Apa yang salahnya mengenai artikel tersebut ? Jelas sekali rakyat tidak akan dipedulikan sebegitu rupa kalau tanpa pilihanraya. Bayangkan 6,000 baju sekolah, kasut, dan peralatan sekolah percuma di Manik Urai...bayangkan kalau tanpa PRK adakah perkara tersebut akan terjadi...begitu juga projek segera dan perbagai peruntukan dana khas lagi akan turun.
Masalah yang selama ini tertangguh akan di selesaikan segera. Bagi Bn yang penting bagaimana nak dapat kuasa dah dapat kuasa lantak lah apa nak jadi.....
Yang penting wakil rakyat mati perlu diganti...kalau wakil rakyat hidup diganti tak jadi durian runtuh sebab pernah terjadi di Penanti....
Email Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Rembau pagi tadi juga cukup menarik untuk dikongsi.
Rozmal membayangkan semua masalah di Chembong dan Rantau akan diselesaikan dengan segera jika wakil rakyat Rantau atau Chembong mati.
emailnya : Bagaimana agaknya keadaan Klinik Kesihatan di Rantau yang terbiar ini dan bila agaknya akan dibina Hospital di Rembau seperti yang dijanjikan sebelum ini jika berlaku Piliharaya Kecil di DUN Rantau dan DUN Chembong ? Siapa ya ADUN Rantau dan ADUN Chembong sekarang ni ?
- Kawasan luar Klinik Kesihatan Rantau didakwa terbiar
- Penduduk serah memorandum tanah
- Penduduk mahu janji ditunai
Kepada ADUN baik Bn atau Pakatan Rakyat hati - hatilah.....
No comments:
Post a Comment