Monday, November 10, 2008

Kerusi terbang hiasi mesy. Umno Seremban








KECOH... Sebahagian daripada anggota perwakilan cuba mententeramkan perwakilan yang bertengkar ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban di dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar hari ini. - fotoBERNAMA

SEREMBAN: Mesyuarat peringkat bahagian yang dijadual berakhir hari ini 'tercemar' apabila Persidangan Perwakilan Umno Seremban pagi ini terpaksa ditangguhkan ekoran pergaduhan sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera ringan.

REAKSI PRESIDENDalam reaksi segera di Kepala Batas, Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kecewa dengan pergaduhan yang berlaku sambil menyifatkan ia sebagai kejadian yang amat memalukan.

Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan setiap perwakilan harus mematuhi peraturan dan perjalanan mesyuarat dengan baik, kata beliau.

ABDULLAH Ahmad Badawi menghubungi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai pergaduhan yang terjadi ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban semasa mengadakan sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas hari ini. - fotoBERNAMA

Tegas beliau, tindakan disiplin boleh diambil terhadap mereka yang terlibat jika didapati bersalah.


Katanya, bukan sahaja politik wang yang boleh dikenakan tindakan disiplin malahan kes yang melibatkan pergaduhan juga boleh diambil tindakan sama.

Sebaik diajukan soalan itu oleh wartawan, beliau terus menghubungi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi telefon bimbit seorang pengawal peribadinya bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian itu.

Perdana Menteri berkata, oleh kerana kejadian itu mengakibatkan kecederaan kepada perwakilan, ia juga merupakan satu perbuatan jenayah dan boleh dikenakan tindakan menurut Kanun Keseksaan.

Ketua Umno Cawangan Jalan Kuala Pilah, Abd. Halim Lokman pula membuat laporan di Balai Polis Senawang kerana cedera dipukul seorang pengawal keselamatan.

SEBAHAGIAN daripada anggota perwakilan cuba meleraikan pergaduhan yang tercetus pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban di dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar. - fotoBERNAMA

PUNCA KEJADIAN

Mesyuarat yang dimulakan pada pukul 10 pagi tadi menjadi gamat dengan adegan baling kerusi dan tumbukmenumbuk di dalam dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar.

Keadaan menjadi kecoh selepas kira-kira 20 minit mesyuarat dimulakan apabila salah seorang ahli Umno cawangan bahagian itu enggan balik ke tempat duduk walaupun diarahkan oleh Timbalan Pengerusi Tetap bahagian Othman Senara.

Apabila seorang ahli jawatankuasa keselamatan cuba meminta lelaki itu duduk, beberapa orang penyokongnya bangun dan menimbulkan kekecohan yang berlarutan selama hampir setengah jam menyebabkan sebahagian daripada perwakilan yang datang melarikan diri.

Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail kemudian mengeluarkan usul supaya mesyuarat itu ditangguh dan diserahkan perjalanannya kepada Majlis Tertinggi.

KETUA Cawangan UMNO Sikamat Datuk Md. Yusop Harmain Shah bersetuju dengan Timbalan Pengerusi Tetap menanguhkan Persidangan tersebut apabila keaadaan tidak dapat dikawal sehingga ada perwakilan bertumbuk, membaling kerusi dan mengeluarkan kata-kata kesat. - foto Utusan oleh ABD. RAZAK AID


Naib Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang kemudian mengadakan sidang akhbar untuk kumpulan yang menimbulkan kekecohan itu selepas melakukan demontrasi di hadapan dewan dengan membawa sepanduk mengutuk Ishak.

Katanya, kumpulan yang menimbulkan kekecohan itu cuma mahu melahirkan rasa tidak puas hati kerana cawangan-cawangan mereka belum lagi bermesyuarat.

"Ishak dengan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa untuk mengadakan mesyuarat bahagian walaupun Majlis Tertinggi mahukan semua mesyuarat cawangan diselesaikan dahulu, baru boleh mesyuarat bahagian dibuat," katanya.

RAHIM ELAK WARTAWAN

Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Umno Bahagian Seremban yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Rahim Thamby Chik hadir pada mesyuarat itu, tetapi beliau enggan menemui pemberita.

