26 Jun. 2009 yang lepas merupakan mesyuarat KEADILAN pusat yang pertama selepas Kongses Khas pindaan perlembagaan yang diadakan di Bangi pada 13 Jun yang lalu.
Ini kali pertama mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) diadakan atas nama MPP bukan lagi MPT. Dalam mesyuarat ini ramai lagi tersasul seperti masih sebut bahagian (sepatutnya cabang) , ahli (sepatutnya anggota) dan beberapa lagi pindaan yang melibatkan istilah, ia perubahan yang memerlukan sikit masa penyesuaian. Maka seharusnya yang ebrada di pusat perlu memahami juga kesukaran dan perlunya usaha turun padang yang kerap dan bersungguh membantu 'anggota' akar umbi untuk menyerap pindaan tersebut baik dari segi istilah atau teknikal lain.
Ada juga hujah pertukaran segi istilah kononya sukar kerana istilah yang dipilih agak 'terkebelakang'. Hujahnya bahasa tidak ada yang terkebelakang atau terkedepan yang penting ialah cara kita mengenengahkan istilah bahasa itu. Apa yang penting ialah perubahan itu ke arah mengangkat martabat Bahasa Melayu dengan menggunakan istilah paling tepat. Kedua istilah ini pernah digunakan oleh organisasi pejuangan terdahulu, maka sudah tentu istilah ini akan lebih menguatkan lagi imej KEADILAN dengan perjuangan kemerdekaan rakyat dan menjauhkan lagi imej parti warisan penjajah.
Dalam mesyuarat MPP minggu lepas, cheGuBard mungkin sedikit keras nada dalam beberapa hal. Ada ahli MPP yang merakamkan ucapan 'bagus' kerana keras dalam menyatakan beberapa hal penting, namun ada juga seolah sinis dengan 'kekerasan' yang ditunjukkan. Tidak mengapalah mungkin ada yang masih tidak faham dan keliru dengan apa yang cuba che'GuBard ungkap.
Dalam mesyuarat MPP itu dibincangkan mengenai masalah lantikan ahli Majlis, pencapaian ahli Majlis dan masalah berkaitan dengan kerajaan tempatan. Respon kepada perbincangan ini che'GuBard telah 'bangun' dan bersuara dengan keras.
Keras kerana ini kali ke 4 sekurang kurangnya perkara sama disebut dalam mesyuarat MPP namun masih belum ada tindakan konkrit.
Di tegaskan bahawa semua masalah yang muncul dalam isu PBT ialah kerana kita mewarisi 'masalah ciptaan' regim terdahulu (Bn). Kita harus menunjukkan kesungguhan dengan menghentikan segera msalah ini dan kembali kepada rakyat. Lantikan berdasarkan politik akan melahirkan masalah politik yang lebih banyak.
Sememangnya telah wujud dalam manifesto dalam PRU yang lalu iaitu mewujudkan Pilihanraya Kerajaan tempatan dan ia perlu satu usaha serius segera.
Maka mesyuarat MPP telah bersetuju satu usaha serius (jawatankuasaperingkat parti dibentuk) ke arah kewujudan semula Pilihanraya Kerajaan Tempatan. Tan Sri Khalid pula mengumumkan bahawa kerajaan Selangor juga akan mengumumkan dalam masa terdekat hasil kajian lengkap mengenai usaha menwujudkan pilihanraya tersebut.
Pilihanraya Kerajaan tempatan yang diharamkan pada 1964 ialah kerana Bn telah kalah di banyak kerusi Kerajaan tempatan dan bakal kalah semua kerusi tersebut.
Dalam mesyuarat MPP itu juga che'GuBard membangkit isu mengenai sedikit kepincangan dalam proses pengundian dalam kongres khas yang lepas yang sepatutnya tidak diulang lagi. Persiapan teknikal untuk berdepan dengan pemilihan yang akan datang perlu dibuat segera bagi mengelakkan perubahan positif akan terganggu dengan masalah teknikal yang mampu mencacatkan perubahan besar.
Masalah kewujudan terus terusan unsur 'pegawai lantikan Bn' yang meneruskan usaha mensabotaj kerajaan negeri juga dibangkitkan. Beberapa contoh spesifik disebut. dalam perkara ini ada ahli mesyuarat yang terkeliru dengan kenyataan che'GuBard yang disalah anggap menyerang kerajaan negeri. Kenyataan sertaa contoh yang diambil dan disebut secara terbuka kerana memerlukan usaha serius segera menangani masalah sabotaj dalaman ini.
Untuk menjelaskan lanjut perkara ini maka satu surat telah dihantar kepada beberapa ahli MPP untuk menjelaskan kedudukan sebenar bahawa cheGuBard tidak menyerang kerajaan negeri termasuk MB tetapi mendesak usaha serius menangani masalah tersebut ke arah bersama menyelamatkan kerajaan negeri dan memberikan khidmat terbaik untuk rakyat.
Menyentuh mengenai isu Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, che'GuBard mendesak kerajaan Pulau Pinang menggunakan kuasa yang ada untuk mempertahankan hak rakyat.
Kerajaan Pulau Pinang perlu menghentikan dulu semua proses pencerobohan kampung tersebut. Kemudian mula meneliti semua aspek undang - undang yang ada demi mempertahankan hak rakyat bukan mempertahankan hak syarikat (kapitalis) yang mendapat hak mereka semasa kerajaan negeri di bawah regim Bn yang lalu. Laing penting Kerajaan Negeri harus mengumpulkan peguam 'progresif' yang berjiwa rakyat untuk meneilit kes ini dan bukan sekadar mendengar pandangan Penasihat Undang - Undang Negeri (lantikan Regim Bn) yang pemikiran mereka berpaksikan pemikiran Bn iaitu merampas hak rakyat mempertahankan hak kaum pemodal.
Jika kerajaan Pulau Pinang gagal menangani isu ini dikhuatiri ia akan memberikan imej buruk dan menghancurkan 'hati - hati' rakyat yang mengharapkan perubahan.

No comments:
Post a Comment