Thursday, July 02, 2009

che'GuBard isytihar batal semua kerjasama dengan Dewan Pemuda PAS


Beberapa perkara perlu diberikan perhatian dalam isu memastikan kelansungan kekuatan Pakatan Rakyat.

Pimpinan DAP Pusat seharusnya mengambil tindakan terhadap pimpinan DAP Kedah yang terlibat membuat kenyataan terbuka di media tanpa perbincangan yang sempurna dalam Majlis Pakatan Rakyat. Semua tindakan yang melibatkan dasar harus dibuat diperingkat pusat.

Tindakan Ketua Pemuda PAS membuat pertemuan 'rasmi' dan 'terbuka' dengan Pemuda Umno dilihat sebagai usaha terkebelakang dalam memastikan kekuatan pakatan.

Nampaknya ada kalangan pimpinan PAS seolah tidak memahami isyarat keputusan Pilihanraya Umum lalu. Mereka juga terus menerus melakukan tindakan memberikan 'talian hayat' kepada Umno - Bn yang makin melemah.

Ini mungkin berlaku kerana banyak alasan, namun alasan - alasan tersebut ialah alasan dangkal yang ingin menghalalkan tindakan mereka semata - mata demi kepentingan kelompok tertentu sahaja.

Jika dakwaan ini salah sila jawab apa yang berlaku apabila rakyat menolak Bn di Selangor tetapi sebaliknya ada pimpinan PAS yang duduk berbincang dengan Bn dengan membawa kemungkinan membentuk kerajaan campuran PAS-Umno di Selangor, tetapi akhirnya gagal kerana dua - dua pihak berkeras hendak jadi Menteri Besar..... Sila jawab dakwaan terbuka Tuan Guru Ust. Hj Ahmad Awang yang menyatakan ada pimpinan PAS Pusat yang menghubungi beliau meminta pertimbangan semula agar diadakan pakatan Umno - Pas dalam membentuk kerajaan Perak.

che'GuBard dengan ini selaku anak muda yang bergelumang dengan aktivis 'bawahan' dan melihat derita rakyat dizalimi dan ditinds regim serta mepelajari sejarah bahawa regim ini pewaris penjajah negara, maka dengan ini mengecam tindakan Dewan Pemuda Pas yang masih terhegeh-hegeh memberikan talian hayat kepada Umno.

Selaku anak muda che'GuBard mengisytiharkan memboikot semua program melibatkan Dewan Demuda PAS termasuk jemputan yang telah disahkan hadir.

Tindakan ini bukan mewakili parti tetapi mewakili kekecewaan aktivis 'bawahan' yang tidak diendahkan suara mereka. Apa yang kita dapat hari ini bukan atas kekuatan parti kita semata - mata tetapi atas penolakan kuat rakyat terhadap Bn dan harapan sedikit yang ada terhadap gabungan kita. Bila ada sikit kuasa kita lupa dan nak lebih dengan ajak entiti yang ditolak rakyat untuk duduk semeja....percayalah teruskanlah perkara ini rakyat akan terus mencampak kita dalam longkang dalam PRU yang akan datang.....

Wahai Yb atau sesiapa yang mendapat apa juga tempat hasil PRU lepas, ketahuilah keputusan itu bukan dicipta begitu sahaja dalam sehari pada 8 Mac yang lepas ia merupakan hasil perjuangan panjang...... sanggupkah kita kianati semua sejarah perjuangan panjang tersebut.

24 comments:

  1. Anonymous11:15 AM

    saya walaupun ahli pas(14 tahun) setuju dgn tindakan che gu.

    saya dan ramai kawan kawan pas saya begitu kecewa juga dgn golongan ini,seolah olah kami bercakap dgn batu.

    dgn ini saya istiharkan dalam pas saya cuma wala pada tok guru nim aziz.

