Tuesday, July 28, 2009

Jatuh Bangunan : Beng Hock Koyak Seluar, Kian Chong Kepala ‘Meletup’

Terkejut juga membaca berita utama Harian Metro hari ini. Seorang pemuda berusia 22 tahun, Tan Kian Chong ditemui mati setelah terjatuh dari tingkat 16, Apartmen Vista Angkasa, Kampung Kerinchi semalam. Harian Metro melaporkan;

“Saya dengar macam bunyi letupan sebelum melihat satu tubuh manusia di atas lantai bangunan,” kata Hamzah Sharif, 45, menceritakan kejadian seorang pelajar lelaki Universiti Malaya (UM).

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Tan Kian Chong, 22, ditemui dalam keadaan tertiarap dengan keadaan kepalanya berkecai dan kesan darah dilihat terpercik hingga ke tingkat dua bangunan apartmen berkenaan.

Kes ini menarik perhatian saya kerana pada 15 Julai lepas, Setiausaha Politik Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah iaitu Teoh Beng Hock ditemui mati di Plaza Masalam Selangor selepas disoal siasat SPRM.

Kebanyakkan media melaporkan bahawa beliau mati kerana terjatuh dari tempat yang tinggi. Anehnya keadaan jasadnya tidaklah seteruk kes Kian Chong atau kes-kes lain yang melibatkan mangsa yang jatuh dari tempat tinggi yang lain.

Jasad Beng Hock ditemui dalam keadaan bahagian belakang seluarnya terkoyak. Kepalanya masih sempurna, pendarahan dikesan dibeberapa bahagian.

Kes ini pastinya perlukan siasatan rapi dari pihak Suruhanjaya yang diamanahkan. Kita harap kita akan mendapat jawapan yang menyakinkan tentang kematian Beng Hock tak lama lagi.

Kematian jatuh dari banggunan di Malaysia...sangat bersih

Kesan jatuh dari banggunan di Malaysia…sangat bersih.

Kesan jatuh dari banggunan di luar negeri

Kesan jatuh dari banggunan di luar negeri.

(artikel Herman)

3 comments:

  1. Napa BH tak banyak darah ha. kot dah kena sedut ngan sprm.

    ReplyDelete
  2. memang sah kena panggil CSI astro tu...

    cuba kita jatuhkan buah tembikai pulak... mcm jenazah yg mana satu?

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:43 PM

    kenyataan yang hanya ikut logik akal sahaja, mampu merenggut hati orang yang tak berfikir panjang..

    kenapa masih ada budak kecil yang hidup dalam nahas kapal terbang baru-baru ini (luar negara)? padahal, satu kapal terbang semua mati...

    adakah ada kerajaan yang tembak jatuh pesawat Airbus tersebut? Lepas tu, campak je budak tu kat bangkai kapa terbang tersebut.... ini juga logik kalu ikot logik cara Chegu la...

    ReplyDelete