Sunday, November 02, 2008

Sambutan Deepavali keADILan Rembau





Pada 1 Nov. 2008 bertempat di Padang Awam Taman Koperasi, Pedas, Rembau telah diadakan Majlis Sambutan Hari Deepavali. Majlis yang bermula sekitar jam 6.30 petang dan tamat sekitar 12 tengah malam ini telah dihadiri tidak kurang dari 2,500 orang pengunjung dari berbilang bangsa.

Majlis telah dihadiri oleh YB. Manikavasagam (Ahli Parlimen Kapar), YB Datuk Kamarul Baharin (Ahli Parlimen Teluk Kemang), YB Ravi (ADUN Port Dickson) selain dari cheGuBard sendiri.

Perbagai jenis makanan tradisional masyarakat India disediakan. Selain itu persembahan teh tarik oleh juara Nescafe Tarik Malaysia berjaya menarik perhatian ramai.

Turut disampaikan malam tersebut ialah bantuan kepada 10 keluarga miskin dalam kawasan Rembau sempena Deepavali. Bantuan ini ialah sebahagian dari jumlah 35 keluarga yang dibantu sempena Deepavali. Sebanyak 100 kanak - kanak turut menerima 'duit raya' yang diberikan oleh cheGuBard.

cheGuBard ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan bertungkus lumus menjayakan program khususnya kepada pengarah program Sdr. Segar (Naib Ketua Bahagian Rembau) dan Sdr. Muru (Naib Ketua AMK Rembau).

Beberapa masyarakat India yang ditemui di Majlis tersebut menyatakan rasa terharu. Ada yang mengatakan berpuluh tahun mereka duduk di Rembau tidak pernah ada rumah terbuka meraikan Deepavali dan masyarakat India dan inilah kali pertama diadakan.









7 comments:

  1. Anonymous8:54 PM

    PKR = Parti Koling Rembau

    he..he..

    ReplyDelete
  2. Sodih den baco statement kawan India kito kek Rombau ni....seumur idup tak pornah ado rumah terbuka.....mano poi MIC? idop Chegubard

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:21 PM

    si badrul ni berlagak cam ahli parlimen lak kan tak sodar dah kalah....

    tapi masalah e' ahli parlimen rembau yang monang ni mano poi eh...???

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:59 PM

    aku tak pernah baca blog ini tapi aku masuk sebab ada orang sms suruh aku baca komen kata PKR parti keling rembau.....

    aku seorang India..selama ini aku selalu ada persepsi buruk dengan kaum melayu dan cina kerana nak tindas india...bagi aku orang politik tetap sama ... aku tengok cikgu Badrul Hisham masa pilihanraya sama macam orang politik lain...aku malas nak undi...

    tetapi lepas pilihanraya aku tengok cikgu badrul hisham benar benar lain...dia buat apa dia cakap...dia seorang pejuang sejati..

    dia ahli politik yang aku hormat..dia melayu pertama yang aku hormat...

    Komen atas yang ada kata PKR parti keling rembau aku percaya mesti Umno yang tulis... aku berani cabar umno yang curi sendiri hak melayu supaya insaf...

    ReplyDelete
  5. Betul tu Selvam, Chegubard ni bakal pemimpin kito masa hadapan, teruskan usaha-usaha murni Chegubard untuk menyatukan semua kaum dalam negara kita. Kita semua jangan layan provokasi perkauman ciptaan Umno dan sekutu mereka. Taktik mereka kita dah hidu awal-awal. Jangan terpedaya. Umno dan sekutu makin lemah.

    ReplyDelete
  6. Anonymous3:43 PM

    saya dan keluarga semuanya baru hantar borang sertai PKR !!!!

    ReplyDelete
  7. boleh rosak aqidah chegu sebab tolong nyalakan api untuk perayaan hindu ni.

    ReplyDelete