Wednesday, November 19, 2008

Majlis fatwa dicabar keluar fatwa mengenai ISA, rasuah dan isu - isu besar negara

pic - gambar hiasan semata - mata

Majlis Fatwa Kebangsaan kembali mendapat perhatian. Bermula dengan pengharaman lelaki berpakaian wanita dan kemudian mungkin yang terbaru nanti Yoga bakal diharamkan.
Bukan tak bersetuju dengan pengharaman tersebut tetapi bukankah dalam agama itu ada konsep mendahulukan sesuatu berdasarkan kepentingan.
Satu soalan buat anggota Majlis Fatwa adakah Yoga lebih mengancam 'daulah' dari rasuah. Mengapa tidak ada fatwa yang mengharamkan rasuah. Rasuah sudah menjadi darah daging kini. Orang Islam tidak lagi melihat rasuah dengan jijik. Jika tersentuh sikit babi maka mengamuklah kita sampai tak ingat tetapi bukankah kejadian tersentuh babi itu melibatkan individu sebaliknya rasuah yang mampu meruntuhkan daulah dilihat dengan biasa - biasa sahaja.
Majlis Fatwa Kebangsaan dicabar gubal fatwa mengenai Rasuah, ISA dan banyak isu besar lagi untuk terus dilihat relevan dalam masyarakat. Jika tidak ia hanya dilihat sebagai sekumpulan orang tua yang pandai agama memberikan tafsir hukum berdasarkan zaman yang sudah lepas.
Islam perlu dilihat berani !! Islam perlu dilihat lengkap sebagai panduan dalam mengendali negara. Islam tidak seharusnya dilihat hanya mampu buat keputusan dalam isu ranting atau nikah, kahwin, cerai dan mati sahaja. Jika Majlis Fatwa tidak berubah mereka penyumbang kepada terciptanya persepsi buruk terhadap Islam.
Dalam isu wanita kelihatan seperti lelaki ..... apa maksudnya ? Mana manual tafsiranya ? Adakah selepas ini ribuan anak gadis yang memakai seluar, kemeja dan barret berkawad dalam khidmat negara akan didapati bersalah bersesuaian dengan keputusan majlis fatwa wanita kelihatan seperti lelaki ....?
Fatwa pengharaman meletakan kalungan bunga di tugu negara juga sehingga kini masih tidak mampu mengubah ritual penyembahan yang diketuai oleh Presiden Umno saban tahun ketika hari Pahlawan.
Kepada kumpulan yang kononya bangkit menentang fatwa majlis fatwa ini....nasihat che'GuBard jangan buang masa hendak bergaduh dengan kumpulan warga tua yang semakin hilang relevensinya di tengah masyarakat.

12 comments:

  1. Anonymous2:27 PM

    Inilah orang Islam Melayu di negara ini,perkara-perkara macam ni yang nak dipertikaikan.Yang bukan Islam pun satuhal,awak nak pakai apa pun awak punya pasal,ikut saja agama awak.Bila majlis fatwa(maksudnya untuk orang Islam)keluarkan fatwa,kalau beriman dengan Allah,Rasul,Quran ikut sajalah untuk selamat dunia dan akhirat.Tak payah kecoh-kecoh nak pertikai.Sebagai orang Islam patutnya tak payahlah minta fatwa benda-benda yang jelas haram seperti rasuah,menipu dll.Yang penting sekarang penguatkuasaan fatwa tersebut.Kalau orang besar yang langgar fatwa adake berani ahli majlis fatwa pergi jumpa pemimpim tersebut dan beritahu ini salah.....HARAM!Janganlah ahli majlis fatwa pun nak berpolitik dengan isu-isu.Saya ambil satu contoh perkara yang memang qata'i haram dalam ISLAM DAN BAGI ORANG ISLAM iaitu minum ARAK mengapa penguatkuasaannya amat lemah.Tapi bab hisap/sedut/cucuk dadah sampai kerajaan habis jutaan RM sediakan pusat serenti,pada haram dadah cuma hukum kias bukan qata'i macam ARAK yang tersebut dengan jelas dalam Quran(Bukan saya sokong penagih-penagih dadah).Pasal yoga ni pun lucu,kalau setakat lipat kaki,pusing tangan,tarik nafas,tahan nafas adakah ini jejas akidah kerana ikut kaum lain.Apamacam kalau pakai tali leher(macam yg ahli majlis fatwa pakai),makan berdiri dengan tangan kiri yang dilarang oleh Rasullallah.Jadi kalau untuk membuat fatwa kerana ada arahan,kerana politik kepartian harap hentikanlah...ALLAH MAHA MENGETAHUI.

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:24 PM

    Majlis Fatwa mesti act without fear or favour. Jangan takut untuk keluarkan fatwa jika benar sesuatu isu itu mengelirukan atau mendatangkan mudharat pada masyarakat Islam di negara ini. Tapi nampak gayanya Majlis Fatwa Malaysia ni bila isu berkaitan dengan parti pemerintah mereka agak........ you know lah! Contohnya isu ISA, mampus mereka tak berani nak kata apa-apa. Pada hal terang-terang ISA satu akta zalim yang menganiaya manusia. Tapi I really salute Ustaz Asri Mufti Perlis. Beliaulah satu-satunya hamba Allah yang berani memperkata yang HAK. Yang lainnya semuanya HAPRAK!!!!!

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:26 PM

    kenapa perlu nak cabar-cabar keluar fatwa pula. Kalau memang kita tahu salah kenapa perlu tunggu keluar fatwa?
    Salah tetap salah.

