When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Wednesday, October 29, 2008
Korea beli eurocopter jauh lebih murah dari Malaysia
BUAT MASA SEKARANG TENTERA UDARA KOREA SELATAN SUDAH ADA 700 BUAH HELIKOPTER PELBAGAI JENIS.
KOREA SELATAN TELAH TEMPAH SEBANYAK 245 BUAH EUROCOPTER PADA HARGA USD 4 BILLION SAJA....
http://www.defenseindustrydaily.com/korea-approves-eurocopters-khp-helicopter-deal-02325/#more-2325
Tuesday, October 28, 2008
sembang kedai kopi : Pemilihan Umno
Sebenarnya selaku bukan ahli Umno che'GuBard tidak punya hak untuk turut campur dalam pertempuran perebutan kuasa yang kini kelihatan hebat dalam Umno. Bukan sahaja hebat kekadang ia melucukan. Ada satu sms dari teman yang bergurau menyatakan betapa kemungkinan beberapa cerita komedi akan turun rating penontonya kerana peminat komedi lebih seronok melihat betapa lawaknya pemilihan Umno ini berlaku. - Najib Tun Razak

Adakah Najib lebih baik dari Abdullah ....? Najib seorang yang terlalu banyak skandalnya....
- Skandal Altantuya - sampai sekarang masih misteri mengenai penglibatan 'bodyguard' kananya, bagaimana C4 yang merupakan alat letupan terkawal dan hanya Menteri atau pegawai atasan yang boleh keluarga bom ini dari simpanan, pembatalan rekod masuk Altantuya di imegresen, kewujudan 'sms' yang menunjukkan komunikasi Najib dengan Datuk Shafie Abdullah mengenai kes pembunuhan tersebut, kenyataan bersumpah Bala (yang pertama) dan Bala hilang selepas kenyataan bersumpahnya....tidak siapa ketahui dia dimana hanya polis keluarkan kenyataan Bala ditemui dan kenyataan diambil.
- Rasuah pembelian senjata , sukhoi, scorpene dan terbaru Eurocopter yang melibatkan komisyen (rasuah) yang cukup besar melibatkan kerugian wang rakyat.
- Takut Bini - ini masalah rumah tangga tidak harus menjadi isu politik tetapi cakap - cakap terbuka terlalu banyak dan ini mengakibatkan Najib menjadi presiden yang diketawakan. Sejarah dia dan Rosmah juga mungkin sedikit meragut sokongan kaum ibu dan wanita. Najib sanggup menceraikan isterinya (kerabat di Raja) untuk berkahwin dengan Rosmah. Najib sanggup menuduh bekas isterinya mempunyai penyakit gila babi dan ditinggalkan bersama anak - anak. Malah menjadi cakap - cakap di sekitar Seremban (dulu Rosmah dan bekas suaminya duduk Seremban) menyatakan suami Rosmah terpaksa menceraikan isterinya dengan kecewa dan ditawarkan wang yang banyak untuk tebus talak. Kebenaranya tidak diketahui tetapi adakah Umno sanggup punya bakal presiden yang terpalit dengan gosip ini.
- Port Dickson - Misteri yang masih belum terjawab. Pertengahan 1990an di Port Dickson seorang menteri kanan ditangkap dengan artis. Untuk 'cover' isu ini 6 orang pegawai di bawah Jabatan Agama Islam N.Sembilan 'dibuang'...(bertukar ke Jabatan lain dengan kenaikan pangkat atau diberhentikan dengan imbuhan..).... katanya orang itu ialah Najib (untuk ini dengar khabar orang Umno sudah mula menjejak bekas orang Pejabat Agama yang terlibat dalam operasi menangkap itu...kita tunggu sahaja...)
- Jika Pak Lah ada Kamaludin yang berlatar belakangkan korporat membolot kekayaan Najib juga ada Datuk Nazir Tun Razak yang duduk di dalam CIMB. klik untuk pendedahan skandal terbaru CIMB
- Jika Pak Lah ada KJ Najib ada Rosmah yang tamak dan hidup umpama emelda marcos. YB Saifuddin Nasution pernah dedahkan mengenai perangainya yang pergi membeli belah di luar negara menggunakan kemudahan kerajaan dengan memenuhkan barang dalam berpuluh teksi dan membawanya pulang ke Malaysia dengan cubaan lari cukai dan tak nak bayar bayaran lebihan berat barang kepada MAS.
- Rosmah dikatakan sudah mengarahkan pejabatnya berhampiran Pejabat Najib disiapkan.
- Najib mempunyai sejarah politik yang penakut. Mahathir juga pernah mengatakan dia penakut. Satu ketika dahulu Dia menyokong KuLi ketika awal pertembungan KuLi dan Mahathir malangnya selepas mendapat tawaran Anwar untuk dia diberikan jawatan ketua pemuda dia menyokong Mahathir. Ketika saat Mahathir hendak memilih TPM selepas memecat DSAI Najib tak berani cakap apa malah Mahathir takut kemungkinan Najib Kem Anwar kerana jasa Anwar dalam karier politik Najib, maka Mahathir memilih jalan selamat dengan memilih Pak Lah yang dikenali dengan lurus dan tak cerdik politik untuk pastikan Mahathir terus mengawal negara. Malangnya Mahathir gagal mengambil kira kewujudan Kamaludin dan KJ yang akhirnya mengawal Pak lah untuk tidak mendengar arahan Mahathir.
- Tengku Razaleigh Hamzah
Walaupun agak sedikit 'tua' namun pengalaman dan reputasi beliau dilihat mampu menjadi "PM" peralihan ketika pembaikpulihan Umno (itupun jika ada). Status anak raja mungkin sedikit memberi kekurangan dalam proses meraih sokongan kerana Umno sememangnya anti keturunan raja selepas dari kejayaan Mahathir meresapkan semangat anti istana dalam jiwa Umno satu ketika dahulu. Dia menjadi mampu menjadi watak penting dalam perubahan 'kerajaan' pun kerana gusar KuLi terlibat dalam gagasan perubahan 16 September maka Tun Mahathir telah mengistiharkan diri mohon masuk Umno semula dengan menyokong gandingan KuLi dan Muhiyuddin. Selepas itu kelihatan KuLi begitu bersemangat dan bersungguh lagi untuk menawar diri memulihkan Umno.Malangnya urusan Mahathir bukan memulih Umno atau menyokong KuLi urusan Mahathir ialah memastikan Anwar tidak jadi PM dan dia mampu mengawal Umno dan Regim ini semula. Selepas Abdullah mengumumkan tidak akan bertanding. Mahathir mula berubah arah... dia muncul secara terbuka di majlis rasmi dan tidak rasmi bersama Najib / Muhiyuddin. Jika benar KuLi percaya kepada Mahathir ketika Mahathir menyatakan sokongan kepadanya maka KuLi digetah kali kedua oleh Mahathir.
