Wednesday, November 19, 2008

Demonstrasi bogel .....

pic - gambar kenangan dari 1998


Nampaknya kecoh juga mengenai demonstrasi bogel yang kononnya bakal diadakan untuk menghalang kenaikan sewa rumah rakyat miskin di Selangor.

Ada kumpulan yang menamakan diri mereka 'Reformis' telah mengadakan sidang media mengugut akan adakan demonstrasi bogel di depan Pejabat MB Selangor untuk tuntut jangan naikkan sewa rumah orang miskin.

Pada mulanya cheGuBard tidak hendak komen isu ini kerana tak kan ada orang di Malaysia yang berani buat demonstrasi bogel bulat....!!! tetapi terpaksa komen juga kerana ada terima banyak email dan sms yang tanya kaitan che'GuBard dengan kumpulan tersebut. Memang selama ini imej demonstrasi jalanan itu kuat dengan cheGuBard.... tetapi tak pernah che'GuBard mengaku diri ini reformis. Menginsafi Reformis atau Mujadid bermaksud perubah.... bukan sahaja mampu mengubah diri tetapi merupakan perubah zaman. che'GuBard tak sekuat itu cukup sekadar menjadi aktivis reformasi ...tentera perubahan. che'GuBard tidak ada kena mengena dengan kumpulan yang dinyatakan.

Kumpulan Reformis ini memang ada antaranya che'GuBard kenali kerana pernah bersama di jalanan malah ada yang pernah dilokap atau digari bersama dan ada pula antaranya yang langsung tidak che'GuBard kenali (mungkin menjadi reformis lantang selepas 8 Mac).
Isu ini diberi perhatian media kerana ingin menunjukkan kononya wujud krisis antara (Tan Sri) Khalid Ibrahim, selaku Menteri Besar Selangor dengan kumpulan aktivis reformasi yang sudah berjuang sejak 1998 lagi.
Perkara ini tidak benar. Menghormati hak kumpulan yang menamakan diri mereka Reformis untuk menyatakan pendapat tetapi ia hanya kumpulan kecil dari aktivis jalanan yang bangkit sejak 1998.
Isu rumah orang miskin ini harus diteliti. Keputusan menaikan sewa ini telah diambil oleh kerajaan Bn masa Khir Toyo sebelum mereka tumbang. Oleh kerana ia merupakan keputusan yang telah diproses dan melibatkan kewangan PBT dan Negeri maka untuk mengelakan kenaikan amat susah. Namun setelah menyedari semua ini kerajaan negeri segera membuat kajian mengenai bagaimana untuk tidak membebankan rakyat.
Menyedari hakikat ada rumah untuk rakyat miskin ini telah disewakan kepada pihak ketiga. Ini berlaku kerana ketika proses agihan rumah untuk rakyat miskin ketika dibawah kerajaan Bn agihan telah dibuat secara tidak adil Ada mereka yang rapat dengan kekuasaan regim Bn turut dapat walaupun tidak layak. Mereka yang dapat ini telah punya rumah tetapi rumah rakyat miskin yang diperolehi disewakan kepada orang lain pula.
Satu makenisma yang baru harus diadakan untuk menyelesaikan perkara ini. Dana bantuan untuk rakyat miskin harus disalurkan kepada yang layak.
InsyaAllah menurut satu sumber dalaman kerajaan negeri dalam 2-3 bulan ini makenisma ini siap maka sistem sewa baru akan diperkenalkan. Harapnya bukan sahaja yang miskin mampu mengekalkan kadar sewa lama tetapi yang benar tidak mampu layak menerima penurunan kadar sewa dan yang mewah sehingga rumah rakyat yang diperolehi diberikan sewa harus dihukum sedikit.
Kesilapan Kerajaan Selangor ialah tidak memahami kepentingan untuk mengatasi propaganda politik. Seharusnya persatuan penduduk semua yang terlibat harus dipanggil dan diterangkan bahawa kenaikan ini ialah hasil buah tangan Regim Bn dan Kerajaan PR akan selesaikan dalam masa terdekat.
Kembali kepada kumpulan yang menggelar diri mereka Reformis, cheGuBard masih bersangka baik mungkin istilah berbogel itu menggambarkan kemiskinan sehingga tak mampu beli baju.... atau apa sahaja.... tetapi mengungkap kata - kata teman aktivis Reformasi Indonesia yang kini menjadi KOMNAS HAM RI, Nurcholis. Dia mengatakan sebagai aktivis reformasi anak muda harus segera berubah ikut sesuai zaman. Zaman Pasca reformasi (jalanan) kita tidak lagi dikira dengan kuat jeritan, berani berdepan belantan tetapi betapa kita perlu siap mengisi pentadbiran memperbaiki massa dan kerajaan. Yang berada dalam kerajaan harus bertindak yang berada di luar harus terus perkasa massa dan anjurkan sebanyak forum untuk ketengah masalah rakyat. Kritik perlu membina dan faham latar masalah bukan seperti dulu serah korban diri sanggup mati....................tetapi AWAS.... penguasa pula jangan cepat senang anak muda ini berubah demi massa tetapi siap untuk turun ke jalan semula.... kami tidak minat untuk ugut tetapi kami sedia membantu melaksanan.