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:25 AM

    Bard........

    tahniah atas pendirian kukuh kau..
    tersukan Bard.....
    perjuangan kau ni hampir ke klimaks...
    insyallah bard PRU13 ... ni

    teruskan bard...
    jangan ikut rentak sumbang mereka...
    biarlah mereka masuk kubang biawak tu..


    tahniah bard
    Jimmy

    ReplyDelete
  3. setuju...

    awat depa nie mengkenan sangat dengan UMNO/BN nie..

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:29 PM

    Begitulah politik Che'gu Bard. Sayapun biasa nampak Che'gu berdiskusi dengan mesra alamnya bersama orang kuat KJ dan Norza, Anuar Mohd Noor (Blogger Arah Kita).

    Kadang2 saya pun pening tengok Che'gu begitu intimate sekali "bermuzakarah" mungkin dengan orang upahan ini????

    Cakap biar serupa bikin Che'gu...

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:34 PM

    Salam,

    Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Memalukan! Mereka HANYA hantar timbalan, tapi kita hantar ketua.

    ReplyDelete
  6. Anonymous1:07 PM

    Tahniah che'Gu Bard. Ketegasan awal begini banyak menyelesaikan masaalah. Ketagihan tak terurus Pemuda PAS amat memalukan untuk kita bersama dengan mereka.

    ReplyDelete
  7. Anonymous1:14 PM

    Amat setuju dengan pandangan che gu...aku juga dah mula menyampah dengan apa yang berlaku ini. nampaknye pemuda PAs tak faham erti perjuangan dansetia kawan. aku juga tak berminat lagi untuk ikut ceramah anjuran PAS. Seperti yang dijadualkan hari ini di kajang ceramah Ir nizar tak kelapaq aku nk pegi, mereka ini semua cakap x serupa bikin, bikin tak serupa cakap...sia-sia sahaja..sokongan selama ini.

    ReplyDelete
  8. Anonymous1:46 PM

    malaysiakini, banyak ahli politik yang pandai cakap tapi tak guna otak. org suruh diam jangan dok cakap pasal perpaduan, buat juga. rakyat dok tengok. aku bukan tak hormat ahli politik yg dok atas tu, nampak pandai tapi tak cerdik. guna akal la sikit nak sesuatu. jangan bagi orang bawah marah

    ReplyDelete
  9. Setuju chegu Bard 200%!!
    Terasa sia-sia perjuangan golongan bawahan yang tidak berjawatan ini dengan penat lelah menerangkan keluarga & penduduk kampung. Last2...gabung. Apa punya senteng pemikiran macamni pun ada dalam PAS ke?

    ReplyDelete
  10. Caya lah Che'gu Bard. REFORMASI!!!

    ReplyDelete
  11. tahniah chegubard!!apa yang chegu nyatakan memang benar,mereka diatas sepatutnya melihat orang yang dibawah,jangan melihat pada yang melobi untuk jawatan tapi lihatlah anak muda yang pasang bendera,yang mengedarkan hand bill,yang pasang pentas ceramah.inilah yang sepatutnya org diatas melihat.!!

    ReplyDelete
  12. Anonymous5:04 PM

    SAYA AHLI PAS
    TAPI SAYA SUPPORT CHEGU!!!

    ReplyDelete
  13. Anonymous5:05 PM

    Saya rasa takde kaitan pun untuk perpaduan atau kerjasama, cuma untuk wacana ilmiah dan berdebat. Bagusla macam tu, dari saling serang-menyerang dalam media.