Perkembangan ini mungkin sedikit menunjukkan KuLi tidak selicik Mahathir. Namun pengalaman KuLi meneraju ekonomi negara (zaman kebangkitan ekonomi Malaysia) juga berjuang sebagai pembangkang mungkin amat berharga bagi Umno buat masa ini. KuLi juga kelihatan disegani dikalangan pemimpin Melayu dan disenangi oleh bukan Melayu.
Namun malangnya 'percayalah' KuLi tidak akan mendapat sebarang pencalonan selain dari pencalonan Bahagian Gua Musang sendiri kerana tekanan, ugutan dan politik wang yang semakin mengganas dalam Umno.
Namun bagi pimpinan keADILan amat harapkan Najib menang tanpa bertanding dalam pemilihan Umno kerana Najib ialah Presiden Umno paling banyak kelemahan untuk diserang !!
Jawatan Timbalan Presiden
- Muhiyuddin Yasin
Dia ialah calon pilihan kini. Mempunyai rekod masih ada hubungan baik dengan Anwar dan beberapa pimpinan PR. Banyak juga kedengaran mengenai skandal tanah Melayu di Johor yang melibatkan beliau. Malah ketika menjadi Menteri Pertanian terlalu banyak korupsi berlaku antaranya GERAK ketika dibawah Ezam telah membuat laporan dan menyerahkan bukti kepada BPR.
Dia mungkin akan menang tetapi bukan gandingan yang baik dengan Najib. Kemenangan Muhiyuddin Yassin akan mengundang krisis berterusan dalam Umno yang akan menyaksikan pertembungan senyap Presiden dan Timbalanya.
- Muhammad Mohd Taib
Tidak perlu di ulas panjang. Individu yang telah ditangkap kerana membawa RM3.8 juta wang tunai ke Australia tanpa istihar yang kemudian dilepaskan kerana pengakuanya di Mahkamah Australia dia tak tahu membaca arahan yang mewajibkan dia mengistiharkan wang tunai yang dibawa masuk ke Australia kerana dia tidak tahu cakap dan baca Inggeris.
'Track record'nya 'memanjat' pagar istana Selangor membawa lari puteri untuk dikahwini di Thailand menyebabkan Sultan Selangor ketika itu murka.
Namun usahanya mewujudkan seketeriat melayu dunia dan gagasan idea 'Melayu Baru'nya ketika berada dalam kem Anwar Ibrahim satu ketika dahulu mungkin sedikit akan membantu Umno jika terpilih. Walaupun dia mempunyai rekod baik dengan ramai ahli perniagaan Cina namun label rasis Melayu masih tebal kerana ucapan beliau yang tersiar di radio sebelum perhimpunan di kampung baru 1987 yang menginatkan orang Melayu supaya bawa pisau agar mudah nak kupas limau (orang Cina).
- Ali Rustam
Ali Rustam..... ingat ayat ceramah Azmin di Kota tiga malam sudah..... kalau Ali Rustam dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno dan seterusnya Timbalan Perdana Menteri.... ramai tak sunggup mengaku sebagai rakyat Malaysia malah mungkin ramai nak duduk Monggolia.... itu cuma gurauan tetapi itulah gambaran betapa tak sanggupnya rakyat Malaysia memiliki seorang Timbalan Perdana menteri yang cakap Melayu terabur, cakap Inggeris lagi jahanam....
Dikenali sebagai seorang yang emosional, kenyataan politik yang berterabur dan kosong 'kepalanya'......tetapi orang seperti ini juga mampu dapat pencalonan kerana RM.
Bagi cheGuBard Ali Rustam tidak akan menang. Muhammad Taib kelihatan mampu bertindak agresif untuk mengembeling semula sokongan Melayu tetapi dia juga tidak mampu menang nampaknya... tetapi bagi Muhiyuddin dokomen rasuah dan korupsi kamu sudah sedia untuk menyerang.
bersambung............
Tunjuk perasaan seluruh negara bantah Najib ?



Khairy 'melalak' nak berdebat dengan Mukhriz ?


Menurut posting - posting tersebut, mendesak Mukhriz supaya lebih 'gentleman' dan berani untuk berdebat dengan Khairy secara terbuka. Secara peribadi che'GuBard menyokong usaha perdebatan terbuka ini. Dalam amalan demokrasi maju perdebatan seperti ini akan melahirkan idea yang segar dan memberi ruang kepada pengundi untuk membuat pilihan yang terbaik dikalangan yang menawarkan diri.
Ada posting yang lain juga (memetik kenyataan Khairy dalam Utusan Malaysia) yang menyatakan bahawa ada pihak halang beliau temui pemuda di musim pemilihan Umno ini.
Cuma semua posting ini menyebabkan che'GuBard juga tersenyum. Pemilik laman ini umpama meludah ke langit bertepek kena semula di muka Khairy.
Ketika PRU ke 12 yang lalu Khairy juga 'menikus' dalam egonya untuk hadir berdebat dengan che'GuBard untuk memberi ruang kepada pengundi menilai idealisma dan tawaran terbaik. Malah ketika pilihanraya tersebut bukankah padang bertanding dijadikan tidak sama rata. keADILan dihalang menggunakan padang awam, dewan dan seumpamanya untuk berkempen. Jentera kerajaan di perkuda sepenuhnya oleh Khairy selaku menantu PM malah jentera Umno dibiar bertindak ganas memukul, menghalang petugas keADILan dari mendekati pengundi. Ketika teman mahasiswa turun ke Rembau mereka diugut malah pihak HEP Universiti umpama keldai mengekori untuk menangkap pelajar terbabit. Sebaliknya Khairy mampu memasuki University untuk berkempen politik.
Malah lebih parah mahkamah tidak punya keberanian membicarakan bagaimana jumlah kertas undi yang dikeluarkan di semua peringkat DUN bawah Parlimen Rembau mempunyai beza yang cukup besar dengan jumlah kertas undi yang dikeluarkan di Peringkat Parlimen Rembau.....
Walaubagaimanapun setakat apa yang dikenali Khairy dan Mukriz jika mereka berdebat saya rasa Khairy mampu menawan audien menewaskan Mukhriz. Khairy lebih karismatik dan idealisma berbanding Mukhriz. Cuma kesalahan Khairy dalam politik ialah ia naik kerana tangga bapa mertuanya, kesombongan dan ketamakanya yang melampau.
Pembalakan di Mantin siapa untung ?

Semasa coweng berbual dengan seorang pensyarah, dia ada menyuarakan kekecewaannya akibat kegondolan bukit Mantin. Katanya, keindahan pemandangan di jalan itu sudah tiada. Kalau dulu sejuk mata memandang setiap kali lalu. Tapi sekarang, sungguh menggecewakan. Dia hairan, mengapa Menteri Besar Negeri Sembilan ni, senang-senang sahaja bagi orang keluarkan hasil balak di kawasan itu sehingga gondol Bukit Mantin.
