Friday, July 03, 2009

Kes protes anti Rosmah, UM dipaksa serah kes pada Polis.

2 mahasiswa yang ditahan dengan tuduhan kononya bersalah kerana mengecat dinding dewan yang bakal dilawati Rosmah dengan perkataan "Isteri Puaka" dan "C4" telah dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000. Mereka juga dituduh dengan perbuatan kianat kononnya mencurahkan petrol pada permaidani merah yang bakal Rosmah lalu.

Jika didapati bersalah dan dihukum maksima mereka mungkin boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun....... wow hebat semuanya kerana Rosmah !

Diberitakan pihak Universiti Malaysia hendak cuba menyelesaikan kes tersebut sebagai kes dalaman Universiti, namun telah dipaksa oleh Rosmah yang tidak berpuas hati dengan memaksa UM menyerahkan kes tersebut kepada polis, dan seperti biasa kerana Rosmah Polis telah bertindak dengan cepat. Sila klik sini untuk baca UM dipaksa serah kes pada Polis.

Pada hari kejadian dua ditangkap, pegawai penyiasat pula dianugerahkan dengan reman 5 hari kononya. Belum cukup 5 hari dua mereka telah didakwa di mahkamah. 3 lagi sedang diburu, ada yang diburu pula rumah sewanya dipecahkan mangga kunci diganti dan beberapa benda penting seperti 'handphone' hilang. Mereka mengesyaki ini adalah bertujuan memancing mereka ke Balai Polis untuk membuat laporan dan kemudian akan ditangkap.sila klik tajuk untuk baca 'Polis buru 3 siswa UM lagi' dan 'Siswa anti Rosmah belum serah diri'.

Grafiti anti Rosmah ini telah menjadi bahan jenaka sepanjang minggu siswa (program sambutan mahasiswa baru). sila klik sini untuk baca lanjut.

Posting tawaran che'GuBard untuk membantu sekadar mampu kepada mahasiswa UM yang dituduh rupanya telah mengundang beberapa kumpulan mahasiswa universiti lain dan beberapa kumpulan anak muda yang menyatakan hasrat hendak berbincang mengenai 'mood anti Rosmah'...wah nampaknya jika di susun Regim mungkin jatuh dengan mengulang lagenda Imelda Marcos......

Menjengok pula pagi ini kepada laman rujukan che'GuBard yang dilihat anti Najib, melihat siri 'i paper' Buku 100 dalil Najib sudah hampir lengkap satu buku.


Buku ini ialah buku lama yang diterbitkan oleh musuh Najib dalam Umno sendiri yang membayar penulis upahan untuk mengumpulkan beberapa fakta. Namun agak menarik hendak diimbau oleh 'budak-budak' baru macam che'GuBard. Jangan percaya semua baca tengok dan fikir.... Najib tak pernah saman, atau nafi penerbitan buku ini.

No comments:

Post a Comment