Wednesday, February 25, 2026

Surat terbuka kepada Ketua Pembangkang & Pengerusi PAC

Tarikh  24 Febuari 2026

Kepada : 

YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
No. 15, Jalan Langgak Tunku, Taman Tunku, 50480 Kuala Lumpur


Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Pengerusi PAC
Bahagian Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Blok A, Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen, 50680 Kuala Lumpur.

MEMORANDUM KHAS

Perkara: Permohonan Siasatan Terhadap Beberapa Isu Tadbir Urus dan Pelaburan Kementerian Ekonomi

1. Latar Belakang

PETA telah menerima beberapa dokumen yang menunjukkan kemungkinan wujud isu tadbir urus serius melibatkan Kementerian Ekonomi, termasuk penggunaan dana rakyat dalam jumlah besar serta potensi konflik kepentingan dan pengaruh tidak wajar.

Berdasarkan penilaian awal, terdapat lima isu utama yang memerlukan perhatian dan siasatan PAC.

2. Isu-Isu Utama

Konflik Kepentingan melibatkan Itramas Corporation Sdn. Bhd. & Invoke Solutions Sdn. Bhd.

Maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan wujud pertindihan rangkaian korporat antara syarikat ini, termasuk penglibatan individu yang sama sebagai rakan kongsi dan Ketua Pegawai Eksekutif. Isu ini menimbulkan persoalan pengaruh tidak wajar dalam dasar sektor tenaga boleh baharu yang diperkenalkan oleh menteri terdahulu.

Pelaburan RM1.1 Bilion Arm Holdings Plc

Rundingan pelaburan bernilai RM1.1 bilion ini dibuat ketika Rafizi Ramli memegang jawatan Menteri Ekonomi. Terdapat pertanyaan mengenai mekanisme semak dan imbang, penilaian kos-manfaat secara bebas dan telus, serta peralihan pegawai khas menteri ke syarikat terlibat selepas peletakan jawatan.

Inisiatif Pangkalan Data Utama (PADU)

Projek ini berpotensi menjadi projek gajah putih. Terdapat persoalan mengenai status data rakyat yang telah dikumpul, keselamatan data, dan ketelusan penggunaan maklumat tersebut.

Inisiatif NACSA & Blackberry Malaysia

Terdapat isu ketelusan dan pemilihan vendor, termasuk aduan mengenai prosedur tender dan penilaian teknikal. Ini menimbulkan risiko salah guna dana awam dan pengaruh politik.

Inisiatif MyDigital ID

Projek identiti digital ini memerlukan penilaian risiko keselamatan siber, perlindungan data rakyat, dan keberkesanan pengurusan projek.

3. Lampiran

Analisis terperinci, termasuk penilaian teknikal, risiko, dan dokumentasi sokongan bagi lima isu ini, disediakan dalam lampiran terperinci bersama memorandum ini.

Dengan penuh hormat, saya memohon PAC agar membuka siasatan penuh terhadap isu-isu di atas, memanggil pihak berkaitan untuk memberi keterangan, serta meneliti dokumen sokongan dan penilaian teknikal yang dilampirkan.

Objektif laporan ini bukan untuk menolak pelaburan atau inisiatif digital, tetapi untuk memastikan tadbir urus kementerian dilakukan dengan integriti, akauntabiliti, dan kepentingan nasional diutamakan. Keterbukaan dan penyiasatan bebas oleh PAC adalah langkah yang wajar demi kepentingan rakyat dan akauntabiliti awam.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Che’GuBard
Aktivis
Pembela Tanah Air (PETA)

Lampiran: Analisis Terperinci Isu Tadbir Urus Kementerian Ekonomi (Dokumen Sokongan) - lihat posting posting selepas ini 

No comments:

Post a Comment