Tindakan memberi kebenaran membalak bagi sesuatu kawasan dan tanahnya kemudian diberikan milik kepada orang perseorangan bukan sahaja berlaku di Mantin, tetapi juga di beberapa kawasan lain di Negeri Sembilan.
Sumber : http://cowenganakpilah.blogspot.com/2008/06/bukit-mantin-gondolangkara-siapa.html
HUTAN PEKELAHAN MANTIN MUSNAH !
Sesampai saja aku di Bukit Mantin, aku terperanjat besar melihat longgokan kayu balak di hutan perkelahan Galla. Rupa-rupanya kerja pembalakan telah mengambil tempat kawasan perkelahan yang suatu masa dulu pernah aku singgah bersama-sama anak. Kemana perginya air terjun disitu ? Kalaulah suatu masa dulu, bila aku melintasi Bukit Mantin ini alangkah enak dan nyaman dengan kesejukan cuacanya, tapi sekarang entahlah.
Sumber : http://alihasanwaseda.blogspot.com/2008/05/hari-ini-27-mei-saya-ke-seremban.html

PEMBALAKAN HUTAN LIPUR LENGGENG PUNCA BANJIR LUMPUR
Aktiviti pembalakan di Hutan Lipur Lenggeng didakwa menjadi punca kepada banjir lumpur yang melanda lapan sekeluarga di Kampung Mendum, dekat sini, disaat mereka sedang menunggu waktu berbuka puasa sekitar 6.50 petang.
Pembalakan tersebut dibawah Projek Pembangunan Kawasan Menteri Besar Incoporation (MBI) yang dijalankan oleh Real Strong (M) Sdn Bhd. Tempoh lesen membalak syarikat terbabit adalah dari 4 September 2007 sehingga 3 Februari 2008 serta meliputi kawasan seluas 80 hektar.
Sumber : http://pasns.blogspot.com/2007/10/pembalakan-hutan-lipur-lenggeng-punca.html
Friday, October 24, 2008
Najib tidak tolak akan hapus DEB ????
Nampaknya DEB terus menjadi bahan retorik pemimpin. DEB sememangnya sudah dihentikan secara rasminya dengan merekodkan kegagalan dasar tersebut oleh Dr. Mahathir Mohamad. Namun terbaru Najib beretorik juga akan menghapuskan DEB. sila klik untuk baca penuh.RM3.5Billion Duit Kerajaan Dipindahkan Ke CIMB Bank?
Terbaru ialah skandal pemindahan wang rakyat ke CIMB Bank yang mempunyai kepentingan keluarga Najib Tun Razak. sila klik untuk baca lanjut
Thursday, October 23, 2008
Kejohanan Futsal Piala Dato' Kamarul Baharin
Kejohanan menawarkan hadiah
Juara : RM 1500 + Piala Pusingan + Hamper
Naib Juara : RM 700 + hamper
Ketiga : RM 200 + Hamper
Keempat : RM 100 + Hamper
Penyertaan terbuka kepada semua pasukan futsal dari seluruh negara. Walaubagaimanapun tempat adalah terhad dan pendaftaran ditutup pada 14 November 2008.
Sebarang pertanyaan sila hubungi terus Ketua Angkatan Muda Teluk Kemang Sdr. Amirudin di talian 0123589872
Kejohanan menggunakan sistem liga kumpulan dan kalah mati di peringkat seterusnya. Undang - undang futsal yang diiktiraf persekutuan antarabangsa digunakan pakai.
Perbelanjaan bina pondok baru Pakcik manab Rasul
Kami cuma lapiskan zink baru diatas zink yang bocor, robohkan semua lantai tempat Pak Cik Manab tidur dan di tukar papan lapis. Semua peralatan dalam rumah dibuang termasuk tilam, bantal dan pakaiannya dan kemudian kami beli yang baru dan ada yang kami bawa dari rumah masing masing. Kesemua perbelanjaan kami kongsi bersama.
Kami membuat keputusan untuk membina pondok kecil baru yang selesa untuk pak cik Manab yang lengkap dengan bekalan elektrik, air dan bilik air. Berikut ialah keperluan bahan binaan
- Kayu 2 x 4 x 8 = 3 batang
- kayu 2 x 4 x 10 = 5 batang
- kayu 2 x 4 x 14 = 2 batang
- tiang konkrit 10' = 4 batang
- batu simen 2 pallet
- simen 6 kampit
- pasir lombong 1 lori
- pasir sungai 1/2 lori
- atap zink
- kayu kochai 1x2 = 10 batang
- paku dan lain lain bahan berkaitan
Kepada semua dermawan kami merayu sumbangan saudara semua untuk membantu memberikan sedikit keselesaan di hujung usia Pakcik Manab.
Pada 26 Oktober 2008 jam 8.00 malam di Kampung Bintongan (Rumah Yusof Tapa, masuk ikut belakang Masjid Kg. Batu) akan dilancarkan kutipan derma untuk Program Bersih dan Baiki Rumah Warga Tua Rembau.
Ceramah Sheikh Muszaphar RM8,000 sejam?
Menurut beberapa sumber beliau mengenakan RM8,000 sejam sebagai bayaran ceramahnya itu belum masuk perbelanjaan hotel, perjalanan dan seumpamanya. Beliau kini juga kelihatan seolah hilang punca kerana turut menggunakan gelaranya yang diperolehi dari pembaziran mega wang rakyat dengan turun ke kempen - kempen pilihanraya untuk berkempen bagi pihak BN.
Kepada Dr. Sheikh Muszaphar jika terbaca posting ini ; amat harapkan jawapan saudara ataupun sesiapa yang mengenali beliau sila panjangkan posting ini kepada beliau.
Kini sudah genap setahun lebih peristiwa menghantar warga Malaysia melancong ke Angkasa, cuma yang peliknya belum ada berita 'gempar' melaporkan penciptaan atau penemuan sains ekoran menerbangkan seorang warga Malaysia ke angkasa. Adakah berbaloi perbelanjaan RM95 juta itu dalam keadaan rakyat terhimpit dengan apa yang diperolehi....
sila baca lanjut dengan klik sini
Nampaknya regim Bn sememangnya tidak mempedulikan keperitan rakyat. Apa yang dilakukan hanyalah untuk memastikan kuasa terus ditangan mereka. Dari menghantar warga Malaysia melancong ke angkasa sehinggalah penganjuran rumah terbuka yang mebazirkan jumlah besar wang rakyat semuanya dilakukan untuk mengkhayalkan rakyat dari isu sebenar.
