Friday, July 17, 2009

Tahniah !!!!!! Kepada yang terus menyokong Regim warisan penjajah Bn

Tambang teksi naik.....tambang bas sekolah naik......

Minyak 'pasti' akan naik bulan September......

Tarif elektrik pula naik bulan depan....(sila klik sini)

Mereka terus kaya raya....rakyat terus derita....

Najib kata ekonomi baik tetapi kenapa perlu naik semua... ??

Tahniah buat yang terus menyokong regim warisan penjajah Bn......

Berikut ialah petikan ulasan Anwar Ibrahim dalam blognya menyentuh ekonomi semasa ;

Pimpinan UMNO-BN Gagal Tangani Kemelut Ekonomi

Sayugia diingatkan, kenyataan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) hari ini mengesahkan kebimbangan saya berhubung kedudukan ekonomi negara. Sungguhpun beberapa langkah pemulihan ekonomi yang disaran olih Pakatan Rakyat diterima pakai kerajaan, kedudukan ekonomi rupanya tidak akan pulih dalam masa terdekat ini.

MIER menyatakan ekonomi negara memerlukan sekurang-kurangnya tambahan RM 8 bilion bagi meransang kembali ekonomi akibat penguncupan yang mencecah 4.2%. Perkembangan ini memperlihatkan kelemahan pimpinan negara dalam menangani isu mendesak dan berkepentingan umum.

Sikap tunggu dan lihat pastinya tidak membantu membawa negara ini keluar dari kelembapan. Retorik dan omong kosong perubahan pastinya menjadi jenaka andai tidak disusuli dengan tindakan bermakna.


Yang telah sedar celik....apa lagi berhenti mengeluh ayuh bina pasukan ampohhh!!!!

1 Ogos 2009 penuhkan Bandaraya Kuala Lumpur - Protes terbesar Rakyat !!!!

1 comment:

  1. Anonymous8:06 AM

    ADA SEBAB KENAPA ISA DIWUJUDKN... SILA LA TGK ARTIKEL BERKENAAN ISA... TERINGIN KER PERKARA 13 MEI BERLAKU LAGI... KITA SEBAGAI ORG MELAYU SEHARUSNYA MENJAGA KEDAULATAN BANGSA KITA DARI ANASIR2 JAHAT DALAMAN, KER NAK JADI MACAM BANGSA PALESTIN... LU PIKIRLA SENDIRI

    ReplyDelete