    ReplyDelete
  14. Ya ...betul...tapi masih ada yang bengap...yang tak paham erti perjuangan,yang depa tau menang pasal depa kuat....WAHAI YB2 & Pimpinan...ketahui laa

    ReplyDelete
  15. DIHARAP CIKGU BARD MENARIK BALIK PEMBOIKOTAN ITU KERANA IA MENJEJASKAN PAKATAN RAKYAT...SEBERNANYA IA BUKAN PERBINCANGAN TAPI IA BERBENTUK DEBAT ATAU WACANA ILMU YANG DISIARKAN LANGSUNG....HARAP CIKGU BARD JELAS VIDEO BERKAITAN SAYA SELITKAN http://www.youtube.com/watch?v=gz4QFDubYFo&feature=channel_page...ikhlas dariku http://lutfimj2006.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. Anonymous10:01 PM

    tAHNIAH cHE GU BARD...ANDA SEORNG PEJUANG

    ReplyDelete
  17. Anonymous2:31 AM

    che Gu Bard,
    Walau pun kita berada di kem yang berlainan tetapi dengan satu tujuan - menghapus kan PETUALANG BANGSA(umNO) bersetuju dengan pendirian saudara. Mungkin kah kerana kemaruk sesuatu maka segelintir para pemimpin PAS begitu "MENGIDAM" untuk tidur sebantal dengan umNO..

    Sewajar nya mereka yang berjaya (PR) terpilih untuk ke DUN atau pun ke Parliman menoleh kebelakang dan berfikir sejenak, "Adakah kejayaan aku ini atas daya usaha sendiri atau mendapat sokongan dari mereka yang mengharapkan perubahan.

    Kalau pun benar benar nak "BERKHIDMAT" perjuangkan lah PTPTN yang membebankan para graduan yang terikat dengan hutang sepanjang hayat, indek rasuah yang meningkat, kesempitan hidup yang di alami juga berusaha untuk mendapatkan hak royaliti minyak untuk Negeri Kelantan. Berterusan mendesak kerajaan yang ada agar ISA di mansuhkan, kemelut politik di Negeri Perak yang tiada tanda tanda akan reda.

    Akhir kalam saya menyokong saudara untuk memberi kesedaran kepada segelintar para pemimpin PAS yang saya ketogerikan sebagai "SYOK SENDIRI" AND NOT ALL NEW BROOM SWEPS CLEAN.

    ReplyDelete
  18. Anonymous4:34 PM

    Cikgu Badr yg dihaormati.

    Saya juga sangat tak setuju dengan UG. Saya sangat marah dengan pertemuan sulit dengan UMNO. Tapi dalam hal wacana ilmiah ni jangan kita lihat macam UG.

    Pertemuan Naruddin dengan Pemuda UMNO untuk wacana Ilmiah bukan berunding UG. Kalau itu dianggap salah... Anwar jumpa Pak Lah kat rumah seorang ulama di Selangor hari tu... kenapa tak boikot Anwar.

    Husam Musa berwacana dengan Khairi Jamaluddin kenapa cikgu tak boikot Kelantan yang jadi penganjur wacana tu. Khairi pulak masa tu Naib ketua Pemuda UMNO. YB Husam pula Naib Presiden PAS, kenapa orang tak timbulkan status jawatan yang tak sama lavel.

    YB Yusmadi sering muncul di Astro Awana berhujah dengan tokoh akademik dan pemimpin UMNO.. Kenapa tak boikot YB Yusmadi.

    YB Saifuddin Nasution muncul dengan Khir Toyo dalam rancangan Hujah .. kenapa tak boikot YB Saifuddin

    Kenapa tak boleh terima wacana Pemuda PAS tapi terhegeh hegeh bersetuju dengan wacana pemimpin PR lain.

    Harap tak ada yg munafik dalam isu ini.... munafik maksud saya, org yg kita suka berwacana kita puji dan tak ugut untuk boikot... bila org yg kita benci... buatlah apa pun kita dah hukum salah.

    Firman Allah
    Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak berlaku adil. Berlaku adil-lah kamu (kepada sesiapa jua) kerana adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan (Al-Maidah Ayat 8)

    Daripada
    Pengerusi Ceramah masa cikgu Bad ke Kuantan. Cikgu Ceramah bersama Ust. Ahmad Awang

    ReplyDelete
  19. Anonymous4:36 PM

    Cikgu Badr yg dihaormati.