Semalam dalam Parlimen YB Mahfuz Omar mendedahkan bahawa Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Menteri Kabinet telah menelan belanja RM4juta. Fakta itu ialah melalui jawapan bertulis oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kepada beliau. Ini sudah melampau !!! Berita rumah terbuka dimainkan konon dengan kehadiran ramai konon menunjukkan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet mendapat sokongan ramai malangnya cerita disebaliknya rakyat terus dihisap darah mereka dengan tanpa disedari rumah terbuka tersebut telah 'membakar' RM 4 juta wang rakyat !!!
Dan jangan terkejut RM 4 juta ialah perbelanjaan 'open house' 2007....berapa agaknya bagi 2008.... celakalah atas kamu pemimpin regim yang amat zalim sanggup membakar wang untuk menunjuk lagak ketika rakyat terhimpit kesusahan !!!!
Wednesday, October 22, 2008
Sidang Media Khas 22 Okt.2008
Turut hadir dalam siding media tersebut ialah Cikgu Razak (Timbalan Ketua Bahagian), Azizi A.Aziz (Setiausaha Bahagian), Sdr. Zahirul (Ketua AMK Rembau), Sdr. Amirudin Hamzah (Ketua AMK Teluk Kemang) dan Sdr. Yusof Tapa (Penyelaras keADILan DUN Kota) serta beberapa lagi A.J.K bahagain Rembau.
Sidang media ini dipanggil khas untuk mengenengahkan tiga isu iaitu isu banjir kilat,isu pimpinan Umno Kota menghalang bantuan warga emas miskin dan isu fitnah pembelian ahli Parlimen oleh YB Datuk Hassan Malek.
Isu Banjir Kilat
Bukan kali pertama beberapa kawasan di dalam daerah Seremban dan beberapa kawasan sekitar mengalami banjir kilat. Bukan sedikit aduan yang sudah dibuat berkenaanya. Cuma pada 19 Okober yang lalu banjir lebih buruk dan paras air naik dengan cepat. Contohnya di Taman Tunku Jaafar, air naik hingga melebihi paras pinggang dalam masa tak kurang dari 25 minit. Oleh kerana paras air naik terlalu cepat, mangsa banjir hamper tidak sempat menyelamatkan apa – apa. Beberapa rumah yang dilawati merekodkan hamper keseluruhan alat eletrik rosak.
keADILan Rembau turut terbabit menurunkan sukarelawan untuk membantu mangsa banjir. Malah kami turut sama mengedarkan serba sedikit sumbangan kepada mangsa terlibat. Oleh kerana sumber yang terhad maka sudah tentu sumbangan kami terhad dan tidak menyeluruh. keADILan merakamkan simpati kepada mangsa.
Mesti ada pihak yang mengambil tanggungjawab. Sememangnya ia bencana alam tetapi ia merupakan bencana alam yang terjadi ekoran perancangan Bandar yang ‘salah’ atau ‘cuai’. Selepas beberapa kali banjir kilat berlaku seolah tidak ada tindakan serius diambil. Limpahan air yang banyak tidak mampu diruskan dengan baik. Keadaan ini lebih parah apabila seperti tidak ada kawalan terhadap aktiviti berhampiran tebing sungai seperti perlombongan pasir dan pembangunan. Kerajaan Negeri khususnya kerajaan tempatan seharusnya mengambil tanggungjawab penuh. Pampasan yang sewajarnya harus diberikan kepada mangsa terbabit.
Semalam YAB Menteri Besar telah mengumumkan pertuntukan segera RM8 juta untuk pelan menghadapi banjir kilat. Ia sesuatu yang harus dipuji tetapi jangan jumlah wang yang besar ini terbazir tanpa sebarang usaha serius dan dipantau sepenuh perlaksanaanya.
Sehingga pagi tadi dilaporkan Ahli Parlimen Rembau masih belum turun melawat mangsa banjir. Mungkin beliau terlalu sibuk berusaha mencukupkan kuota pencalonan dalam pertandingan Ketua Pemuda Umno.
Isu Umno halang @ ganggu bantuan warga emas Miskin
keADILan Rembau telah mewujudkan Tabung Jejak Fakir yang bertujuan untuk mengumpulkan dana sumbangan orang ramai untuk disampaikan kepada golongan yang memerlukan. Sempena Ramadhan yang lepas keADILan Rembau telah membantu lebih 100 keluarga dengan memberikan bantuan makanan asas dan wang tunai. Ada beberapa keluarga miskin dan anak yatim juga dibawa membeli pakaian Hari Raya. Bantuan disalurkan tanpa mengira kaum dan agama, tumpuan kami ialah mereka yang benar – benar susah dan mereka yang tercicir dari tersenarai sebagai penerima bantuan.
Dalam siri jelajah mencari fakir miskin ini kami mengesan beberapa aktiviti yang kurang menyenangkan seperti bantuan zakat dan dari kerajaan disalurkan mengikut kepentingan politik. Malah ada ada antara orang ramai yang membantu kami mencari golongan miskin tegar ini diberi amaran oleh pemimpin Umno setempat.
Kami mengesan hamper 30 buah rumah atau keluarga yang memerlukan bantuan susulan. Salah satunya ialah Pak Cik Manab Rasul, 78 tahun yang tinggal seorang diri dalam pondok buruk yang hamper tidak layak di duduki. Keadaan beliau yang sangat uzur tidak mengizinkan beliau bekerja. Walaupun beliau menerima RM200 bantuan kebajikan masyarakat setiap bulan tetapi jumlah itu amat tidak mencukupi dengan kenaikan kadar harga kebelakangan ini. Ketika lawatan ‘Jejak Fakir’ sehari sebelum 1 Syawal beliau dalam keadaan demam dan uzur. Kerana tidak mampu ‘berkuat’ beliau tidak cukup tenaga mengemaskan rumahnya sendiri. Keadaanya rumahnya yang kotor, berbau dipenuhi, bumbung yang bocor menyebabkan lantai lembab kerana air hujan lebih memburukkan keadaan.
Pada 21 Oktober yang lalu seramai 21 orang sukarelawan keADILan DUN Kota telah turun bersama untuk membaiki rumah tersebut. Namun setelah memerhati dengan dekat rumah tersebut tidak mampu dibaiki lagi. Kemudian kami membuat keputusan untuk membina sebuah rumah yang lebih sesuai untuk Pak Cik Manab tinggal yang lengkap dengan bekalan elektrik, air dan mempunyai bilik air didalam. Di mana sebelum ini pondoknya tidak punya bekalan elektrik dan air serta beliau terpaksa pergi ke rumah jiran yang berjarak lebih 100 meter untuk menggunakan bilik air dan tandas.
