KUALA LUMPUR [11.45 am] - Seperti yang telah dijangka dan tidak terlalu mengejutkan bilamana Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan penangguhan sementara (perintah interim) terhadap keputusan mahkamah pada 16 Julai lalu, yang mengarahkan sebahagian daripada dokumen dan barangan berkaitan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, diserahkan kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan bermula. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, memutuskan demikian selepas membenarkan pendengaran permohonan itu ditunda ke Jumaat ini bagi membolehkan pembelaan memfailkan afidavit jawapan. Dengan penangguhan itu, bermakna "teori konspirasi" bagi menghantar semula Anwar ke Penjara Sg.Buloh nampaknya semakin lengkap kini. Pendakwaraya dilihat begitu yakin yang ke ini akan berjaya menghambat mantan Timbalan Perdana Menteri itu sekali lagi ke sana. Bayangkan, sudahlah sebelum ini sudah begitu lama barisan peguambela Anwar menunggu dan memohon bagi mendapatkan sebahagian daripada dokumen dan barangan kes berkaitan. Namun, segalanya dinafikan sehinggalah perbicaraan dijalankan dan Anwar terpaksa memohon sekali lagi menerusi prosedur perundangan yang telah ditetapkan. Anehnya, seolah-olah "hak itu dinafikan". Ini bermakna, perbicaraan liwat yang bakal didengar nanti sudah pasti akan memihak kepada Saiful Bukhari Azlan, berdasarkan kepada keengganan dan helah yang diberikan oleh pihak pendakwaraya untuk menghalang dokumen dan barangan berkaitan jatuh ke tangan peguambela Anwar. Tambah malang lagi, sampel DNA yang menjadi barang kes juga tidak dibenarkan untuk diperiksa oleh peguambela Anwar. Kini segalanya bagai satu perjalanan kes perbicaraan yang cukup meragukan dan rakyat memang sudah ketahui keputusannya.
Sudahlah sebelum ini, pendakwaraya menyatakan bahawa perbicaraan terhadap Anwar wajar dijalankan biarpun terdapat empat laporan perubatan hospital yang mengesahkan Saiful tidak diliwat oleh sesiapa pun. Ini bermakna, kes liwat itu tidak berlaku seperti yang diduga. Makanya, mereka hanya akan menggunakan bukti DNA sebagai asas pertuduhan terhadap Anwar. Itu belum termasuk lagi dengan pita video dan CCTV yang dikatakan menunjukkan rakaman adengan tersebut. Semua ini mengundang persoalan dan kemusykilan dikalangan rakyat sebenarnya. Nampak sangat, terdapat konspirasi jahat untuk mengaitkan Anwar dengan satu pertuduhan yang dengaja direka-reka. Makanya, harapan untuk rakyat melihat keadilan tertegak jua akhirnya bagai menemui jalan buntu sekarang. Malah, perbicaraan pada kali ini lebih teruk dan dasyat daripada kes liwat pertama dulu. Soalnya, kenapa ada undang-undang dan kehakiman sebegini di Malaysia. Walhal, sebelum ini kerajaan beriya-iya mahu mengembalikan semula integriti badan kehakiman di negara ini. Ternyata, rupanya ia sekadar "omongan kosong" pihak terbabit bagi mengaburi mata rakyat. Apa yang dapat dilakukan oleh rakyat sekarang, ialah meneruskan agenda perubahan yang mahu dibawa oleh Anwar. Jika beliau terpenjara kali ini, maka lebih banyak lagi Anwar akan bangkit diluar sana. Teruskan perjuangan dan pastikan keadilan tertegak di bumi tercinta ini hendaknya.
[Keputusan Hakim menerima rayuan daripada Pendakwaraya agar keputusan menyerahkan sebahagian daripada dokumen dan barangan kes, sebenarnya menampkkan kepada kita bahawa petanda jelas Anwar akan digagalkan dalam perbicaraan yang bakal dihadapinya ini kelak. Tambah meragukan, Hakim juga mengarahkan agar perbicaraan dibuat dalam satu perbicaraan dan tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka kian terdesak untuk menghantar Anwar secara terhormat bagi mendiami penjara Sg.Buloh. Usahlah kita terlalu yakin kepada perbicaraan yang bakal dijalankan kelak. Ini kerana, mahkamah di negara kita mengamalkan konsep "Malaysia Boleh" dalam setiap kes yang dibicarakan. Bila terkena kepada pemimpin kerajaan maka "pintu belakang" akan digunakan untuk memastikan kroni mereka selamat dari hukuman. Tetapi, bila terkena kepada musuh, mereka akan melakukan apa saja bagi mematikan suara musuh terbabit].

No comments:
Post a Comment