Masih ingatkah kita lagi dengan hujah orang kuat Regim Bn yang sering meminta rakyat menolak apa yang didedahkan oleh media baru. Media baru sering dianggap musuh oleh regim Bn. Utusan sebagai media regim Bn sendiri banyak kali menyiarkan tulisan atau berita yang mengajak rakyat menolak secara total apa yang disiarkan oleh blog-blog dalam internet.
Tetapi semalam tiba - tiba Utusan telah menyiarkan berita muka depan yang 'mempromosi' blog yang kononya menyiarkan berita salah guna kuasa pemimpin DAP Selangor. SPRM pula secara berani menunjukkan sikap 'seronok menjadi kuda' regim Bn apabila secara terang - terang menyatakan sikap mengambil berat terhadap pendedahan blog tersebut.
che'GuBard dengan ini menyatakan sikap jelas SPRM seharusnya berani melakukan siasatan secara telus dalam perbagai hal yang melibatkan korupsi dan salahguna kuasa termasuk dalam perkara ini.
Cuma malangnya kini ialah apabila SPRm dilihat cuma berminat untuk menyiasat perkara yang melibatkan Pakatan Rakyat sahaja. Dalam isu salahguna kuasa peruntukan ini secara jelas ADUN Bn kerajaan Selangor terdahulu sememangnya sudah terbukti menyalahgunakan kuasa dalam agihan peruntukan.
Contohnya dalam isu peruntukan ADUN Selangor dari tahun 2008 . Apabila ADUN Pakatan Rakyat mengambil tempat selepas 8 Mac 2008, kita mendapati hampir kesemua ADUN telah menghabiskan peruntukan tahunan dalam masa dua bulan lebih sahaja yangs eharusnya dibelanjakan selama setahun. Malah ada antara ADUN Bn dahulu telah mengeluarkan peruntukan selepas kalah pilihanraya 8 Mac 2009 sementara menunggu Menteri Besar mengangkat sumpah. Ada pula bekas adun ini yang telah berbelanja lebih dari jumlah peruntukan tanpa ada permohonan buget tambahan dalam dewan.
Dalam hal ini SPRM jelas diam dan kecut.
Dalam blog cheGuBard ini telah banyak kali menyiarkan perbagai pendedahan salahguna kuasa dan korupsi malangya semuanya didiamkan.
Dalam agihan peruntukan DUN dan Parlimen pun di Rembau jelas berlaku salah guna kuasa. Bukan satu yang 'rahsia' dan 'sulit' peruntukan pembangunan parlimen di Rembau diagihkan kepada sesiapa sahaja kontraktor Umno yang masukkan cadangan apa pun projek dengan syarat mereka setuju memulangkan sebahagian dari pembayaran untuk Umno atau kegunaan pejabat parlimen.
No comments:
Post a Comment