Kami telah membuang semua yang terdapat dalam rumah Pak Cik Manab seperti pakaian, tilam dan bekas – bekas makanan. Kotor, tikus, lipas malah lipan dijumpai. Lantai kawasan tempat Pakcik Manab tidur kami robohkan dan tukar baru. Kami tinggalkan rumah Pakcik Manab hari itu dengan dalam rumah yang bertikar getah, tilam, bantal malah dengan beberapa set pakaian baru. Halaman rumahnya yang dipotong rumput dan berkemas.
Seminggu dari sekarang akan bermulalah ‘projek’ pembinaan rumah baru Pak Cik Manab yang dijangka akan menelan belanja RM2,000. Kami mengalukan sesiapa sahaja yang sudi menghulurkan bantuan tidak kira dari segi kewangan atau sumbangan bahan binaan.
Ketika kami bersama beberapa penduduk kampong sibuk bergotong royong kami dihadiri wartawan sebuah akhbar tabloid harian yang dating mengambil laporan. Selepas itu wartawan tersebut terus ke rumah ketua kampong untuk mendapatkan responya. Malangnya respon yang diperolehi amat memeranjatkan. Ketua Kampung yang juga pemimpin Umno setempat yang dikenali mengatakan beliau tahu mengenai keadaan Pakcik Manab tetapi beliau kata bantuan tidak layak disalurkan kerana Pak Cik Manab masih mampu bekerja tetapi malas.
Malah selepas itu ada ‘orang perhubungan’ Ketua Kampung datang menghantar masej kepada kami yang member amaran agar kami menghentikan apa yang dilakukan. Ketua Kampung / Umno akan selesaikan isu rumah Pak Cik Manab dalam masa seminggu. Malah ada kata – kata angkuh seperti “jangan Adil nak buat pandai pandai di kampong aku”…turut dilafazkan !
keADILan amat sedih dengan perkembangan seperti ini yang bukan kali pertama dihadapi. Menteri Besar terpaksa membazirkan wang rakyat dengan melantik pegawai khas mengenal pasti orang miskin dalam negeri ini tetapi malangnya usaha membantu golongan miskin tegar dihalang.
Menteri Besar yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Rembau seharusnya menyatakan pendirian dalam isu ini. Ini bukan kali pertama. Saya juga pernah melaporkan dalam blog saya http://chegubard.blogspot.com bagaimana ADUN Chembong sendiri juga turut berusaha menghalang usaha kami membantu golongan miskin di Chembong.
Pada 26 Oktober ini jam 8.30 malam di kampong Bitongan, Rembau akan diadakan Majlis Jamuan dan ceramah perdana raya. YB Azmin Ali akan hadir dan dalam majlis tersebut juga akan dilancarkan program bersih dan baiki rumah warga emas miskin Rembau. Semua dijemput hadir.
sila klik tajuk bawah untuk baca posting lain berkenaan isu Umno halang bantu orang miskin.
Isu fitnah pembelian ahli Parlimen oleh YB Datuk Hassan Malek.
17 Okober 2008 yang lalu Saudara Mizan seorang ahli biasa keADILan Bahagian Kuala Pilah telah ditahan oleh BPR di (tempat kerjanya) sebuah syarikat kewangan di Kuala Pilah. Beliau telah dibawa ke BPR Seremban untuk disoal siasat.
Berikutan peristiwa ini beliau menghadapi ‘tekanan’ di tempat kerja dan muncul persepsi buruk terhadap beliau. Peristiwa ini berlaku kerana laporan fitnah yang dibuat oleh Datuk Hasan Malek, Ahli Parlimen Kuala Pilah yang menuduh beliau dihantar oleh Anwar Ibrahim untuk membeli ahli parlimen tersebut. Malah Datuk Hasan Malek menggunakan media menghebahkan ‘fitnah’ kononya beliau ditawarkan sejumlah wang yang besar dan jawatan menteri kanan jika bersetuju ‘melompat’ ke menyokong Anwar Ibrahim.
Saudara Mizan dan keADILan Kuala Pilah telah mengeluarkan kenyataan balas mengenai fitnah tersebut.Malangnya kenyataan Sudara Mizan dan keADILan Kuala Pilah tidak berani dijawab oleh Hasan Malek. Selepas berbincang dengan kepimpinan keADILan, maka hari ini (bertarikh 22 Oktober) satu surat telah dihantar kepada Hasan Malek untuk beliau membuat kenyataan terbuka menjelaskan perkara tersebut dan menarik balik fitnahnya atau beliau akan berdepan dengan surat dari peguam untuk memulakan prosedur tindakan undang – undang.
Sebenarnya tindakan Hasan Malek ini sendiri telah menjadi cerita lawak dikalangan penduduk setempat yang turut mengenali Saudara Mizan. Perkara ini mungkin muncul kerana harapan Hasan Malek yang ingin duduk dibawah ‘lampu limpah’ demi menarik perhatian Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan dia sebagai Menteri Besar yang baru apabila Najib menjadi Perdana Menteri. Ini bukanlah lagi rahsia kerana Hasan sendiri sudah bercakap lepas ditempat terbuka menyatakan beliau mungkin berpotensi tinggi terpilih menggantikan Datuk Seri Mohamad Hasan yang kononya orang pak lah.
Cuma bagi keADILan jangan kerana persaingan politik dalaman dan angan – angan politik peribadi yang besar ahli parlimen Kuala Pilah ini sanggup menyebarkan berita fitnah yang memangsakan ahli keADILan. Selaku ahli Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan saya serius mendesak penjelasan terbuka Datuk Hassan Malek atau prosedur tindakan undang undang akan dimulakan.
Pada 25 oktober 2005, 8.30 malam di Restoran Sabar Menanti, Taman Widuri Indah, Senawang akan didakan Majlis Jamuan Raya dan penyampaian cek bantuan. Dalam majlis tersebut saudara Mizan akan hadir dan akan berceramah menyampaikan pengalaman beliau ditahan BPR dan mendedahkan cerita sebenar apa yang berlaku berkenaan fitnah keADILan cuba beli Hassan Malek.
Seketeriat Anak Muda Malaysia desak polis buka semula siasatan Altantuya


Laporan polis ini bertujuan mendesak polis membuka semula kertas siasatan kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Sharibu berikutan pendedahan bukti terbaru iaitu ‘rakaman’ pesanan ringkas (SMS) yang berkomunikasi berkenaan kes pembunuhan tersebut. Laporan yang merakamkan mengenai rakaman sms yang dikatakan antara Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia bersama seorang peguam Datuk Shafie Abdullah telah tersebar melalui email dan terlalu banyak laman web serta blog menyiarkanya. Najib pernah memberikan komen mengenai perkembangan ini dengan mengatakan dia tak terlibat dalam salah guna kuasa namun tetapi dia tidak menafikan kewujudan sms tersebut.
