Monday, January 07, 2008

PM mengantuk disorong bantal !!!

11.30pagi : memaklumkan kehadiran seperti yang telah dimaklumkan dalam surat kepada Pejabat PM sehari sebelum itu. Saya dipanggil masuk ke Pejabat Pengawal dan diminta menyerahkan Kad Pengenalan. Sementara butiran peribadi direkodkan saya diminta bercakap dengan Pegawai dari JPM melalui telefon. Pegawai tersebut tidak mahu turun kebawah dan mengambil 'memo'.Sementara di luar teman - teman (seramai kira kira 20 orang) yang mengiringi mula mempamerkan banner dan poster yang dibawa. Pada masa ini anggota Polis mula ramai dan anggota cawangan khas (SB) berlumba dengan wartawan mengambil gambar.11.50 pagi keluar dari Pejabat Pengawal terus mengadakan sidang Media. Antara soalan wartawan ialah apa isi kandung utama 'memo' anak muda kepada PM ? dan apakah harapan penganjur terhadap PM dan apa tindakan selepas ini ini jika PM tak balas 'memo' ? Saya menjawab "Kita tak harap PM jawab memo ini kerana sebelum ini pun berkilo2 memorandum dihantar tetapi PM buat pekak dan tak balas..."Wartawan, SB dan beberapa orang yang berada di kawasan sekitar terkejut malah ada yang tertawa apabila melihat 'memo' itu berupa hadiah berbentuk bantal kepala dan bantal peluk.
oleh kerana tiada Pegawai JPM yang 'berani' mengambil bantal tersebut bagi pihak PM maka ia diletakkan ditangga masuk. semakin ramai pegawai polis berkumpul, seolah panik dan tidak tahu mahu membuat apa dengan hadiah anak muda kepada PM itu.Mungkin terlalu panik lelaki berpakaian merah ini berlari masuk ke dalam Pejabat Pengawal dan keluar semula dengan alat pengesan BOM.semakin ramai anggota polis dan kenderaan Unit Pengesan Bom mula kelihatan tiba, digambar juga kelihatan dua anggota unit pengesan Bomhampir lebih 30 minit selepas kami beredar semua kelihatan panik dan tidak berani menyentuh hadiah istimewa buat PM itu. Mungkin bosan pengawal yang bertugas yang telah masuk kedalam pejabatnya keluar dan mengambil bantal serta mengutip poster yang dihadiahkan.

PUTRAJAYA 04 Jan 2008 – Kebiasaannya orangramai yang tidak berpuashati dengan pihak kerajaan akan menghantar delegasi mereka berserta dengan memorandum bantahan kepada pihak berkenaan tetapi hari ini sekumpulan 15 orang anak muda telah menghadiahkan sebiji bantal dan bantal pelok kepada orang nombor satu Malaysia – Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.


Ini yang terjadi pagi tadi di hadapan pintu masuk ke Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.


Kumpulan yang diketuai oleh Badrul Hisham Shaharin secara simboliknya telah menghadiahkan sebiji bantal dan sebiji bantal pelok yang diletakkan di pintu masok JPM sebagai protes di atas ketidakcekapan PM dalam menangani segera masalah yang melibatkan kepentingan rakyat.


Katanya lagi parti-parti politik, NGO dan orangramai telah menghantar beratus-ratus pucuk memorandum berhubung degan pelbagai isu kepada PM tetapi dukacitanya PM tidak langsung mengambil sebarang tindakan untuk menangani isu-isu tersebut.

Tegasnya lagi PM bagaikan 'tidor' sepanjang masa dan seperti 'tidak tahu' apa yang sedang berlaku disekeliling.


Kumpulan tersebut turut disertai oleh kalangan anak muda yang bergiat dalam bidang seni, penulis dan bloggers serta aktivis sosial dan kemasyarakatan.


