Tuesday, July 21, 2009

Pembunuhan politik era Najib........


Teoh Beng Hock seorang anak muda berusia 30 tahun mati hanya beberapa jam sebelum mendaftarkan perkahwinan beliau. Kematianya merupakan pembunuhan politik pertama dalam era Najib selaku Perdana Menteri.

Untuk dapatkan Perak dari tangan Pakatan Rakyat, Najib sanggup merestui penculikan, ugutan dan banyak jenayah kekerasan lain. Merampas Selangor bukanlah hasrat rahsia Najib, ramai mengetahuinya. Maka kematian Teoh ialah hasil dari usaha bersungguh Najib untuk merampas Selangor.

Siasatan ganas SPRM sudah menjadi kebiasaan.

Hujah ini ada faktanya, rujuk kes Dato' Norza Zakaria dimanaHalimi yang dikatakan 'tukang bawa' wangnya dalam pemilihan Umno lepas telah dipukul, dibogelkan dan diugut akan ditangkap juga isterinya untuk didera untuk mendapatkan pengakuan palsunya. Sebaik sahaja dibebaskan setelah memberikan pengakuan palsu, Halimi telah pergi balai polis membuat laporan polis terhadap deraan SPRM keatasnya untuk mendapatkan pengakuan. Laporan Polis Halimi disertakan dengan laporan perubatan. (sila klik sini untuk membaca posting lepas berkenaan perkara ini)

Itu belum lagi masuk laporan polis Puteri Umno Jempol yang dilarikan ke Hotel Murah di Bahau dan dikelilingi pegawai SPRM lelaki dibilik terkunci untuk mendapatkan kenyataan. Terbaru seorang pegawai PBT di Johor baru dipukul sehingga lebam kerana SPRM hendak mendapatkan kenyataan bagi mengaitkan' bos'nya dengan dakwaan rasuah. (sila klik sini untuk baca lanjut)

Semua kejadian yang di atas tiada sebarang penjelasan yang mampu diberikan oleh SPRM untuk menjelaskan kejadian tersebut dan sehingga kini disenyapkan.

Polis tak layak siasat kes Teoh.

Masih ingatkah kita puluhan kes kematian dalam lokap (mungkin menjangkau ratusan). yang masih gagal diselesaikan oleh Polis. Kes Kugan contohnya terang - terangan Polis menipu, semua pasti tahu Polis tipu apabila Kugan yang ditahan sihat tetapi kemudian didapati mati kononya kerana mengalami sesak nafas atau asma. Peliknya mayat Kugan penuh luka dan lebam. Laporan bedah siasat pertama menyatakan Kugan mengalamai masalah paru - paru berair menyebabkan kematian. Laporan perubatan ini jelas menipu kerana gagal menjelaskan lebam dan luka di mayat Kugan. Kemudian laporan perubatan kedua muncul apabila bedah siasat dilakukan sendiri atas pemintaan keluarga mangsa. Jelas Kugan mati kerana kecederaan dalaman yang teruk akibat dipukul dalam tahanan Polis. Hingga kini kes Kugan disenyapkan.

Kes mata lebam Anwar mengingatkan kita Polis tidak mampu menyiasat dan menyatakan kebenaran. Polis membuat keputusan tiada yang bersalah dalam memukul Anwar, Polis gagal kenal pasti pemukul walaupun Anwar dalam tahanan. Akhirnya kerana kebangkitan dan tekanan rakyat yang turun beramai ke jalan raya menuntut keadilan, maka Regim Bn terpaksa mengusahakan Suruhanjaya Di Raja menyiasat kes Mata Lebam dan baru terjumpa bahawa Ketua Polis negara sendiri yang memukul Anwar. Lebih mengerikan dalam buku laporan Suruhanjaya siasatan DiRaja menyatakan Ketua Polis Negara memukul Anwar untuk tujuan membunuh.

Maknanya siasatan Polis terhadap kes ini sebenarnya tidak akan membakwa makna apa-apa. Mana mungkin polis yang sendiri terdapat banyak kes kematian dalam tahanan yang hingga kini tidak selesai mampu untuk menyelesaikan kes Teoh yang jelas melibatkan kepentingan politik Regim Bn dengan adil.

SPRM bukan setakat kuda tunggangan tetapi seronok menjadi kuda tunggangan.

SPRM jelas menjadi alat politik Bn untuk memenuhi nafsu rakusnya. Siasatan terpilih di Selangor jelas sekali dan membuktikan dakwaan di atas.