Pertama polis harus menyiasat secara terbuka mengenai kebenarannya dan bukanlah sukar dalam perkembangan dunia teknologi ini untuk mendedahkan kesahihanya. Jika ia benar maka kertas siasatan pembunuhan kejam Altantuya harus dibuka semula. Pembunuhan warga Monggolia ini terlalu banyak misteri yang masih terselindung. Dari penglibatan pegawai keselamatan kanan Najib yang sehingga kini gagal diperjelaskan secara memuaskan sehinggalah kenyataan bersumpah (pertama) Balasubramaniam yang masih tidak terungkai misterinya. Balasubramaniam terus menghilang diri (hidup atau mati tidak pasti) tetapi Polis telah mengsahkan menemuinya di luar Negara untuk diambil kenyataan tetapi hingga kini statusnya masih ‘misteri’. Pembunuhan Altantuya perlu dibuka semula dan pendakwaan yang kelihatan lemah sekarang ini perlu diperkukuhkan. Pembunuhanya sentiasa menjadi cakap cakap umum dalam dan luar Negara, ia begitu menarik perhatian kerana dikatan melibatkan skandal seks dan korupsi besar Negara oleh kerana perhatian besar ini dia harus diselesaikan secara adil dan terbuka tanpa menyelindungi apa jua bukti kerana system pengadilan Negara turut dibicarakan dalam kes ini.
Keduanya laporan polis ini mendesak satu siasatan terbuka dan menyeluruh mengenai pembelian senjata dan perlatan pertahanan Negara ketika Datuk Seri najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan. Terlalu banyak penyelewengan berlaku. Laporan Audit 2007 merakamkan mengenai “rekod-rekod tertentu berkaitan dengan urusan pembelian enam kapal peronda persisiran pantai yang bernilai RM6.75 biilion telah dimusnahkan” sehinggalah kepada pembelian scorpene yang menghasilkan komisyen RM530 juta dan dalam pembelian sukhoi pula wang rakyat RM 410 juta hilang sebagai komisyen kepada orang tengah.
Terbaru pembelian Eurocopter EC725 dimana Malaysia membeli sebuah helicopter tersebut lebih mahal RM82 juta sebuah dari harga model yang sama dibeli oleh Brazil. Perbezaan harga lebih sekali ganda menyebabkan wang RM 1.2 bilion wang rakyat hilang.Pembelian tersebut yang dibuat tergesa – gesa seolah cuba mengejar masa perlu menyelesaikan pembelian sebelum Najib meninggalkan Kementerian Pertahanan.
Bukan sedikit wang Negara terbazir. Mesti ada pihak yang bertanggungjawab dengan kehilangan bukan sedikit wang rakyat ini.
Laporan ini juga disertakan dengan 21 muka surat dokumen sokongan berkaitan perkara yang dibangkitkan. SAMM percaya dengan apa yang diberikan ini sudah cukup alas an untuk pihak PDRM memulakan prosedur siasatan dan bertindak.
Laporan yang sama juga difailkan akan difailkan ke BPR untuk turut mendesak BPR bertindak mengikut bidang kuasa mereka juga.
Sekian laporan kami
Badrul Hisham Shaharin @ che’GuBard
Jurucakap SAMM
baca juga
- http://www.malaysiakini.com/news/91678
- http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17466&Itemid=50
- http://chegubard.blogspot.com/2008/01/pm-mengantuk-disorong-bantal.html
Tuesday, October 21, 2008
Desak siasatan menyeluruh terhadap bakal Presiden Umno..

Semua dijemput sertai
21 Oktober 2008 (selasa)
1.10 petang
berkumpul di Depan Dewan Perhimpunan Cina Selangor sebelum berjalan bersama ke IPD Dang Wangi (Balai Jalan Stadium), depan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
sebarkan !!
sila baca lanjut dengan klik sini
Monday, October 20, 2008
Seremban, Rembau banjir....
Subuh ini dihubungi teman - teman, sekitar Paroi, Rantau dan banyak lagi kawasan dalam Parlimen Rembau dinaiki air... penghuni kawasan perumahan mewah juga terpaksa dipindahkan....
Semua petugas keADILan Rembau dan PAS sudah turun ke bawah seawal subuh tadi bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan yang turun membantu....ramai yang telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir juga.Kemungkinan kemusnahan dan kerugian tinggi kerana ramai tak sempat selamatkan barangan.
Kepada yang sudi hulur bantuan segera....
- lampin bayi/dewasa
- barangan makanan - beras,sardin, minyak, susu, tepung dll
untuk hulur bantuan sila hubungi Azizi 0123696474
Kecam cadangan "Tahan Khairy Jamaluddin bawah ISA"
Cheng Lee Whee, seorang sukarelawan wanita di sekretariat Suaram Johor Bahru ditahan menurut Seksyen 28 pada 10.45 malam tadi di balai polis Seri Alam. Kesalahanya ialah mengedarkan berita dan gamabr dimana Polis dengan ganas membantu Kerajaan Tempatan untuk menceroboh kampung dan merobohkan rumah penduduk. sila klik untuk baca lanjut
Nampaknya regim pemerintah benar - benar gagal memahami isyarat rakyat. Salah satu sebab regim ini makin dibenci ialah ISA.
Mesyuarat MCA yang berlansung hujung minggu lepas juga menggambarkan 'pasangan UMNO' dalam BN ini gagal memahami isyarat rakyat iaitu bencikan ISA. MCA gagal memahami kebencian rakyat khususnya masyarakat bukan Melayu terhadap ISA (tidak kurang juga kesedaran masyarat Melayu anti ISA yang makin meningkat) atau MCA memahami tetapi takutkan ketuanan politik Umno yang kelihatan 'bapa' dalam gabungan perkauman bawah payung BN.
Malah lebih 'kebelakang' apabila perwakilan Pemuda MCA pula mencadangkan Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda Umno ditahan ISA. Kononya kerana Khairy sering menjadi punca ketegangangan kaum sejak akhir - akhir ini. Nampaknya MCA (Pemuda) hanya menumpukan pertembungan politik perkauman mereka untuk menjamin kuasa. Tetapi tidak memahami perlunya memperkasakan negara dan rakyat dengan semangat keadilan dan demokrasi sebenar yang akhirnya mampu memperkuatkan daya saing bangsa Malaysia dalam persaingan global ini.
Kenyataan pemuda MCA tersebut harus dikecam. ISA harus dihapuskan, jika ada yang bersalah dakwa di mahkamah. Tidak ada makhluk yang harus dihukum tanpa dibuktikan bersalah. Baik dia Khairy atau Mahathir Mohamad !!
Sunday, October 19, 2008
Kes Presiden SAPP buktikan 'siasatan terpilih' BPR
Semuanya hanya satu kebetulan, dakwa Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.
Iklan | |
![]() | |
Kenyataan itu terpaksa dibuat apabila khalayak umum melahirkan kehairanan atas 'kepantasan' BPR mengeluarkan kenyataan media berhubung siasatan rasuah Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee 24 jam selepas parti komponen BN itu menyatakan hasrat mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.
