Thursday, July 16, 2009

Datuk Chua Ji Meng, masuk KEADILAN ?

sempat bergambar dengan Chua Ji Meng dalam satu pertemuan dalam
majlis peribadi beberapa minggu lalu.


Pagi ini dihubungi beberapa teman wartawan bertanyakan komen mengenai kemungkinan Datuk Chua Ji Meng akan mengistiharkan masuki Parti Keadilan Rakyat. Setelah diselidiki rupanya angin berita ini bertiup kencang apabila dikhabarkan Chua akan mengadakan mesyuarat khas jawatankuasa Mca bahagian Bakri malam ini.

Dikhabarkan Chua akan mengumumkan perletakan jawatan selaku ketua bahagian Bakri yang disandangnya selama 23 tahun.

Tidak mahu komen lagi mengenai perkara ini. Chua sememangnya punya rekod yang agak baik dan bersih kalau dibandingkan dengan lain pemimpin Mca mahupun Bn. Secara peribadi cheGuBard pun pernah bertemu beliau lebih sekali dalam majlis peribadi. Pernah sempat berbualdengan beliau , ternyata sejak awal lagi komen beliau terhadap usaha membentuk kerajaan yang telus dan berteraskan rakyat konsisten.

Walaupun che'GuBard tidak rapat dengan Chua tetapi agak rapat dengan anaknya Darren Chua. che'GuBard selaku ahli Majlis Pimpinan Pusat mengalukan jika benar Chua hendak memilih Parti Keadilan Rakyat sebagai landasan perjuangan beliau. Yakin kemasukan beliau mampu memberikan suntikan semangat baru kepada perjuangan ini dengan pengalaman dan pengaruh yang beliau punya.

Walaubagaimanapun Parti Keadilan Rakyat tidak mampu menjanjikan karpet merah atau peluang bertuah sebaliknya bersedialah untuk perjuangan yang payah, getir dan berduri ke arah menumbangkan kezaliman dihadapan.

No comments:

Post a Comment