Kelmarin, Mohd. Nor yang telah didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada 2 September lepas atas dua tuduhan memberi rasuah kepada perwakilan, telah melakukan demontrasi di hadapan Wisma Umno Negeri Sembilan.

Beliau yang sepatutnya mencabar Ishak gagal bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Seremban selepas Majlis Tertinggi kelmarin membuat pengumuman bahawa beliau tidak layak bertanding jawatan itu kerana masih dalam pertuduhan rasuah.

Ini bukan kali pertama kekecohan disaksikan ketika persidangan perwakilan di peringkat bahagian.

Pada 17 Oktober lalu, Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang kecoh apabila sekumpulan individu bertindak agresif dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati bagi membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah.

ULASAN MB

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, insiden pergaduhan pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Seremban pagi ini tidak sepatutnya berlaku.

Sambil melahirkan rasa sedih dengan kejadian itu, Mohamad, yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, berkata beliau akan meneliti laporan penuh insiden itu daripada jawatankuasa pemantau.

"Setakat ini, saya sedang menunggu laporan jawatankuasa pemantau," katanya kepada pemberita ketika mengulas kejadian itu.

5 comments:

  1. Hahahahahahahahahahahaha...kerusi terbang...hahahahahahahaha...acara baru ataupun agenda baru dalam minit Mesyuarat..?? Hahahahahahahaha...

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:17 AM

    nampaknya che gu bard sengaja memberi laporan yang yang bercanggah dengan fakta sebenar. memang inikah cara orabf PAS dalam menyampaikan berita yang sebenar atau memang style kepimpinan PAS di negeri sembilan lebih suka bercerita lebih sudu dari kuah? sebenarnya sahak dari awal memang inginkan kekecohan seperti ini berlaku keranan khuatir dia akan kalah teruk dlam pemilihan kali ini. 42 cawangan mencalonkan group yang pro perubahan berbanding sahak 27 pencalonan. 14 cawangan tiada kepastian status yang bercanggah dengan arahan wakil MT dari UMNO Perhubungan dan tidak digunapakai oleh sahak. 42 ditambah dengan 14 jumlahnya 56 cawangan dari 67 brmasalah dengan sahak. Persoalannya adakah 56 cawngan ini bodoh orang-orangnya hinggakan tiada akal dalam membuat pertimbangan dalam memilih kepimpinan yang dirasakan layak memimpin seremban? setiausaha,bandahari,naib ketua bahagian, ketua puteri serta ajk bahagian yang menentang kepimpinan beliau juga tidak langsung menampakkkan ada sesuatu yang tidak kena diakar umbi tidak disedari MT? atau sengaja tak mahu tahu? yang terbaru khabarnyaa ketua pemuda bahagian yang baru sendiri tiada menyokong sahak langsung. mana ada mesyuarat UMNO ada pengawal seramai 20 orang didalam dewan mesyuarat. pintu ditutup dan dikunci ketika mesyuarat perasmian?? ini semua kerja gila, sahak sudah hilang pertimbangan. puncanya adalha lawyer halim ditumbok oleh orang yang bukan pengawal yang diupah oleh sahak

    ReplyDelete
  3. Salam pertama sekali saya bukan ahli PAS saya ahli Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan.

    Kedua saya menulis berdasar maklumat 1st hand yang berada di tempat kejadian yang melaporkan kepada saya. Namun jika saudara berani memberikan penjelasan sebenar saya akan siarkan...

    ReplyDelete
  4. Anonymous7:10 PM

    Kepada anak NS,

    Apa yang Chegu Bard katakan itu adalah benar, mungkin anda adalah antara dalangnya, jika tidak bagaimana anda boleh tahu jumlah cawangan yang menyokong sahak atau tidak? Adakah anda yakin cawangan yang tak mengundi sahak itu benar2 tidak menyokong sahak ataupun sudah di beli? Saya sudah menonton video pergaduhan tersebut. Dan saya yakin ianya telah dirancang.
    terima kasih kerana cuba mempertahankan mereka....

    ReplyDelete
  5. Anonymous8:37 PM

    anak NS tu bermaksud anak Najib dan Samseng

    ReplyDelete