaan di hujung usia Pakcik Manab.

Pada 26 Oktober 2008 jam 8.00 malam di Kampung Bintongan (Rumah Yusof Tapa, masuk ikut belakang Masjid Kg. Batu) akan dilancarkan kutipan derma untuk Program Bersih dan Baiki Rumah Warga Tua Rembau.

2 comments:

  1. Anonymous3:58 PM

    orang susah punya ramai lagi...tapi kerajaan kimak bazir duit...

    Dr. angkasawan tu yg tamak tu tak nak sumbang ke...

    aku ni kalau ada lebihan dana nak gak bantu tapi aku pun tak cukup untuk keluarga ....

    Ya Allah berkatilah cikgu bad dan keluarga dan semua kawan-kawanya yang banyak membantu manusia....

    ReplyDelete
  2. cikgu bard, kalau nak menyumbang wang zakat boleh ke

    ReplyDelete