Menurut Ahmad, apa yang berlaku hanya 'satu kebetulan' dan tindakan badan itu untuk menyiasat kes tersebut tidak ada kena-mengena dengan situasi politik tanah air masa sekarang.
"Kebetulan pada dua hari lalu, saksi utama kes Tan Sri Kasitah Gadam iaitu Datuk Wasli Mohd Said menimbulkan keterangan baru yang beliau (Wasli) pernah beberapa kali diarah membayar wang yang keseluruhannya berjumlah RM5 juta kepada ejen-ejen Yong.
"Justeru, BPR sebagai badan penguat kuasa undang-undang berhubung pencegahan rasuah mesti mengambil tindakan dan kita telah pun memulakan siasatan.
"Bagaimanapun, kita akan mengkaji nota keterangan mahkamah itu dahulu... apakah butir-butir yang ditimbulkan," kata beliau ketika ditemui pemberita sebelum menghadiri majlis makan malam sempena sukan tahunan BPR dan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) Singapura di Putrajaya pada 22 Jun.
Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Yong mengarahkan pembayaran wang lebih RM5 juta, iaitu hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri Sabah, kepada ejen-ejen pilihannya pada 1996.
Ahmad Said berkata, pihaknya tidak dipengaruhi sesiapa termasuk parti politik.
"Ketika Yong membuat kenyataan pun (berkaitan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri), saya berada di luar negara. Saya sendiri yang mengeluarkan arahan kepada pegawai-pegawai saya supaya siasatan terhadap Yong dimulakan," katanya.
Ketika ditanya berhubung dakwaan Yong yang BPR pernah mengambil kenyataan beliau berhubung kes yang sama beberapa tahun lalu, Ahmad Said berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu.
"Saya pada masa itu bukan Ketua Pengarah justeru saya tidak tahu berkaitan hal itu.
"Tapi itu tidak penting. Yang penting adalah keterangan baru di mahkamah dan kita akan mengambil tindakan hasil daripada keterangan itu dan turut akan menyiasat lapan lagi individu lain yang disebutkan," kata Ahmad seperti dilapor mSTAR Online.
Ketika diminta mengulas isu ini, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabky Yusof mempersoalkan tindak-tanduk BPR yang tidak membuka kertas siasatan terhadap para pemimpin Umno dan BN yang dilapor terlibat dalam amalan rasuah selama ini.
Bagaimanapun, institusi pembanteras rasuah di bawah Jabatan Perdana Menteri itu cepat melakukan siasatan rasuah terhadap pemimpin-pemimpin Umno dan BN yang tidak lagi disukai atau diingini.
"Ini membuktikan BPR melaksanakan amalan siasatan terpilih," tegasnya.
Sabky juga mempersoalkan alasan 'keterangan baru' yang diterima BPR bagi membuka kertas siasatan Yong Teck Lee memandangkan bekas Ketua Menteri Sabah itu pernah disiasat atas dakwaan yang sama tiga tahun lalu.
"Bagi saya, alasan sebenar BPR bertindak adalah kerana Yong dan SAPP secara terbuka menentang Abdullah Ahmad Badawi," ujarnya.
Menurut Sabky lagi, jika BPR benar-benar serius memerangi rasuah, banyak kes membabitkan para pemimpin Umno dan BN disiasat dan didakwa pejabat Peguam Negara.
Beliau yang juga pengamal undang-undang memberi contoh siasatan rasuah membabitkan kerajaan negeri Kelantan, Dato' Seri Anwar Ibrahim malah Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bukti siasatan terpilih BPR.
Keadaan ini, jelasnya menghakis kredibiliti dan imej BPR di kalangan rakyat yang menganggap badan itu hanya menjadi alat pemimpin BN yang berkuasa.
"BPR perlu dibebaskan daripada campurtangan politik BN dan menjadi badan yang benar-benar bebas. Siasatan rasuah sewajarnya tidak tertumpu kepada musuh politik BN tetapi juga para pemimpin BN," tegasnya.
Apa juga alasan yang diberi BPR, imejnya di kalangan rakyat semakin merudum. Apatah lagi siasatan 18 kes berprofail tinggi yang didakwa mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Rais Yatim pada 2004 kini terperap di pejabat BPR.
Sebelum dilantik Menteri Luar, Rais ditukarkan ke portfolio Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang antara lainnya menyangkut urusan arkib, muzium dan antikuiti.
Ada yang berpandangan sinis bahawa 18 kes berprofail tinggi itu telah disimpan Rais di Jabatan Arkib dan Antikuiti atas arahan kabinet!- tajdid _
Friday, October 17, 2008
Perlantikan Zaki Azmi : Pelengkap kehanaman Institusi Kehakiman Negara
Institusi kehakiman negara sudah lama dikritik hebat, bermula dengan krisis kehakiman tahun 1988 dan selepas itu penghormatan dalam dan luar negara terhadap institusi kehakiman negara kian merudum. Sehinggalah perlantikan Ketua Hakim yang terakhir (Tun Abdul Hamid Mohamad) juga dipertikaikan kerana penglibatan serius beliau dalam krisis kehakiman 1988.
Namun kebelakangan ini seperti nampak ada cahaya untuk usaha mengembalikan maruah institusi kehakiman negara. 'Pampasan' kepada Bekas Ketua Hakim yang dipecat ketika Krisis Kehakiman 1988 walaupun belum cukup sedikit memberikan harapan.
Namun sinar 'kabur' itu terus padam apabila mendengar desas-desus calon Ketua Hakim yang baru iaitu seorang yang terkait rapat dengan parti politik umno selain dari cerita porpular kontroversi rumah tangganya.
integriti Institusi Kehakiman Negarasudah tercalar teruk ekoran senarai lantikan hakim yang diumum September 2007.
Hampir kesemua penglibatan beliau tersebut 'masih segar' dan boleh menimbulkan keraguan dalam menjamin pelaksanaan keadilan. Maka sudah tentu rakyat punya alasan kukuh untuk khuatir mengenai kredibeliti dan intrigriti badan kehakiman negara.MB NS dituntut campur tangan dan nyatakan pendirian dalam isu saman DYMM SPB Yg Di Pertuan Besar NS
KETUA Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad (gambar kanan, tengah) hari ini membenarkan jurufoto dan jurukamera media merakam prosiding Mahkamah Khas yang membicarakan kes Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) menentang Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar di Palace of Justice hari ini. --fotoBERNAMA Pada 15 Julai lepas satu peristiwa hitam bagi insititusi 'beradat' Kerajaan Negeri Sembilan apabila Mahkamah telah membenarkan saman sebuah syarikat kewangan ke atas DYMM SPB Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Bagi cheGuBard ia membawa erti besar (sama ada negatif atau positif) kepada Insitusi Istana Negeri Sembilan. Calar ini akan terakam dalam sejarah. sila klik untuk membaca penuh. Namun sehingga kini Menteri Besar Negeri Sembilan 'membisu' dalam isu ini. Walaubagaimanapun tahniah ke atas YB Chai Tong Chai (ADUN Chuah) telah memberikan respon mengenai isu ini selaku Timbalan Pengerusi keADILan N.S. Di bawah ialah kenyataan penuh Chai Tong Chai.
