Sunday, November 02, 2008

lebih 2000 orang banjiri Rumah terbuka keADILan Rembau Peringkat DUN Paroi






SENAWANG – ( 25.10.2008 ) Kira-kira 40 orang anak-anak yatim daripada Pertubuhan Anak-anak Yatim & Miskin Negeri Sembilan ( PEYAKIN ) telah diraikan di majlis rumah terbuka Parti Keadilan Rakyat Bahagian Rembau yang diadakan di Restoran Sabar Menanti, Taman Widuri Indah, Senawang.

Majlis yang sepatutnya bermula pada jam 830 malam terpaksa diawalkan memandangkan kehadiran lebih 2000 orang seawal jam 7.30 malam.
Menurut Pengurus Restoran Sabar Menanti, S. Musliadi Sabtu, meraikan anak-anak yatim adalah tradisi yang telah dilakukan sejak 2 tahun lepas di restoran beliau. “ Tapi bagi saya, tahun ini lebih meriah dari tahun-tahun yang sudah kerana memandangkan pihak kami yang tak menang tangan untuk melayan pengunjung yang hadir, apatah lagi Keadilan Rembau telah sudi untuk sama-sama menyumbang dan meraikan anak-anak yatim sempena Aidilfitri pada tahun ini.”

Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat Bahagian Rembau, Sdr. Badrul Hisham Shaharin dalam ucapannya telah menegaskan bahawa walaupun kita bergembira di Hari Raya ini, namun kita tidak harus lupa pada mereka yang kurang bernasib baik. “ Memang Hari Raya disambut dengan kegembiraan untuk merayakan kemenangan setelah kita berjuang di bulan Ramadhan, namun Hari Raya juga bermaksud kita mengagih-agihkan nikmat yang kita peroleh untuk dinikmati sesama manusia.”
Kemeriahan sambutan rumah terbuka Keadilan Rembau itu juga turut diserikan dengan kehadiran anak-anak istimewa dari Pusat Jagaan Anak-Anak Istimewa Harapan, Taman Tuanku Jaafar.Dalam majlis itu, Dato’ Kamarul Baharin Abas yang merupakan ahli Parlimen Teluk Kemang merangkap Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Sembilan secara peribadi telah sudi untuk menyampaikan cek bernilai RM 2000 kepada Pusat Jagaan Anak-Anak Istimewa.Beliau yang tidak dapat hadir ke majlis itu telah diwakili oleh Setiausaha Perhubungan Keadilan Negeri Sembilan. Selain itu, Ketua Keadilan Bahagian Rembau, Badrul Hisham Shaharin telah menyumbangkan RM 500 kepada Persatuan Anak-anak Yatim dan Miskin Negeri Sembilan (PEYAKIN)melalui tabung Jejak Fakir. Dalam majlis itu juga, Pengurus Restoran Sabar Menanti turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim serta anak-anak istimewa.

Rumah terbuka Parti Keadilan Rakyat Rembau itu juga turut dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat dari PAS, Pengerusi Ibunita, Absah Azizul Rahman dan Yang Dipertua PEYAKIN, Omar Abu Bakar.

5 comments:

  1. Anonymous3:23 PM

    si badrul nie setahu aku tak bekojo... tapi caro tabur duit kek rombau tau dsyat sgt... berapo juta agak eh duit amerika yang nuar brahim salur kek dio sebulan...?

    memang dio nie agresif sampai kami bebudak umno malu lak sobab ado ahli parlimen ketuo pemuda yang hilang...

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:00 PM

    apo nak di heran kan..
    IMF kasi duit bejuto2 sampai buleh bukak bank la..tak cayo ekau tengok gambo tu, bukan ke gambo cek bank parti keadilan..kayo-kayo cikgu but dan abang nuar ni..

    Kerajaan buek bajet 2009, diorang pun buek bajet jugo..kayo pakcik

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:00 PM

    apa pun cikgu nie dia bantu orang, walaupun dia kalah dalam pilihanraya yang lepas... ni yang menang poi mano..? asyik sibuk pemilihan umno ko dah mampos kono somboleh dalam umno....

    ReplyDelete
  4. Anonymous4:18 PM

    cikgu, yang bergambar ngan cikgu tu bukan ko budak umno??? namo e isa..orang kuek azman md shah..cikgu pun terlibat ko dalam konspirasi bebudak umno rombau yang nak malukan khairy tu??? Bagi la muko sikit kek khairy tu cikgu..kesian dio..Donga2 mlm ni diorang ado pertemuan di Chombung sbb esok pemilihan pemudo rombau..Dan sey donga cikgu pun dijomput hadir malam ni...iyo ko???? Cikgu, sey nak bgtau cikgu..khairy tu bkn lawan cikgu..dio tu budak2..Harap2 cikgu dapek lopehkan dio jadi ketuo pemudo rombau...apo2 harap kito dapek jumpo nnti..wasallam..

    ReplyDelete
  5. Anonymous3:44 PM

    se dongar yang Tok Mad bayar chegu untuk lawan KJ boto ko cito tu...?

    ReplyDelete