Wednesday, November 19, 2008

Boikot Utusan !!!!!

foto - Bazuki

12 November lepas kecoh lagi mengenai pemimpin Pakatan Rakyat dan Media. Isunya ialah Menteri Besar Perak memadamkan gambarnya yang dirakam tanpa izin oleh Jurugambar Utusan Malaysia.

Ini bukan kali pertama masalah timbul antara pemimpin Pakatan Rakyat mahupun petugas Pakatan Rakyat dengan Utusan Malaysia. Malah utusan malaysia jugalah merupakan media yang sering kali dilihat menjadi tunggangan regim Bn untuk terus mengelirukan rakyat. Sebenarnya hampir semua media utama terkongkong dan diperalat regim tetapi Utusan dilihat begitu melampau dan seronok menjadi alat.

Pemimpin dan penyokong PR sering mengeluh mengenai perkara ini, namun jika terlalu sering kali mengeluh dan perkara yang hampir sama timbul lagi lebih lagi berkaitan kecuaian kita maka mungkin rakyat juga bosan dengan cerita sama.

Kita (PR-pemimpin dan penyokong) punya kuasa untuk mengubah keadaan. Gunakan kuasa pasaran. Suka diingatkan , bukankah kita sudah melaungkan Boikot UTUSAN Malaysia, tetapi setakat ini boikot ini kurang berjaya kerana tidak sepakat.

Jika tidak silap hanya Kerajaan Selangor sahaja yang mengeluarkan kenyataan boikot Utusan. Itupun hanya melalui kenyataan Setiausaha MB (YB Nik Nazmi), malangnya kita punya 5 negeri dan jika ke lima - lima negeri ini mengeluarkan kenyataan tersebut Utusan pasti gerun. Arah semua yang dibawah PR termasuk agensi di bawah kerajaan negeri termasuk anak syarikat angan adakan sebarang urusan dengan utusan, jangan iklan, jangan beli dan jangan jemput langsung. Letakkan label di mana - mana juga Utusan dilarang masuk.

Kemudian kita alihkan perhatian pasaran kepada akhbar yang sedikit terbuka seperti Sinar Harian. Beli dan iklan di akhbar tersebut. Sekurang kurangnya dengan wujudnya akhbar sinar ini institusi masyarakat setempat diperkasakan dengan adanya ruangan laporan tempatan yang banyak.

Pemimpin PR juga di ingatkan jangan pantang dijolok terus gila nak beri kenyataan....tanya dulu "Maaf saudara dari mana....kalau utusan maaflah kami dah serik !!..."

Lama kelamaan jualan dan pendapatan Utusan jatuh dan mereka terpaksa mengubah suai diri mereka atau regim terpaksa suntik terus modal tetapi sampai bila regim sanggup labur ke media yang mula tak dibaca orang ramai.... ini akan beri pengajaran pada media yang lain..... dan lepas Utusan nazak maka kita serang yang mana terus angkuh.
Cara yang kedua ialah perkasakan media alternatif. Sejauh mana serius mereka yang sudah ditampuk kuasa (kerajaan 5 negeri) sedar mengenai sumbangan media alternatif seperti Suara Keadilan, Harakah mahupun Siasah dalam membina kekuatan memenangkan mereka. Namun selepas itu apa yang sudah mereka atau kita lakukan untuk memperkasakan media ini. Kerajaan PR harus bantu promosi media ini, beli iklan dan beri sedikit ruang yang lebih eksklusif kepada media sendiri dari terhegeh tersenyum - senyum melayan wartawan Utusan dan esoknya menghempas meja kerana kononya kenyataan disalah erti.

9 comments:

  1. Anonymous1:12 PM

    Yes!!!!!! Jom Boilot Utusan Malaysia! Aku dah lama boikot. Satu akhbar yang tak de substance dan tak de kredibiliti. Akhbar yang menghina pemikiran rakyat. Jangan biarkan diri kita diperbodohkan lagi..... tunjukkan kuasa kita, BOIKOT UTUSAN!!! Para pemimpin Pakatan Rakyat bolayan semua petugas dari Utusan Malaysia. Mari sama-sama kita menyahut seruan 'BOIKOT UTUSAN'

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:32 PM

    satu usaha membunuh media milik orang melayu....itu kerja puak-puak anwar

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:10 PM

    confirm memang bodoh kerajaan selangor dgn PKR.... lantak pi lah utusan nak siar cerita apa pun... apa nak ambik peduli... yang suratkhabar kita siar hentam dorang lagi dashyat tapi dorang ok je.... mental kita kena kuat la beb..

    kata sokong kebebasan akhbar.. piraaahhhhh

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:50 PM

    saya sendiri dah lama sangat dah tak beli utusan/akhbar2 lain yang jadi pengapu kerajaan BN,kecuali berita harian hari jumaat,sabab ada joran.kalaulah joran tu di jual berasingan gerenti tak beli langsung berita harian..........

    ReplyDelete
  5. Anonymous9:47 PM

    membunuh media milik melayu???
    gelinya hati teman...

    ReplyDelete
  6. Anonymous10:14 PM

    salam cekgubard..
    bagi ambo kalau sinar harian pun same jugak dengan utusan.sebab sinar semacam anak urtsan malaysia.

    DI KESEMPATAN INI AMBO MINTAK
    SELULUH RAKYAT MEMBIOKOT UTUSAN MALAYSIA.TERMASUK PUOK PUOK UMNO ..
    ...DAN PRO MUKRIZ.....

    ReplyDelete
  7. Anonymous11:17 PM

    utusan meloya lama dah jadi pecacai & barua pelacur geng-geng umno ! wajib boikot bukan saja patut,lebih khianat dan munafik dari akhbar bangsa bukan Melayu/Islam ! apakah editor,pengarang,reporter semua kafirun ,tak beragama sanggup menipu dan memutar berita benar dengan putarbelit & 'spinning'! pada penyokong mukriz botak pegi dah mampus dengan kemunafikkan & mengampu didunia ini !

    ReplyDelete
  8. Anonymous12:17 AM

    haramkan duit titik peluh kita kepada utusan SAMPAH !!
    UTUSAN BERMAKNA MENGUTUSKAN MESEJ TUNGANG TERBALIK DARI KERAJAN BN
    BOIKOT UTUSAN SAMPAH,
    DULU SAYA KALAU TAK BACA UTUSAN
    WKTU SARAPAN RASA TAK LENGKAP SAPAN PAGI AKU TAPI LA NI AKU HARAMKAN DUIT AKU NAK BELI UTUSAN,BIASA BINI AKU BELI UTUSAN AKU SURUH HANTAR BALIK
    BOIKOT UTUSAN SAMPAH

    ReplyDelete
  9. Anonymous7:53 AM

    Membunuh media Melayu pengkhianat dajal yang anti Islam dan Melayu adalah lebih baik dari menerima tohmahan dan fitnah besar barua-barua umno !

    ReplyDelete