6 comments:

  1. Anonymous1:59 PM

    Di sinilah terletaknya kebodohan kerajaan Pakatan Rakyat. Kenapa mesti ikut cadangan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri BN sebelum ini? Bukankah kerja pembangkang ni hanya membangkang je. Maknanya semua cadangan atau tindakan kerajaan semuany tak betul. Jadi, mengapa harus ikut kalau dah tahu ia adalah bekas daripada cadangan kerajaan BN dulu?Nampak sangatlah Pakatan Rakyat sengaja nak timbulkan isu...

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:32 PM

    cikgu sapa dia ramlan yang kononya ketua reformis nie....

    lain lah nasir ke nora ke...sanusi ke kami kenalah ...

    cikgu kena keluar pimpin kami aktivis reformasi nie selepas ezam hilang cikgu dilihat mampu membawa aspirasi kami budak jalanan....

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:20 PM

    sewa dinaikkan.bagaimana dengan keluarga yang benar-benar kurang berkemampuan untuk membayar sewa sebanyak rm240?.sudahlah tinggal di kws lembah Klang yang kos hidupnya tinggi.ditambah pula dengan harga sewa rumah yang tinggi.

    kenapa kerajaan PR hanya mengikut sahaja cadangan yang didakwa "diwarisi oleh BN"?.sudah tiada cara lain lagikah untuk megatasi hal ini?

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:51 AM

    Reformis...errmm... reformis sejati akan memperjuangkan apa sahaja bentuk keadilan kepada rakyat sejati, saya juga pernah menyertai kumpulan, menganjur untuk kebaikkan bersama...akan tetapi, isu kali ini amat mematahkan hati saya memandangkan saya juga penduduk yang tinggal dikawasan PPR ini, setahu saya, memang penduduk disini tidak mampu dan amat miskin sehingga kami sendiri secara sukarela membantu dari segi kewangan para penduduk disini....FIkirkanlah apa yang diperjuangkan ...bukan sekadar kuasa dan janji...amanat yang dipikul amat besar tanggunjawabnya, jika tidak menjawab di dunia, jawab la di akhirat .....

    ReplyDelete
  5. Anonymous5:40 PM

    demonstrasi tunjuk bontot ada tak... kalau ada mesti nuar jadi ketua... iyye la dia kan suka bontot.... kah kah kah kah kah

    ReplyDelete
  6. Anonymous5:04 PM

    biasalah orang dah mabuk kuasa dan tak tahu nak berkuasa, masih ingat jadi pembangkang je cak pun dolak dalik ek.. ea... ek.... ea..., dah perintah baru tau boleh ke tak boleh,bila tak boleh buat kata itu projek/cadangan orang dulu. Mengapa pulak negeri yang maju dan kaya tu tak kata diusahakan oleh orang terdahulu. Bangang.

    ReplyDelete