Tuesday, November 11, 2008

Darah Umno tumpah untuk rebut kuasa.

Pertama sekali tahniah buat Khairy Jamaludin yang baru melepasi antara babak mendebarkan dalam karier politiknya. Akhirnya dengan segala usaha dia berjaya juga mendapatkan pencalonan Ketua Pemuda Umno dari Bahagian Rembau. Benar katanya perjuanganya merebut takhta Pemuda Umno tak akan bermakna jika dia tidak mendapat pencalonan dari Rembau. Menyedari bukan sedikit pemuda yang bencikan dia di Rembau. Hakikat ini dia sepatutnya sedari dari saat dia seharusnya kalah PRU 12 jika tanpa penipuan agensi kerajaan.
Memang seharusnya beliau berdebar kerana kem Muhkriz dikhabarkan turut menyerang Rembau. Malah peristiwa kegagalan Bibi Sharliza (bekas ADUN Paroi) untuk mendapat pencalonan dalam perebutan Ketua Puteri dari bahagianya sendiri dilihat amat memalukan, dari segi moral sudah tentu Bibi sudah tidak kuat lagi.
Khairy bukan Bibi, Bibi mungkin boleh menyusur akar semula..... berniaga kecil kecilan dan mendaki semula anak tangga politik yang tergelincir sebelumnya. Khairy dari mula sudah duduk selesa politik ini umpama periuk nasinya. Ethos atau ECM Libra tak akan meelihat Khairy dengan nilai seringgit pun jika tanpa kedudukan politik yang dinaungi Bapa Mertuanya.
Bapa mertua sudah mengumumkan perletakan jawatan. Dalam Umno orang yang sudah nampak jalan keluar tidak dinilai orang. Khairy perlu berdikari sendiri kini. Ini persaingan hidup dan matinya. Jika dia kalah bukan sahaja dia akan hilang dipusat malah kerusi parlimen Rembau pun belum tentu dia akan dapat dalam PRU akan datang. Periuk nasi juga terjejas.... dia pula tidak pernah merasa menyusur akar... kemungkinan ia akan mati terus tidak boleh dielak.
Bagi Mukhriz ini bukan hidup mati. Jika dia kalah Najib dan Hishamuddin pasti akan membelanya atas dasar saudara jauh tetapi aakn perlu diberi lebih perhatian kerana tidak mahu menjadi bahan belasahan Mahathir. Mahathir membelasah Dollah sebab Dollah tidak mahu ikut cakapnya dan lebih lagi Dollah ada Khairy yang mampu menidakan Mukhriz warisan Mahathir. Walaupun Mukhriz sebenarnya hanya diset oleh Mahathir tetapi sebagai seorang pemimpin jauh karisma Khairy dari Mukhriz ....itu disedari Mahathir kerana itu Khairy perlu dibunuh segera.
Ramai yang terkeliru ...ada yang menuduh che'GuBard dibayar Khairy dan kerana itu komen che'GuBard kepada Khairy agak dilunakan sedikit. Malah kononya tuduhan itu lebih kuat kerana email - email kepada che'GuBard yang mengirim gambar Khairy sedang mabuk bersama perempuan... memang rasanya gambar itu asli tetapi ini bukan cara politik cheGuBard. Pertembungan cheGuBard dan Khairy ialah persoalan dasar, polisi dan prinsip bukan peribadi walaupun Khairy sibuk mencanangkan tidak mahu debat dengan che'GuBard kerana cheGuBard tidak punya isu selain dari serangan peribadi. Untuk pengetahuan semua che'GuBard menerima bukan sedikit fail termasuk mengandungi serangan peribadi kepada Khairy semasa PRU 12 lalu tetapi semua fail yang menyerang peribadi dibuang begitu sahaja.
Kempen Politik ini bukan sekadar perebutan kuasa tetapi ia seharusnya bersifat mendidik massa.
Selaku pemimpin muda keADILan seharusnya mahukan pemimpin yang lemah memimpin Umno. Sudah tentu Mukhriz seharusnya menang agar lebih mudah bagi keADILan terus mendominasi sokongan muda. Mukhriz tidak karismatik dan tidak berjiwa muda. Khairy dalam bab ini lebih sedikit dari Mukhriz dan jika dia menang mungkin sukar sedikit kerana dia agak agresif dalam mengumpul tenaga muda.
............................................................................................................................
Di Rembau mesyuarat Umno penuh dengan muslihat. Bukan sedikit wang digunakan , ugutan dan janji manis ditabur untuk mengepung sokongan. Walaupun Khairy mendapat pencalonan tetapi kekecohan yang dirancang 'ala gangsterisme' tidak boleh diselindungkan. Sebaik sahaja nama Khairy dicalonkan, pencalonan ditutup dan apabila Hanafi bangun untuk membuka pencalonan beliau di boo dan ramai pemuda menjerit "Hidup KJ...Hidup KJ.."sambil menggemgam penumbuk, menumbung ke udara.... ini menakutkan kumpulan pro Mukhriz kerana takut sesuatu yang tidak baik berlaku. Tetapi jika undi sulit dilakukan belum pasti Khairy menang. Ini yang harus dia perhatikan nanti... pencalonan belum tentu menjadi undi.
Di Seremban pula aksi pergelutan dalam Mesyuarat Pemuda berlaku. Ada wajah yang berdarah. Dalam Mesyuarat Bahagian Seremban pula aksi membaling kerusi mengambil tempat, ini wujud dari rasa tak puas hati beberapa perwakilan dari cawangan yang dibatalkan. Ini semua memang sudah dijangka kerana beberapa hari sebelum itu sudah ada satu tunjuk rasa aman dibuat di depan Bangunan Umno Negeri Sembilan oleh kumpulan tersebut.
Semenjak pemilihan umno berlansung.... isu rakyat seolah tenggelam... rakyat makin susah tidak mendapat pembelaan tetapi pemimpin 'melayu' yang mereka beri mandat sibuk menyusun bidak catur untuk merebut kuasa. Dalam mesyuarat Umno sudah tidak lagi dibincang isu rakyat susah, rumah melayu diruntuhkan, tanah melayu dirampas, melayu susah ...harga barang naik...tak mampu bayar yuran sekolah....isu bahasa Melayu terpinggir di sekolah....
tetapi Melayu Umno sanggup tumpah darah kerana berebut kuasa....sedangkan melayu dibawah tumpah darah pertahankan hak mencari rezeki sesuap nasi.

1 comment:

  1. Anonymous3:37 PM

    salam cikgu saya dengar ceramah cikgu malam haritu di rembau sebelum dr hatta.....

    cikgu memang pemimpin orang mudo !!

    ReplyDelete