Sudah terang lagi bersuluh. Bangkai gajah sukar ditutup. Mengapa SPRM tidak serius menjalankan siasatan terhadap kes rasuah dan salahguna kuasa yang melibatkan pimpinan UMNO dan B-End. Mengapa sampai sekarang tiada.

Tahun lalu jawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah dilaporkan sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM 26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2008.Menurut seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), siasatan terhadap perbelanjaan besar ini antara dua kes yang dijalankan olehnya.

Satu lagi kes, yang sudah siap siasatan awal, melibatkan sumbangan jutaan ringgit kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sejak penubuhannya pada 1985.Menurut YB Haniza Talha, salah seorang Exco kerajaan Selangor, jawatankuasa khas itu masih lagi menyiasat penggunaan RM26,634,844 juta atau 90.6 peratus peruntukan untuk wakil rakyat di negeri itu menjelang pilihanraya umum Mac tahun 2008.

Namun SPRM membisu terhadap semua perkara tersebut.

Tahu atau tidak kita saisatan yang membunuh Teoh bernilai RM2,4000

Mengapa SPRM begitu rakus untuk menyiasat dakwaan terhadap Pakatan Rakyat hingga menyebabkan kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock. Ada juga kata beliau membunuh diri.

Takkanlah beliau nak bunuh diri sedangkan beliau hanyalah sebagai saksi dalam kes pembelian bendera RM2,400 sahaja. Jumlah ini dikatakan kononya digunakan oleh majikan Teoh kerana membeli bendera Malaysia (tanpa mengikut prosedur).

Seorang yang seharusnya mendaftarkan perkahwinannya mati hanya beberapa jam sebelum itu kerana pembelian bendera Malaysia sebanyak RM2,400.


Kedudukan dan darah dilokasi kejadian meragukan.

Pertama sekali adalah satu lawak jenaka apabila seorang yang ditahan kemudian dibebaskan tidak mahu keluar sebalik nak rehat lagi di tempat tahanan tetapi itulah hujah 'bodoh' SPRM mengatakan Teoh dibebaskan jam 3.00 pagi tetapi tidak mahu pulang sebalikanya tidur dan berehat di pejabat SPRM.

Ezam dan puak Umno tuduh Teoh kena tolak dan dibunuh oleh orang DAP adalah cubaan 'cover up' yang cukup membayangkan kadar 'minda mereka'. Pejabat SPRM ialah kawasan kawalan tidak mungkin ada orang luar senang - senang masuk dan bunuh orang dalam pejabat tersebut. Jika ini berlaku maknanya Pengarah SPRM Selangor harus dibuang kerana tahap keselamatan pejabatnya yang amat teruk dan ini juga mungkin menjadi alasan fail saisatan rasuah hilang.

Selagi tidak diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja dan memberikan penjelasan kepada rakyat semua berhak membuat teori sendiri.

Apa yang berlaku ialah Teoh telah mati semasa sesi soal siasat. Di pukul kerana tidak mahu membuat pengakuan palsu untuk membolehkan ADUN Pakatan Rakyat disabitkan tuduhan rasuah dan memudahkan Bn merampas Selangor.

Apabila sudah mati alasan perlu di cari. Tempoh mencari alasan dan tempoh membaling mayat Teoh ke luar tingkap cukup lama menyebabkan darah berhenti mengalir sesudah mati. Kedudukan mayat Teoh yang mengiring menunjukkan dia sudah mati ketika jatuh kerana tidak langsung menunjukkan ia cuba mengelak hentakan. Bayangkan manusia jatuh dari tingkat 14 pasti hancur dan darah tersembur, sebaliknya mayat yang dibaling setelah tempoh kematian yang lama pasti hanya akan berdasar sedikit sahaja.

Koyak di seluar belakang mangsa juga gagal dijelaskan.

Percayalah jika rakyat betul bangkit menuntut kebenaran dalam kes Teoh ini pasti akan ada kambing hitam didakwa di mahkamah. Ini mengingatkan kita kepada dua anggota polis yang menjadi kambing hitam dalam kes Altantuya.

Kepada anak muda ayuh 1 Ogos himpunan Anti ISA perlu turun ramai ramai juga kerana Teoh antara yang bersungguh sungguh ingin menjayakan perhimpunan tersebut.

No comments:

Post a Comment