Semua ini retorik tak akan jauh ubah seperti slogan bekerja bersama saya atau perang rasuah Abdullah Badawi sedikit masa dulu.
Untuk Najib tak perlu pakai perkataan boombastik nak tipu orang kampung seperti KPI atau KPA tetapi bergerak dan bertindak dengan kuasa yang ada pada kamu.
- Sasaran 1 untuk menangangi jenayah yang paling penting buang dulu Musa Hassan yang punya rekod dan banyak aduan jenayah. sila klik sini untuk baca aduan jenayah libatkan Ketua Polis Negara. Kemudian kewujudan IPMC iaitu sebuah ebuah suruhajaya bebas memantau PDRM seharusnya disegerakan kewujudanya. Mana mungkin badan penguatkuasaan yang dikuasai politik dan kegiatan salah mampu memastikan KPI penurunan indeks jenayah.
- Sasaran 2 iaitu 'Perang Rasuah' ..... ayat perang rasuah ini sudah jadi lawak yang membosankan. Senang sahaja kalau serius mahu memerangi rasuah bebaskan badan pencegahan rasuah dari duduk dibawah ketiak orang politik. Letak SPRM terus bawah parlimen, lantikan dan semua urusan terus dibawah tanggungjawab parlimen bukan bawah ketiak pemimpin politik regim pemerintah sahaja.
- Aspek pendidikan negara telah berjaya dimusnahkan oleh pemimpin politik seterusnya. Dasar pendidikan menjadi celaru kerana tiap kali tukar menteri tiap kali dasar bertukar. Jawapanya ialah Suruhanjaya Pendidikan Negara harus diwujudkan segera dan terus dibawah parlimen Malaysia. Satu dasar pendidikan yang menjadi teras bangsa Malaysia harus lahirkan dan diperkukuhkan. Pendidikan bangsa ini perlu disusun dengan meneliti kehendak dan perkembangan pasaran kerja tanpa mengenepikan pengukuhan teras bangsa.
- Usaha membasmi kemiskinan dan bantuan usahawan pasti akan menemui kegagalan apabila semua ini dikuasai oleh niat politik kepartian. Contoh jelas dalam blog ini banyak kali cheGubard merakamkan peristiwa bagaimana berdepan dengan pihak pemberi bantuan yang menolak untuk memberi bantuan semata - mata sebab politik. Malah bukan satu rahsia pemohon pinjaman TEKUN perlu menyatakan keahlian Umno atau mengemukakan permohonan serentak dengan permohonan.
- sasaran 5 iaitu pembangunan luar bandar akan dilihat tersasar kerana ia turut melibatkan unsur parti regim yang kuat. Tidak dinafikan anatara masalah utama negara ini ialah pembangunan tidak sekata. Ada tempat terlalu maju dan mewah tetapi jauh sedikit di pinggir jelas amat ketara ketinggalan. Ini lebih diparahkan apabila peruntukan pembangunan parlimen dipolitikkan apabila kawasan yang diwakili bukan parti regim Bn, ahli parlimen atau wakil rakyat yang dipilih dinafikan hak peruntukan pembangunan.
- menyentuh mengenai hasrat peningkatan taraf pengangkutan awam amat baik cuma secara realitinya ia sering gagal apabila nafsu rakus pemimpin regim diambil kira. Perlu jujur satu ketika dahulu taraf pengangkutan awam negara berada di tahap yang agak sedikit baik, namun semua ini disabotaj sendiri oleh regim. Pengangkutan awam sengaja dilumpuhkan untuk membolehkan rakyat punya alasan untuk membeli kereta nasional yang kononya murah dan dibuat untuk rakyat. Sejak waktu Abdullah menjadi PM pengangkutan awam menjadi tumpuan, bukan untuk pembaikan tetapi untuk mengayakan lagi anak beranak dan kerabatnya dengan kontrak penaik taraf pengangkutan awam. Pengangkutan awam tak nak taraf tetapi anak beranak nya yang naik taraf.
No comments:
Post a Comment