Maka agen upahan Umno melalui NGO ciptaan mereka telah menggerakkan tunjuk perasaan seluruh negara kononya untuk pertahankan DEB. Walaupun ia tunjuk perasaan upahan tetapi sedikit sebanyak dengan bantuan media kerahan regim Umno ia sedikit menggoyahkan keadaan.
Namun selepas beberapa perkembangan khususnya selepas isyarat jelas PRK Permatang Pauh yang menghantar isyarat bahawa politik sempit perkauman makin terbuang jauh. Tetapi isyarat ini tidak dibaca dan difamai oleh Umno. Nampaknya mereka makin giat memainkan politik perkauman. Depan India cakap lain dengan Cina cakap lain dengan Melayu cakap lain. Namun jauh disudut hati bakal Presiden Umno, Najib Tun Razak dia tahu sokongan orang Melayu sudah berpecah dan tidak 'solid' lagi buat Umno. Tanpa membaiki mood sokongan orang bukan Melayu kepada Umno mungkin Bn akan terus berkubur.
Demi meraih sokongan bukan Melayu Najib terpaksa mengeluarkan kenyataan tentang hasratnya memansuhkan DEB (yang memang sudah mansuh 1990).
Mungkinkah tentera keldai upahan Umno berani membuat tunjuk perasaan mendedak DEB dipertahankan ?
(petikan tulisan penarik beca)
Bertebaran khabar-khabar bahawa kumpulan-kumpulan seperti Bertam, Umno dan Gabem (Berug) dan Kumpulan Rakyat Perak (Kurap) akan mengadakan siri tunjuk perasan besar-besaran membantah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti ditamatkan 'secara beransur-ansur' (lihat Malaysiakini 24/10/08 "Najib sokong tamat layanan istimewa orang Melayu secara beransur").
Bagi yang berminat menunjuk-nunjukkan perasaan membantah kenyataan bakal Perdana Menteri itu, sila hubungi dengan segera Berug dan Kurap. Pastikan tidak ketinggalan!!!Sementara itu, antara lambang utama kemajuan bumiputera hasil kemujaraban DEB, Eurocopter akan dibatalkan pembeliannya (Lihat Malaysian Insider 26/10/08 "Malaysia ditches Eurocopters on gloomy economic outlook").
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyebut gambaran ekonomi yang suram sebagai punca pembatalan itu. Tidak diketahui adakah pembatalan itu sebenarnya bertujuan menerajang ke bawah tikar supaya tersorok apa jua yang ditakuti terdedah dan membawa padah. Tidak juga diketahui adakah ia juga bertujuan mencincang peluang orang tertentu hendak buat duit banyak-banyak bagi mencapai matlamat DEB.
ada satu penjelasan (selain kebaculan) lagi mengapa ahli UMNO tidak akan membantah kenyataan Najib : mereka tahu ianya hanya gimik untuk menyedapkan hati pengundi bukan Melayu yang sudah hampir 100% meninggalkan BN yang jelas korup dan hilang hala tuju mengemudikan negara ini.
ReplyDeletebelum jadi PM sudah terserlah selera besar Najib dan konco-konco mereka, apa yang akan terjadi kiranya dia menjadi PM? Selera KJ pun tak nampak sebegitu buas ... khabarnya big mama yang berselera besar sudah mula mengatur langkah ...
dongar khobar si rosmah yang berbontot bosar tu dah dapek pojabat kek dlm kementerian kewangan....
ReplyDeleteChe'gubard kata; "Satu ketika dahulu Dia menyokong KuLi ketika awal pertembungan KuLi dan Mahathir malangnya selepas mendapat tawaran Anwar untuk dia diberikan jawatan ketua pemuda dia menyokong Mahathir."
ReplyDeleteJadi sah lah Anwar Ibrahim ni perosak demokrasi dalam UMNO dulu rupanya... Jawatan Ketua Pemuda UMNO sepatutnya perlukan pencalonan dan pengundian ahli UMNO, bukannya lantikkan si penipu Anwar Ibrahim... Sememangnya benarlah orang2 berkata, rasuah dalam UMNO bermulanya dgn Anwar Ibrahim Laknatullah.
Setuju Che'gu Bard?
penerangan mengenai tuduhan DSAI cabul demokrasi
ReplyDelete1. saya tidak pernah kenal dsai semasa dia dlm umno maka saya juga tidak bertanggungjawab untuk menjawab apa jua yang terjadi masa dia dalam umno..
2. namun kefahaman saya pada ketika itu apa yang terjadi ialah anwar kosongkan kerusi ketua pemuda dan buka laluan untuk najib bertanding... apakah itu cabul demokrasi... namun saya tetap mengatakan tiada demokrasi dlm umno lebih lebih lagi ketika itu team KuLi lawan Team Mahathir penuh penipuan.. sehingga umno diharamkan....