Seperti biasa hujung minggu pasti penuh dengan aktiviti parti. Malam sebelumnya (16 Jun 2009) telah berhimpun di Shah Alam depan pejabat SPRM kerana telah berlaku tragedi pembunuhan politik pertama di era Najib.
17 Julai sebaik sahaja selesai kerja - kerja pejabat, terus bekejar pulang rumah untuk bersiap keluar seperti biasa tiap hujung minggu. Hujung minggu kali ini membawa keluarga kerana program ke Utara bakal diambil kesempatan oleh isteri untuk pulang ke kampung.
Destinasi pertama ialah Batu Kurau, Perak. Tiba lewat sedikit kerana masa 'terbazir' menghadapi kesesakan di Kuala Lumpur sebelum memasuki Lebuhraya Utara Selatan melalui Plaza Tol Jalan Duta.
Tiba di Pekan Kemunting sekitar jam 9.00 malam. Ketua Bahagian Larut sedia menanti di Masjid Kemunting untuk iring cheGuBard ke tapak program di Batu Kurau.

Sebaik sahaja ceramah dan sesi 'makan-makan' terus bertolak pulang. Yasir (teman yang membantu saya membawa kenderaan) begitu gembira menyusun durian dalam kereta hasil buah tangan Ketua Penerangan Cabang. Walaubagaimana pun Era (isteri) terpaksa bernafas sikit - sikit sahaja kerana citra yang tak punya 'bonet' telah berjaya mengadunkan bau durian di seluruh kereta termasuk melekat di pakaian hahahahahahaa.... Mujur che'Nur Zaima Jahida (yang cukup gemar durian) dah tidur kalau tak tentu dia dah minta buka durian untuk makan dalam kereta...
Jam 4 pagi sampai di To'Kun, Bukit Mertajam dan bermalam di situ menumpang rumah Hj.Rosli.
18 Julai, Diberitakan ada kematian ayahanda orang kuat KEADILAN di Permatang Pauh. Pagi itu kebetulan ada berdekatan terus ambil kesempatan menziarahi dan sempat bertemu ramai teman setempat di rumah 'kematian'. Jumpa abang 'Non' pomen, pembantu khas Datuk Seri Anwar di rumah tersebut dan terus servis kereta yang sudah lebih 15,000 km tidak diservis.
Boleh baca lanjut mengenai taklimat petang itu di blog Ketua AMK Cabang Bayan Baru. Sila klik sini.
Kira - kira 150 orang telah hadir dalam majlis penerangan tersebut.
Selepas itu terus ke Pejabat One Nie Group, untuk duduk berbincang mengenai hala tuju dan beberapa aktiviti Unit Ehsan. Perbincangan santai tetapi bermaksud serius ini disertai oleh Zul (pengasas Unit Ehsan), Rizal (Pengerusi Unit Ehsan), Din Binjai, cheGuBard, Rizal (Nibong Tebal) dan beberapa pemuka gerakan anak muda di Pulau Pinang.





Malam pula menghadiri program kemuncak Konvensyen AMK Permatang Pauh iaitu Makan Malam Pidato Perjuangan , kira - kira 200 lebih tetamu memenuhi dewan tingkat bawah Yayasan Aman. Antara yang hadir ialah YB Senator Pak Mus, Hjh. Che yang mewakili Dato Seri Dr Wan Azizah. che'GuBard diminta menyampaikan ucapan dan tajuk yang dipilih ialah, 'Revolusi Anak Muda Pencetus Kemerdekaan Negara.

Sebaik sahaja tamat program terus ke To'Kun, isteri dan anak dan terus bertolak ke Kuala Lumpur. Sampai rumah jam 4.00 pagi. Jam 7.00 pagi terus keluar rumah ...kali ini destinasi Melaka untuk menghadiri upacara pengkebumian mangsa pembunuhan politik era Najib, Sdr. Teoh. Hari ini hari bekerja nampaknya che'GuBard terpaksa mengambil cuti kecemasan, mujur baki cuti tahunan masih ada.

5.30 petang pula bertolak ke Ledang, Johor untuk Ceramah umum dan malam itu akan diregukan bersama pemidato hebat 'Ust Sidiq Noor'. Sampai di rumah semula jam 3.45 pagi... tidur sebentar sebelum perlu keluar rumah untuk ke pejabat 6.30 pagi.
Begitulah rutin juga hujung minggu ini pula Jumaat di Sg. Petani, sabtu di Rembau, Ahad pagi di Kuala Lumpur dan malamnya pula di Nibong Tebal.
No comments:
Post a Comment