Sunday, November 02, 2008

Rumah Terbuka keADILan Rembau Peringkat Dun Kota

Kampung Bintongan, KOTA (26.10.2008) - "Sempena Hari Raya yang mulia ini, saya ingin mohon ampun dan maaf kepada seluruh ahli UMNO cawangan Kampung Batu ini.." itulah diantara petikan ucapan Pengarah Keadilan DUN Kota, Sdr Yusof Tapa yang juga bekas ahli UMNO. Menurut beliau, kemaafan itu dipohon kerana beliau tidak mampu lagi untuk bersama-sama dalam perjuangan UMNO. Ini kerana perjuangan UMNO telah tersasar jauh dari perjuangan asal dan tidak lagi relevan dengan rakyat di Malaysia.

Dalam Jamuan Hari Raya Keadilan Rembau peringkat DUN Kota itu, 5 orang fakir miskin telah di berikan sumbangan oleh Ketua Keadilan Bahagian Rembau, Sdr Badrul Hisham Shaharin. Isteri beliau Zarerah Hanim Md Zaki juga turut memberikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dalam majlis itu.

Lebih 1500 orang telah membanjiri rumah Sdr. Yusof Tapa yang menjadi tuan rumah kepada Program Ceramah sempena Raya dan Jamuan Rumah Terbuka DUN Kota itu. Program itu turut dihadiri oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Azmin Ali yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak. Beliau yang merupakan penceramah utama dalam majlis itu telah menyeru kepada orang ramai agar bersama-sama Pakatan Rakyat.

"Apa yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Rembau ini? Ke mana dia ketika banjir melanda Rembau? Beliau ( Khairy Jamaludin ), sedang bertungkus-lumus mencukupkan kouta untuk membolehkan beliau bertanding Ketua Pemuda UMNO. Mana kepedulian beliau kepada rakyat Rembau? Saya menyeru kepada semua. Buat tindakan bijak. Ayuh sertai Pakatan Rakyat dan mari kita sama-sama buat perubahan terhadap negara kita yang tercinta ini" tegas beliau.

Dalam majlis itu juga, Sdr Yusof Tapa telah menyerahkan sebanyak 237 borang keahlian dari ahli UMNO yang menyertai Keadilan. YB Azmin Ali juga telah sudi untuk melancarkan Program Bersih & Baiki secara simbolik dengan menyerahkan tukul besi kepada Sdr Zairul Izman, Ketua AMK Keadilan Rembau. Program ini adalah program mencari rumah-rumah orang miskin yang boleh dibersihkan dan diperbaiki di dalam Parlimen Rembau.

Majlis rumah terbuka itu juga turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato' Kamarul Baharin Abas (Ahli Parlimen Teluk Kemang ), YB Chai Tong Chai (ADUN Chuah), Tn Hj Taufek Abd. Ghani (ADUN Paroi), Sdr Rozmal Malakan ( YDP Kawasan Rembau ) serta pimpinan daripada pakatan rakyat Negeri Sembilan

3 comments:

  1. Anonymous3:25 PM

    siap suruh bini bagi duit rayo kayo badrul nie rupo e'.....

    siap buatkan rumah org....

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:01 PM

    Bard teruskan usaha ....poi mampos ngan kobau-kobau pendek Umno yang sialan banyak bersepah nie....

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:45 PM

    Yusop tapa dari UMNO masuk keADILan letas tu masuk Umno balik nie masuk keadilan balik.... berapa banyak tukar daaaaaa!!!

    tapi yang best mana dia ada dia pasti dpt peranan penting.... itu sebab bebudak ramai ikut dio..

    ReplyDelete