Helikopter Nuri atau Sikorsky S-61A-4 kali pertama diterbangkan pada tahun 1959. Pada tahun 1961 ia telah mula digunakan oleh tentera laut Amerika. Pada tahun 1968 Angkatan Tentera Malaysia telah membeli beberapa unit Helikopter terpakai Sikorsky S-61A-4 ini dan dengan sedikit pengubahsuaian dan kemudian diberi gelaran Nuri. Sememangnya satu ketika Helikopter ini antara yang tercanggih dan pernah digunakan oleh Presiden Amerika. Namun sesuai dengan perkembangan teknologi, maka peranan 'Nuri' dalam Tentera Amerika telah diambil oleh SH-60 Sea Hawk pada sekitar 1990-an.
Nuri milik Malaysia burung besi yang dibeli '2nd hand' sudah terlalu uzur. Sejak dibeli sehingga beberapa bulan lalu ia makin kerap memakan nyawa prajurit negara. Negara hilang prajurit bukan lagi kerana 'syahid' di medan perang tetapi dikorbankan kerana uzurnya peralatan pertahanan negara. Pernah diceritakan oleh seorang, Yusri, teman bekas tentera yang sama menjadi Guru Pelatih di Maktab Perguruan Raja Melewar (kini IPRM) menceritakan bagaimana tentera Australia yang menjalankan latihan bersama menggigil ketakutan ketika menaiki Nuri semasa operasi latihan bersama. Tentera asing itu tidak langsung terfikir bagaimana helikopter uzur itu masih digunakan oleh angkatan tentera.
Berikut merupakan kemalangan-kemalangan yang melibatkan helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri milik TUDM. Data didapati dari Bernama.com
- 25 April 1969 - Kejadian Nuri terhempas pertama apabila 4 anggota TUDM terbunuh di Kuching, Sarawak.
- 11 Mac 1972 - 4 terbunuh dalam kemalangan di Gambang, Pahang.
- 26 April 1976 - 11 anak kapal dan penumpang terbunuh apabila helikopter Nuri ditembak jatuh oleh pengganas komunis di Gubir, Kedah.
- 19 Julai 1980 - Helikopter Nuri terhempas berhampiran Ipoh, Perak akan tetapi 18 penumpangnya terselamat.
- 25 April 1981 - 2 anggota TUDM terbunuh sementara 13 orang yang lain tercedera apabila helikopter Nuri terhempas di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.
- 11 Julai 1981 - Nuri terhempas berdekatan Batu Melintang, Perak. 11 penumpang terselamat.
- 14 November 1989 - 21 orang terkorban dalam kemalangan di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan- Perak.
- 18 Disember 1989 - 16 orang terbunuh dalam kemalangan berdekatan Sungai Lundu, Sarawak.
- 28 Ogos 1990 - 9 anggota yang sedang menjalani latihan untuk sambutan ulang tahun Kemerdekaan terselamat dalam pendaratan kecemasan berdekatan Rawang, Selangor.
- 16 Januari 1991 - Helikopter Nuri dari Sungai Besi ke Kluang membuat pendaratan kecemasan di Kampung Parit Zin, Muar, Johor. 12 orang terselamat.
- 10 Jun 1991 - 6 orang terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di Banding, Perak.
- 11 Julai 1991 - 7 orang terbunuh apabila Nuri terhempas semasa mendarat juga di Banding, Perak.
- 16 Oktober 1996 - 2 orang terbunuh apabila Nuri terhempas di Muka Head, Pulau Pinang.
- 19 Mac 1997 - 11 anggota TUDM terbunuh apabila 2 buah helikopter Nuri terhempas berdekatan Gunung Lumaku, Sipitang di Sabah.
- 5 Mac 2004 - 2 orang terbunuh dalam kemalangan di Taman Udara, Butterworth.
- 30 Mac 2004 - 3 juruterbang terselamat semasa membuat pendaratan kecemasan di Bukit Kalam berdekatan Labuan, Sabah.
- 15 Ogos 2004 - 3 orang terbunuh dalam kejadian terhempas di Long Seridan, Sarawak.
- 13 Julai 2007 - 6 anggota TUDM terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas di Genting Sempah, Pahang. Mayat mereka ditemui 4 hari kemudian.
- 10 Julai 2008 - Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Taman Sinar Mentari, Bedong, Gurun, Kedah semasa ia sedang dalam perjalanan balik dari Kem Gubir, Sik menuju Pangkalan Udara Butterworth.[2]
Maka kononya kerana menginsafi dan menyesali siri kejadian tersebut makamaka pada 18 Julai 2007, Kabinet bersetuju pesawat Nuri yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia sejak 1968 digantikan dengan pesawat baru dan proses penggantian itu akan mengambil masa antara dua setengah hingga tiga tahun.