    Saya juga sangat tak setuju dengan UG. Saya sangat marah dengan pertemuan sulit dengan UMNO. Tapi dalam hal wacana ilmiah ni jangan kita lihat macam UG.

    Pertemuan Naruddin dengan Pemuda UMNO untuk wacana Ilmiah bukan berunding UG. Kalau itu dianggap salah... Anwar jumpa Pak Lah kat rumah seorang ulama di Selangor hari tu... kenapa tak boikot Anwar.

    Husam Musa berwacana dengan Khairi Jamaluddin kenapa cikgu tak boikot Kelantan yang jadi penganjur wacana tu. Khairi pulak masa tu Naib ketua Pemuda UMNO. YB Husam pula Naib Presiden PAS, kenapa orang tak timbulkan status jawatan yang tak sama lavel.

    YB Yusmadi sering muncul di Astro Awana berhujah dengan tokoh akademik dan pemimpin UMNO.. Kenapa tak boikot YB Yusmadi.

    YB Saifuddin Nasution muncul dengan Khir Toyo dalam rancangan Hujah .. kenapa tak boikot YB Saifuddin

    Kenapa tak boleh terima wacana Pemuda PAS tapi terhegeh hegeh bersetuju dengan wacana pemimpin PR lain.

    Harap tak ada yg munafik dalam isu ini.... munafik maksud saya, org yg kita suka berwacana kita puji dan tak ugut untuk boikot... bila org yg kita benci... buatlah apa pun kita dah hukum salah.

    Firman Allah
    Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak berlaku adil. Berlaku adil-lah kamu (kepada sesiapa jua) kerana adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan (Al-Maidah Ayat 8)

    ReplyDelete
  20. Anonymous10:04 PM

    Hang pun satu cikgu bard, pi la tanya ketua pemuda PAS dulu betul ka. Yang hang dok pi batal semua ceramah dengan pemuda PAS tu, hang dah selidik betul-betul ka. Aku dengar macam lain cerita. HAng pikir dulu sebelum buat keputusan. UMNO BEE END dah tepuk tangan. PADAM MUKA

    ReplyDelete
  21. Anonymous6:47 PM

    Acap kali PAS tegaskan bahawa PAS takkan menyertai UMNO. Maka apa yang dirisaukan jika PAS bertemu dengan UMNO malah sesiapapun? Prinsip PAS adalah berlandaskan Islam; Al-Quran & As-Sunnah.

    Mengapa di dalam artikel ini Saudara Badrul Hisham tak menyatakan sekali sebab - sebab PAS bertemu dengan UMNO??

    Tidakkah Rasulullah S.A.W. sendiri juga pergi menghadap kaum Musyrikin bagi menyampaikan risalah, bagi menjelaskan mengapa mereka telah melakukan syirik? Dan tak kira apa jua tawaran mereka terhadap baginda; harta, pangkat, perempuan, baginda tetap menolak?

    Saya bukanlah ahli PAS, tapi saya tak nafikan dalam PAS ada orang - orang bawahan yang sanggup ikat dengan UMNo. Bahkan saya rasa dalam KEADILAN pun tak ada kurangnya. Jangan lupa, di dalam perihal Nabi Musa pun ada Bal'ah bin Ba'urah, ulama' Bani Israil yang rela bersekongkol dengan Firaun.

    Kerana saya tahu akan hal ini, maka apa sahaja tindakan dari PAS, termasuk juga KEADILAN, DAP, serta Pakatan Rakyat, saya tunggu kenyataan rasmi pimpinan teratas of each respected party, so that I do not become clouded by the murkiness of the local media, and individual opinions not based on the real source(s), but merely based on lust.

    Kepada sesiapa sahaja, jika mahu menilai tindakan - tindakan PAS, janganlah menilai berdasarkan mentaliti dan nafsu seorang Melayu. TETAPI, nilailah dari pemahaman seorang Muslim, berdasarkan ajaran - ajaran Islam serta sirah - sirah, dan nas - nas nya.