Selain dari bantal mereka juga telah membawa kain rentang yang berbunyi 'Harapan Terakhir Anak Muda kepada Perdana Menteri' " Teruslah Tidur Wahai P.M"


Kain rentang itu juga menunjukkan Dollah sedang tidor semasa menghadiri mesyuarat MT UMNO, Kabinet, OIC, mesyuarat APEC dan juga dalam persidangan Parlimen.


ditulis oleh ABDUL RAZAK BIN ISMAIL Koordinator, LABOUR RESOURCE CENTRE (LRC)

gambar dari ; Malaysiakini.com


p/s : cheGuBard telah mendapat berratus email, panggilan telefon dan sms memberikan perbagai respon mengenai 'event' tersebut. InsyaAllah esok akan jawab.







10 comments:

  1. bantal kamu bantal foam. tak comfy, patut beli down pillow diisi bulu pelepah itik. baru lah cik dolah badwi dapat terima. kamu bagi bantal macam itu memang takkan dia ambil

    esok lusa sila bawa bantal lebih kualiti. nak memberi biaryang terbaik

    HA HA

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:24 PM

    obefiend..ko salah tuh...NABI pun tak de tido ngan baik punya bantal tapi tetap menjalankan apa yang ALLAH perintahkan.

    Lah nie, sorang...just piem aje tak kan tak terima? tulur ilang ka? Atau tak de pasai dah terbang jejalan ke?

    Nak bagi kualiti, baik bagi kek orang miskin dah...Yang nak menerima tuh kek Putrajaya pun tak de kualiti, cukup aje lah ngan apa yang diberikan!

    Jangan banyak songel lah...!

    ReplyDelete
  3. Aku rasa kelakar tengok reaksi polis dok scan bantal tu..its very amusing..

    Also, masa gambar2 pegawai, polis n SB dok tengok apa yg you all tinggalkan di depan pintu tu..mcm CLUELESS and TAK TAHU nak buat apa..

    So the BOLD! I applaud you for being so brave~@!

    ReplyDelete
  4. Salam che'gu, lepaih ni kita pakat2 antaq bantai pelok kat koh tsu khoon dgn menteri2 besaq kt setiap negeri...kompom depa bleh tidoq lena...hehehehehe...Hidop Anak Muda..!!!!!

    ReplyDelete
  5. Anonymous3:20 AM

    aik penyapu tak kasik ke?

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:49 AM

    Teruskan Perjuangan Bersama...

    ReplyDelete
  7. Anonymous7:13 PM

    Wow! Syabas kerana melakukan aksi protes yang kreatif, sehingga polis pun bingung macam mana hendak respon. Nak pukul dan sembur bantal dengan air kimia pun tak ...

    Kelakar sangat lihat dia orang scan bantal , hahaha ... (masih ketawa lagi)

    ReplyDelete
  8. Anonymous7:49 PM

    Hahaha...
    Kasihan Pak Lah, diperbudakkan oleh rakyat sedemikian rupa. Saya memikir Pak Lah ini mati bukan kerana tua tapi kerana muda (kembali jadi kanak-kanak).

    Tunggu dan lihat Chegu...

    "PERJUANGAN ADALAH PELAKSANAAN KATA-KATA!"

    http://zainulfaqar.wordpress.com

    ReplyDelete
  9. OOOOOO.... Aku tabek mu Bard...
    Aku tok seberani lagu tu....

    Tapi bak'por mu bui bata, hok molek lagu tu nyo...

    Mu bui bata to kor aku la...

    Hok Dolloh zzzz, mu bui bata guni hok buak bukuh makane KHINZIR, la baru Dolloh tido kohor ge'ner'roa kia... kia..(Mean dengkor)

    horrr bisor mu Bard...

    Lain kali bata tu bui kor aku deh..

    Malu sungguh sekali ni, Pok Dolloh, bengong tu....

    Tebin la main nga puok puok lagu ni... Mapuh mu sekali ni Pok Dolloh...

    Kia... La sekali ni Dolloh wey...
    Kia...Kia... Pok Dolloh..

    ReplyDelete