Pada 27 September 2008, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa syarikat pengeluar helikopter, Eurocopter Malaysia Sdn. Bhd. telah memenangi tender terbuka antarabangsa untuk menggantikan helikopter Nuri dengan Eurocopter EC725 Cougar.
Pengumuman ini mungkin memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga angkatan tentera khususnya kepada yang ahli keluarganya pernah terkorban dalam kemalangan melibatkan Nuri. Mungkin bagi mereka sekurang kurangnya pengorbanan keluarga mereka diberi perhatian dengan kerajaan mengambil keputusan tidak lagi menggunakan burung besi usang, Nuri.
Malangnya, regim Bn tidak pernah serius membela nasib rakyat, semuanya ada udang di sebalik batu. 'deal' pembelian EC725 Cougar pengganti Nuri dipenuhi najis Rasuah. ratusan juta wang rakyat akan hangus kerana deal ini.
Lim Kit Siang mendedahkan dalam sidang parlimen bagaimana India mendapatkan 197 unit EC725 Cougar pada harga yang sama sebaliknya Malaysia hanya mendapat 12 buah. Manakala Majalah Pertahanan www.defenseindustrydaily.com yang melaporkan mengenai pembelian Kerajaan Korea untuk model yang sama tetapi dengan harga yang juga lebih murah dari Malaysia. sila klik untuk baca
Hal ini mendapat perhatian sebagai skandal berprofail tinggi apabila pendedahan berserta bukti oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai terdapat skandal dibelakang pembelian ini. sila klik untuk baca

Mengenai harga yang dinyatakan juga bertingkah-tingkah macam hendak menipu. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata harganya RM1.6 bilion. Manakala Setiausaha Kementerian, Abu Bakar Abdullah berkata harganya RM 1.1 bilion.
Lebih memeranjatkan lagi, ketika berucap di Parlimen Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop mendedahkan keputusan pembelian helikopter pengganti Nuri hanya dibuat hanya berpandu kepada katalog. Tetapi sebaliknya 'pelik bin ajaib' pembelian pakai tengok katalog ini dengan harga yang berlipat kali lebih mahal dari yang dibeli oleh kerajaan lain diiktiraf oleh Jawatankuasa Kira - Kira Wang Negara (PAC) sebagai ikut prosedur.
Rakyat mula marah, nampaknya Regim Bn silap kira-kira ia tak semudah menghisap darah ketika membeli Sukhoi dan Scorpene. Ketika membeli scorpene rakyat senyap kerana terlelap. Ketika beli sukhoi rakyat mula merungut tetapi ditipu kononya mahal kerana termasuk harga hantar rakyat Malaysia membuat kajian angkasa walaupun sebenarnya Sheikh Muzaffar melancong ke angkasa.
Kali ini regim benar panik apabila rakyat sudah buka mata. 23 hari selepas umumkan pembelian Ec725 Cougar Abdullah badawi terpaksa umumkan 'penangguhan' pembelianya. Kononya kerana ekonomi antarabangsa tidak stabil. Katanya keputusan pembatalan itu dibuat dalam mesyuarat Eksekutif Majlis Ekonomi Kebangsaan yang bersidang dua minggu sebelum ini. Maknanya, sekitar 14 Oktober.
Pelik pengumuman pembatalan dibuat dua minggu selepas keputusan dibuat, lebih pelik ialah ia dibuat sehari sebelum PAC akan bersidang untuk menyiasat skandal tersebut.
Lebih pelik lagi 7 hari sebelum Abdullah mengumumkan pembatalan (21 Oktober) Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Najib yang mengatakan faktor ekonomi tidak wajar dijadikan pengukur tunggal untuk membuat keputusan perbelanjaan untuk pertahanan negara. Kenyatan tersebut seolah terus mempertahankan usaha pembelian Eurocopter. Kalau benar Mesyuarat Eksekutif Majlis Ekonomi Kebangsaan pada 14 Oktober sudah membatalkan pembelian tersebut mengapa Najib masih mengeluarkan kenyataan mendukong usaha pembelian. Tidak mungkin Najib selaku Menteri Kewangan tidak tahu mengenai keputusan pembatalan. Siapa menipu Najib atau Abdullah ? Adakah ini menunjukkan krisis serius dalam pentadbiran negara...?
Ini 'high profile game' yang tak terjangkau dek penganalisis kedai kopi. Tetapi yang pasti ratusan juta wang rakyat jadi taruhan.