    Jika tak mampu menilai sebagai seorang Muslim, maka janganlah bersuara sembarangan.

    ReplyDelete
  22. Anonymous10:57 PM

    Tak perlu berdebat atau wacana, sebab gerombolan UMNO tu semua tak berkelayakan, dari pemimpin atas sampai bawah. Pas ni betul2 politik kampung, masih percaya kat UMNO yang suka menipu rakyat. Orang UMNO bunuh orang PAS di memali, PAS dok nak cium tangan UMNO pasal apa?

    Ingat! UMNO tak boleh di sokong pasal semua pemimpinnya mementingkan diri sendiri,walaupun cuba untuk nak tunjuk bagus.Contohnya cuba utk meliberalsasikan ekonomi tapi mahkahmah dan polis masih dibawah telunjuk mereka. lagipun semua pemimpim mereka sekarang membawa imej buruk seperti kronisma. Mereka tidak akan berjaya melakukan perubahan selagi pemimpin-pemimpin mereka itu masih berada di dalam UMNO. Dalam bahasa mudah semua pemimpin lama harus di buang dari pandangan mata rakyat

    ReplyDelete
  23. Anonymous9:12 AM

    Perjuangan PAS untuk tegakkan ISLAM. Bukan sekadar untuk lawan Umno. Kecik sangat Umno tu. Umno ni penyakit bermusim. Umno bukan wujud sepanjang zaman. Umno bakal mampus. So, janganlah jadikan perjuangan kita hanya untuk lawan Umno.

    Umno hanya sejenis mungkar yang wujud. Banyak lagi mungkar, kesesatan, kezaliman dan kekejaman sepanjang zaman.

    Cikgu Bad jangan pendek sangat akal. Belajar la dari orang yang dah lama berjuang.

    ReplyDelete
  24. Anonymous10:01 AM

    Seperti yang di jangka media cukup minat isu ini.... kenyataan badrul dalm blog ini di petik oleh sinar harian dan diletakkan dalam muka depan keluaran melaka / ns ... tetapi kenapa kenyataan mengenai tanah adat tidak diambil... ?? tentu kita tahu alasanya kan...!!

    banyak persoalan timbul banyak menyokong dan ada juga yang tidak bersetuju kenyataan Bard...

    itu hak masing masing.... dapat dibaca dengan jelas Bard mengeluarkan kenyataan secara peribadi bukan atas dasar parti...

    ada yang ambil contoh pertemuan musa dengan firaun yang musa bercakap lembut dengan firaun... musa jumpa firaun untuk kata firaun 'sesat' dan 'zalim' bukan untuk bincang perpaduan...

    Kita telah melupakan mengenai seorang pemimpin Pas Selangor yang lepas dapat keputusan 8 Mac 2008 terus bergegas jumpa pemimpin Umno untuk bincang wujudkan kerajaan Umno Pas tetapi perancangan ini gagal kerana dua dua tak nak beralah nak jadi MB bayangkan kalau seorang mampu beralah nak jadi timbalan MB maka jadilah kerajaan Umno Pas di selangor....kita sudah lupakan ini kita lihat ke depan tetapi mengapa masih ada lagi perangai ini berulang....

    mana hassan ali semasa himpunan perpaduan di stadium klana jaya ???? bukankah dia yg diharapkan oleh Naib Presiden salahuddin ayub untuk menjayakan progream tersebut...selepas ayahanda beliau meninggal dan beliau sibuk uruskan jenazah ayahandanya di jhr...namun hassan ali buat pekak malah tak hadir pun...

    mengenai kenyataan ust ahmad awang ada seorang pimpinan utama PAS yang call dia minta dia timbangkan utk gabung dengan Umno masih tidak terjawab....

    kita duduk bincang ajak masuk kita bukan nak berpadu dgn geng jahat tu.....

    ReplyDelete