Saya YB Chai Tong Chai, selaku Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan merangkap ADUN Chuah menyifatkan peristiwa yang berlaku ke atas Duli Yang Maha Mulia, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar ibni Tuanku Abdul Rahman bersabit keputusan Mahkamah Khas, sebagai suatu titik hitam yang amat malang.
Kami anak watan Negeri Sembilan merasa amat dukacita dan kecewa terhadap Dato’ Seri Mohamad bin Hasan, selaku Menteri Besar Negeri Sembilan dan pucuk kepimpinan UMNO Negeri yang tidak langsung perihatin terhadap darjat Institusi Kesultanan Raja-Raja Melayu.
Sebagai rakyat di negeri yang kaya dan penuh beradat, YAB Menteri Besar dan pucuk kepimpinan UMNO Negeri Sembilan sepatutnya mengambil langkah-langkah bagi mengelak peristiwa hitam ini berlaku. Peristiwa malang ini tidak mungkin berlaku sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO tidak menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu.
Sebagai ikhtibar, maka tibalah masanya Institusi Raja-raja Melayu dimartabatkan semula sebagaimana yang termaktub dalam Rukunegara. (Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara)
Daulat Tuanku!
YB Chai Tong Chai,
ADUN Chuah
merangkap Timbalan Ketua Perhubungan keADILan NS
Wednesday, October 15, 2008
Khairy diboo di Setiawangsa dan Kubu Khir robek
Harapan bekas Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Muhd Khir Toyo yang menggunakan sentimen `kempen untuk anak tempatan’ mungkin tidak kesampaian berikutan beberapa bahagian Pemuda Umno yang menjadi 'kubu' kuat beliau menyokong calon lain bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat.
Antara kubu kuat beliau, Pemuda Umno Bahagian Kuala Selangor mencalonkan anak bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Muhamad, Datuk Mukhriz Mahathir dalam satu pemilihan sengit pemuda bahagian tersebut pada 5 Oktober lepas. sila klik untuk membaca lanjut
Khairy di'boo' oleh perwakilan Setiawangsa
Calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat, Khairy Jamaluddin dan jentera kempen dikatakan menghadapi tekanan apabila beliau masih belum melepasi kouta pencalonan untuk membenarkan dirinya bertanding walaupun setelah 72 bahagian Pemuda Umno seluruh negara selesai mesyuarat.
Tekanan semakin bertambah terhadap dirinya apabila nama beliau di boo beberapa kali dalam satu mesyuarat pemilihan pergerakan Pemuda Umno bahagian Setiawangsa yang diadakan di PWTC pada 4 Oktober lalu.
Insiden ini berlaku apabila salah seorang perwakilan yang juga seorang wartawan, Dahalan Makmur cuba mencalonkan nama Ahli Parlimen Rembau ini sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat dari bahagian terbabit. sila klik untuk membaca lanjut

KuLi kena getah sekali lagi dengan Dr. M
Kerana takutkan perkara ini berlaku Dr. M yang telah berpatah arang dengan Umno telah setuju menjilat ludahnya semula masuk dengan kononya menyokong 'pack' KuLi & Muhiyuddin Yassin. Ramai terkejut juga dengan perkembangan tersebut, tetapi bagi che'GuBard kemasukan Dr. M bukan kerana nak sokong KuLi tetapi nak jarakkan KuLi dengan PAKATAN dengan menggula gulakan KuLi kononya Dr. M sokong dia kali ini. Serentak dengan itu KuLi nyatakan dengan tegas bahawa beliau tetap akan bersama Umno walau apa pun jadi.
Ternyata Dr. M sekali lagi berjaya mainkan KuLi. KuLi mungkin akan terus hanyut.... Hujung minggu lepas di sebuah Rumah Terbuka Aidilfitri pemimpim Umno di Ukay Perdana Dr. Mahathir telah duduk semeja dengan Najib dan Muhiyuddin. Berdasarkan pemberi maklumat Dr. M dah nyatakan sokongan terbuka kepada dua calon Presiden dan Timbalan Presiden ini.... nampaknya KuLi kena lagi...
sempatkah Najib jadi PM....

klik pic untuk melihat lebih jelas ; Gambar dipetik dari blog Amin a.k.a BlackBelumpun lagi sempat menggantikan Abdullah Badawi, skandal Najib muncul lagi. Kali ini Malaysia Today (walaupun RPK terpenjara) menggeluarkan petikan SMS diantara Najib Razak dan Shafee Abdullah seorang peguam. Klik disini.
Tukar Tiub membuat analisis mengenai isu ini. Klik disini.
Petang tadi apabila ditanya oleh wartawan, Najib tidak menafikan bahawa wujudnya SMS tersebut dan mengatakan bahawa tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini.
Selain daripada mengeluarkan berita mengenai SMS ini, Malaysia Today turut menceritakan mengenai dosa-dosa Najib ketika menjadi Menteri Besar Pahang. Klik disini.
Seperti yang che'GuBard posting awal dalam blog ini mengenai pertukaran potfolio yang memerangkap Najib. Najib masuk ke Kementerian Kewangan tanpa dapat measuki lubuk kewangan negara yang menjadi tempat berkubang KJ dan geng Ting.4 nya. Najib hanya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah iaitu jawatan yang baru diwujudkan untuk Najib. Tetapi sebaliknya Pak Lah memasuki sepenuhnya kementerian pertahanan secara penuh yang sudah pasti bakal menjumpai jenayah korupsi Najib yang sudah lama dalam kementerian pertahanan. Untuk menguatkan fakta ini ...tup..tup.. meletup cerita beli helikopter.. dan Abdullah pula yang umum akan jupa ketua Setiausaha Kementerian.... Mungkinkah last lap ini Pak Lah yang kelihatan lemah dan sering tertelap berjaya 'mempeletokkan' tengkuk Najib yang sememang terkenal dengan kebuasan nafsunya.
Sempatkah Najib melengkapkan teori R.A.H.M.A.N?
sila klik untuk baca juga helikopter terbaru Najib atau klik sini
sila klik ; bukti bertulis skandal helicopter Najib
Malah kewujudan beberapa blog seperti
- http://antinajib.blogspot.com
- http://selamatkanumno.blogspot.com
- dan puluhan yang sealiran perlu diberikan perhatian.......