Malah bukan itu sahaja keputusan membeli pengganti Nuri tanpa ujian fizikal sepenuhnya yang serius umpama menggadaikan nyawa perajurit negara. Ingat idea membeli helikopter baru ialah kerana mencari pengganti Nuri kerana Malaysia sudah tidak sanggup kehilangan nyawa perajurit di luar medan perang lagi. Malangnya usaha pembelian yang kotor dengan korupsi umpama melarikan perajurit negara dari mulut harimau dengan meletakkan mereka ke mulut buaya.
Kini kerana skandal yang terbongkar pembelian 'ditangguhkan'. Ini juga bermaksud terus membenarkan Nuri si burung besi uzur terus membunuh nyawa perajurit negara.
Yang ditentang oleh rakyat ialah harga pembelian yang merapu dan proses pembelian tanpa ujian penuh ..... rakyat amat memahami keperluan memiliki pengganti Nuri..... tetapi yang difahami oleh regim Bn ialah setiap pembelian perlu ada komisyen, jika proses komisyen tertangguh tangguh dahulu.
sila baca juga posting lama mengenai Tragedi Nuri klik sini

Helikopter Nuri yang telah dibeli dan digunakan sejak 1968 memang wajar digantikan dengan helikopter yang lebih selamat dan menepati ciri-ciri yang bersesuaian. Rakyat tidak pernah menolak usaha kerajaan untuk menggantikan Nuri tapi bila ianya terpaksa ditangguhkan disebabkan kononnya berlakunya penyelewengan harga pembelian yang dikatakan terlalu tinggi maka rakyat mula mengeluh. Kebenaran dalam penyelewengan pembelian masih belum dibuktikan lagi. Jika benar ada penyelewengan berlaku semasa pembelian Eurocopter maka kerajaan harus mengambil tindakan sewajarnya dengan kadar segera agar isu ini dapat diselesaikan dan helikopter baru dapat dibeli...
ReplyDeleteada ada saja regim BN ni...cepatkanlah proses pertukaran kerajaan, kami rakyat dah tak sanggup lagi mendengar dan melihat kerakusan regim BN merompak duit rakyat
ReplyDeleteada ada saja regim BN ni...cepatkanlah proses pertukaran kerajaan, kami rakyat dah tak sanggup lagi mendengar dan melihat kerakusan regim BN merompak duit rakyat
ReplyDeleteFikir isi kocek sendiri dulu, lepas tu bini, anak, kroni. Sejak bila pembesar UMNO + MCA + MIC melakukan kerja dengan matlamat berkhidmat untuk rakyat ... semuanya berkisar ttg komisyen, wang, dan lagi dan lagi dan lagi.
ReplyDeleteKalau tidak pun tak sampai kalah teruk pada PRU yang dulu. Tak sedar lagi malah selera bertambah buas. Duit EPF dah mula pakai. Ni nak perintah 5 tahun lagi. Lama lagi kita nak menderita ...
bodoh punyer cikgu bard...
ReplyDeletesukati ko je nak tuduh-tuduh..
kalo dah bodoh memang dasar bodoh..
ko ingat PAC senang-senang nak luluskann sebarang pembelian..
kalo ko pandai sangat pegilah jadi anggota PAC.aku takut ko tak layak jer sebab ko kan bodoh..
lim kit siang pula kata NURI boleh diguna lagi dan harus dibaiki.. dasar Pakatan Rakyat memang tak senada kan...
Nak buat mcam mana..engkau bodoh lim kit siang pula nyanyuk..hahaha
saya rasa pemuda malaysia dah gila kot....buta hati....bangang... dan seantero...regim anak haram bn dah buat macam2 utk isi perut diorang pun ko masih buta lagi....kalau korea, india boleh beli lagi murah nape kita perlu bayar lebih...bangang sungguh pemida tu...malulah ko jadi rakyat malaysia
ReplyDeleteHello Pemuda Malaysia PAC tu Public Account Committee diorang memang tak de kuasa nak luluskan satu habuk perolehan pun sbb yang luluskan sebarang perolehan tu Lembaga Perolehan Di Peringkat Kementerian dengan mengambilkira pandangan dan cadangan Jawatakuasa Teknikal dan Jawatankuasa Harga. Maknanya dari segi teknikal selaras tak dengan keperluan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian yg nak beli barang tu dan dari segi harga masih under peruntukan yang telah diperuntukkan. Tetapi kebaikan tender ni bila ada ramai penender yang masuk dari segi teknikal kita boleh dapat lebih spesifikasi yang telah kementerian tetapkan dengan harga yang berpatutan dan untung-untung lebih murah.
