Tuesday, July 21, 2009

Jambori Unit Ehsan 2009


Salam...

Jambori Unit Ehsan Malaysia telah pun berlangsung dengan jayanya pada hari Jumaat, 10hb Julai 2009. Bertempat di Banglo Rasmi Kerajaan Negeri P.Pinang, Batu Feringghi. Perasmian program yang bersejarah ini telah dilancarkan oleh Y.B Speaker DUN P.Pinang, Dato' Haji Abdul Halim bin Hussain.

Antara yang hadir juga Y.B Exco Kerajaan Negeri P.Pinang, merangkap ADUN Batu Maung Tuan Haji Malik Kassim, Y.B ADUN Bukit Tengah, Tuan Ong Chin Wen dan Y.B TKM1 P.Pinang cuma sempat menghantarkan Pembantu Khas beliau sebagai wakil pada program Unit Ehsan ini.

Wakil-wakil Unit Ehsan selain Pulau Pinang, dari Kedah, Perak dan Negeri Sembilan turut hadir bersama-sama gerombolan ke Jambori kali ini yang ringkas tapi padat dengan pengisian untuk menjadikan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk kerja Amal & Kebajikan tanpa sempadan latarbelakang parti politik, fahaman agama dan kaum.

Turut hadir selaku wakil dari Unit Ehsan Negeri Sembilan, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan, Sdr Badrul Hisham Shaharin atau dengan nama panggilan Che'gu Bard mengisi ruang diskusi dan pandang mengenai pengalaman dalam politik untuk diserapkan semangat Jati Diri dalam setiap individu khasnya ahli-ahli Unit Ehsan.

Tidak ketinggalan, salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Aman Malaysia, Sdr Saiful Izham Ramli turut hadir ke Jambori Unit Ehsan kali ini demi untuk mengeratkan lagi hubungan antara NGO-NGO Badan Amal.


aturcara penyerahan cenderahati Khas dari Unit Ehsan














2 orang kanan Y.B TKM1 P.Pinang yang turut hadir sebagai wakil.


ahli Silap Mata Terkenal (berbaju merah) Sdr. Faizal @ Botak yang memeriahkan Jambori kali ini..


Sdr Rizal Hamid dari Nibong Tebal mencuba aksi sebagai chef...

bihun Goreng SATU...!!!



berapa kuali bihun goreng dah dimasak sejak dari petang sampai la ke malam...


pedih mata la tu brader..?? lain kali pakai google atau face-mask...

adengan santai di petang hari...

dok kelebek bawang kaa.. ingatkan apa dia...




delegasi-delegasi berebut untuk mendaftar...

kontrol macho la pulak si brader Sabri... Orang 'lama' si Sabri Bkt Glugor ni...


Che'Gu Bard menutup tirai aturcara Jambori Unit Ehsan kali ini dengan kata-kata semangat & jati diri kepada seluruh hadirin kalangan warga Unit Ehsan seMalaysia.

pembakaran BBQ dan sebagainya dah abesss... tutup kedaii...

aksi selamba Ketua Penyelaras Unit Ehsan P.Pinang, Sdr. Zulkarnain menarikan ala-ala Shuffle.. hebat jugak..!!

persembahan Seni Silat yang didatangkan Khas dari Unit Ehsan Perak Darul Ridzuan

PA Y.B TKM1 P.Pinang, Sdr John Ooh sedang memilih bahagian daging kambing yang enak untuk dimakan...

Sdr. Marzuki tak sabar-sabar hendak meratah kesemua BBQ Kambing panggang tanpa meninggalkan sedikit pun pada orang lain...slurrppp

Sdr. Faizal, sedang memperdaya dan menyilapkan mata Sdr. Adam dari Kedah...

pertemuan secara tak langsung, 2 Pembantu Peribadi Y.B Exco Tuan Haji Malik (1 dikiri & 1 dikanan) dan Y.B TKM1 P.Pinang (2-2 ditengah).

Y.B Exco Tuan Haji Malik girang gembira setelah menerima saguhati Khas dari Pengerusi Unit Ehsan P.Pinang dan juga menjadi Ahli Terkini Unit Ehsan P.Pinang... Tahniah!

wakil dari Y.B TKM1 P.Pinang begitu terharu turut menerima saguhati Khas dari Pengerusi Unit Ehsan P.Pinang.

Y.B Dato' Speaker DUN P.Pinang sedang menerima cenderahati Khas dari Pengerusi Unit Ehsan P.Pinang, Sdr Ahmad Azrizal.

aikk..??? dah masuk tido yer bang..??? letih makan agaknyaa...




muka-muka tension tak boleh makan durian dan buah-buahan lagi..kena dengaq ucapan penting Sdr. Pengerusi Unit Ehsan P.Pinang... sabor, sabor...

geng Unit Ehsan Kedah yang paling komit lagi komited untuk membantu menghabiskan makanan terutama sekali buah durian pada malam itu...

mana nak dapat Ketua Penyelaras mana-mana Pertubuhan ka Persatuan ka Parti Politik ka yg mau aktif sambil bakor-bakor ikan, goreng bihun dan kerja-kerja waiter ni..?? ada ka..?? eh, puji lebeh ni jangan kembang pulak brader Zul, satgi koyak seluor tuu...




macam jambori makanan la pulak...kira makan sajaa....


Timbalan Pengerusi Unit Ehsan Pulau Pinang, Amizudin Ahmat atau nama manjanya Din Binjai a.k.a SharpShooter yang juga seorang Bloggers Terfemes, sedang mendaftarkan diri dengan sesi mengopek buah durian berisi 'kucin tidoq'...


No comments:

Post a Comment