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:29 PM

    Otak badrul juga sama seperti Khairy pro Islam liberal...

    Isteri Khairy anak AAB juga terjerumus dalam kelompok perempuan dengan perempuan.... itu sebab bila KJ sanggup ambil Nori sebagai isteri AAB syukur sgt dan sanggup beri apa saja pada KJ....

    ReplyDelete
  5. Anonymous3:41 PM

    Salam che'gu...
    Saya rasa rasuah tak perlu ada fatwa che'gu. Rasuah tu dah terang-terang HARAM. Undang-undang atau peraturan yang Allah dah tetapkan, tak perlu lagi fatwa. Tindakan terhadap pesalah rasuah yang patut diketatkan supaya ia tidak berterusan dilakukan sewenang-wenangnya. Fatwa terhadapnya tak perlu. ISA dan masalah-masalah besar negara bolehlah kalau nak dikeluarkan fatwa. Itu pun bergantung pada hukum yang ditentukan dalam Islam...

    ReplyDelete
  6. Anonymous3:44 PM

    Pro Mukhriz,
    I am not orang KJ or an AAB supporter but its unfair you buat statement or tuduhan macam tu kat Nori. Jangan suka-suka fitnah orang tanpa bukti especially tuduhan macam tu. Ingat kita ni orang Islam yang percaya pada dosa dan pahala. Melemparkan tuduhan dan mengaibkan orang macam tu tak sepatutnya jadi amalan.Itu biasanya kerja orang UMNO. You nak pro sape-sape pun, itu hak you tapi janganlah sampai mengaibkan musuh you. Ya Allah jauhilah aku daripada sifat sedemikian...amin.

    ReplyDelete
  7. Anonymous5:39 PM

    Setuju dengan Mankanan,
    Apa perlunya fatwa berkaitan isu rasuah dikeluarkan? Bukankah kita sedia maklum bahawa rasuah memang dah nyata HARAM. Jadi tak perlu fatwa lagi. Kalau isu yang lain yang kita masih samar-samar tentang hukumnya, bolehlah kita suruh Majlis Fatwa Kebangsaan bincangkan untuk mereka keluarkan fatwa...

    ReplyDelete
  8. Anonymous6:11 PM

    RASUAH ..... bukankah ianya HARAM secara terang dan jelas. Perlukan fatwa untuk ini? Rasuah ni macam najis. Hanya orang yang inginkannya saja mengharuskannya.
    Pendirian saya tetap. Sekiranya orang Melayu masih dengan keMelayuannya, maka di situ akan suburnya rasuah. Tetapi kalau orang Melayu dengan keIslamnya, maka sudah pasti rasuah akan hapus.
    Jangan lupa bahawa ada orang Melayu yang kafir, ada orang Melayu yang makan daging babi juga, ada orang Melayu yang sembah berhala, ada orang Melayu yang minum arak ..... Yang ini tak pa sebab orang Melayu ini bukan beragama Islam. Apa dah jadi dengan orang Melayu yang beragama Islam? Apakah kita serupa...? Minta simpang.......

    ReplyDelete
  9. Dear Chegu Bard,

    Why don't you challenge Majlis Fatwa on the judgement by our court.Can we accept him as our IMAM?

    "Even though reading the appeal record, we find EVIDENCE TO CONFIRM that the appellants (Anwar dan Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charge, beyond reasonable doubt".

    Or is it because he is related to you,that you close your eye to the revelations by the judges?

    ReplyDelete
  10. Anonymous6:56 AM

    astaga, bangangnya ko cikgubad,dgn article ni baru aku tau kebangangan ko,syukurler ko klah ari tuh,apsal ramai sgt kepimpinan PKR ni cam dok tau mender, ikut akal fikiran jerk,aku tau bukan ko tak tau per tafsiran penkid yang dimaksudkan oleh majlis fatwa tu, tp saja2 buat bangap pasal nak sokongan kan,..ayat last sekali ko tu "nasihat che'GuBard jangan buang masa hendak bergaduh dengan kumpulan warga tua yang semakin hilang relevensinya di tengah masyarakat." per maksud nya????per ko ingat ko jerk yang relevan ngan masyarakat???AKU doakan ko tetap kalah walaupun tanding dlm pru dimasa akan datang, utk aku nak ngundi ko jgn harap laa kalau dah bg kenyataan gini.

    ReplyDelete
  11. Dear Chegu Bard,
    I do not see you commented on my remarks.Normally when somebody is quiet then the assumptions is that person tends to agree with the comment.
    Your answer is important in order to gauge your vision on your perjuangan.Whether it is for the Islamic cause or for the person.

    ReplyDelete
  12. Chegu,

    Rasuah secara terang2 adalah haram seperti meminum arak. Benda yg sudah terang tak perlu disuluh lagi. Dlm islam meliwat dan berzina mamang haram tak payah nak bagitau lagi sepatutnya tau. Tapi mungking ada org yg macam chegu tunggu fatwa kata meliwat tu haram baru dia tak meliwat kot.

    Tulisan kita adalah tanggung jawap kita. ini akan di persoalkan semasa di padang mahsyar. Jadi bertanggung jawap lah dgn setiap butiran yg kita keluarkan dari mulut dan yg kita taip.

    Kalau chegu rasa ugama islam ini tidak adil pd perjuangan kamu jadi keluarlah, jgn malukan lagi islam yg telah dicaci hina selama mana PKR menjadi popular. Islam tidak kuat kerana quatitinya islam akan terus berada dihati manusia kerana qualitnya

    ReplyDelete