ReplyDeleteManakala PAC pulak perananya dia adalah memastikan semua perolehan dibuat mengikut tatacara dan prosedur yang berkuatkuasa. Itu jek cuma isu yang dibangkitkan sekarang sekiranya ada sebarang tindakan dan tatacara perolehan yang dibuat diluar prosedur yang sedang berkuatkuasa PAC akan meminta penjelasan dari kementerian berkenaan. Dan sekiranya didapati tidak mengikut prosedur ahli-ahli dalam lembaga perolehan boleh dikenakan surcaj (kira mcm denda lah mungkin potong gaji, turun pangkat, dll- rujuk Jab Perkhidmatan Awam)
yang sokong cikgu bard semuanya buta kayu..hahaha n buta hati..
ReplyDeletePAC bukan sahaja dianggotai oleh BN atau UMNO malahan ada wakil dari PKR, DAP, dan PAS..
PAS diwakili oleh Kamarudin Jaafar
DAP dengan PKR aku tak ingat siapa yang wakil sebab aku memang menyampah sangat dengan DAP dan PKR..
Jadi PAC dah check semua masalah dalam pembelian Eurocopter dan hasilnya mengikut segala prosedur..
korang ni bangang sangat kerana percaya pada cikgu bard..
aku pernah berselisih dengan cikgu bard n the gang semasa PRU di Permatang Pauh. Nampak muka sombong dan berlagak pandai..
korang nak kata aku regim BN..sukati korang lah..
yang penting aku tak bodoh macam korang nak sokong perjuangan PKR n DAP yang memang takder halatuju..
satu tulisan yang baik....teruskan
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt...
ReplyDeletePemuda Malaysia... Sebenarnya kau yang buta kayu dan buta hati. PAC walopun semua ada mewakili semua parti tetapi untuk kes ini tiada undian yang dibuat, tau2 kapla PAC (BN kapla dia) dah umumkan kes Eurocopter bersih lagi suci mutlak.
PAC tiada kuasa untuk menjalankan siasatan dengan menyoal-siasat orang sepenuhnya, mengambil/membaca dokumen2, tiada kuasa melihat semua rakaman CCTV dan sebagainya. Jadi bagaimana kau boleh membuat andaian bahasa kes ini hanya fitnah.
Pemuda Malaysia ni aku rasa dah buta segala-galanya....hati, mata, tangan, kaki, mulut segala2nya la. sebabnya dah lama sgt bergelumang dengan Rejim BN...penuh dgn kotoran & najis politik. Ptuih...
ReplyDeleteterfikir sejenak..
ReplyDeleteknp anggota pembangkang yg ada kat dalam PAC tu turut bersetuju ttg pembelian eurocopter tu?
masa press conference dorang pun sama2 duduk satu meja..keputusan sebulat suara takkan dibuat jika ahli-ahli PAC yang lain bersetuju termasuk YB dari pembangkang..
saya percaya jika ada penyelewengan dlm isu ini mesti ahli-ahli PAC pembangkang dh buat thier own statement psl ni dlm harakah, suara keadilan etc..
lagi satu, bersih n telus sgt kah chegu bard dan wakil2 rakyat pembangkang ni?..atau mereka hanya seorang yg hipokrit sahaja..cuba tanya chegu bard, sekarang ni dia bekerja di mana? dgr khabarnya bekerja di salah sebuah syarikat milik kerajaan selangor..tu pun sbb gantikan DSAI punya kroni..chegu bard ni pun kroni DSAI..korang tanyalah sendiri apa relation anwar ngan bard ni especially belah isteri dia..
ingin menentang napotisme & kronisme tp diri sendiri masih lagi terpalit dgn kotoran tersebut..anda yakin pemimpin pembankang tidak ada kotoran & najis politik?..biar jujur dlm perjuangan ini baru lah berkat smpi bila2...
sekadar pendapat dari org biasa..
Adios...
Salam terima kasih atas komen-komen yang diberi...
ReplyDelete1. siapa kata ahli parlimen PR yang duduk dalam PAC setuju pembelian eurocopter....
2. sidang media pengumuman PAC hanya melibatkan MP BN kerana tidak dipersetujui oleh MP PR
3. sekali lagi tuduhan yang dimulakan oleh sebuah blog tajaan Ezam Mohd Nor yang dibina oleh budak suruhanya sdr. Nadzmi mengenai chegubard menggantikan Tn Hj Rosli di KDEB. chegubard cabar buktikan ...?? apa jawatan yang bergaji yang dipegang oleh cheGuBard ialah berdasarkan kelayakan akedemik dan pengalaman cheGuBard sendiri...