Tuesday, November 11, 2008

PDRM kotori Ulangtahun BERSIH.


7 November 2008 yang lalu menerima sms dari seketeriat BERSIH yang mengundang cheGuBard untuk berucap dalam Majlis mengenang setahun Perhimpunan BERSIH yang akan diadakan pada 9 Nov. 2008 jam 8.30 malam di Padang depan Amcorp Mall.

Masih segar lagi ingatan bagaimana membawa gerombolan terbesar dari Sogo bergabung dengan gerombolan di Masjid Negara sebelum menuju ke Istana Negara. Taktik dan penyusunan strategi serta koordinasi 'marshal' yang baik telah mengelakan pertempuran dengan polis dan menjadikan gerombolan yang dibawa 'terbesar' untuk sampai di Istana Negara. Polis yang siap 'bersenjata' menunggu di Dataran ternganga melihat kami tidak memasuki perangkap mereka sebaliknya berlari mengambil alih Lebuhmahameru. Di Lebuh Mahameru 'tentera kuning' dari sogo telah bergabung dengan pasukan yang menunggu di Masjid. Pasukan yang terlalu besar sudah tidak mampu ditahan lagi. Polis bertindak bijak di persimpangan masuk ke Istana dengan membuka laluan untuk mengelakan pertempuran. Jika polis tidak bijak tempoh hari sejarah negara pasti berubah. Tindakan pantas seorang 'marshal' (yang kini bergelar YB) untuk menghantar amaran 'menakutkan' polis sehingga membuka jalan juga harus dipuji.

Itu sedikit sorotan 'kemeriahan' kebangkitan tentera kuning menawan Kuala Lumpur.

Agak terkejut kerana Majlis yang (sepatutnya) diadakan begitu besar kerana mengenang perhimpunan rakyat terbesar pernah diadakan tetapi langsung tidak kedengaran hiruk pikuk usaha mobilisasi diadakan. Lebih malang lagi malam tersebut juga telah dijadualkan lebih awal untuk program turun kawasan di Rembau. Maka tidak dapat dielakkan cheGuBard tidak dapat menyertai perhimpunan di PJ.

Malangnya dalam perjalanan pulang dari Rembau ke Seremban satu sms masuk ke telefon bimbit. Tertera "Polis ganas suraikan perhimpunan kenang BERSIH. Ada cedera, ramai ditangkap"

Ya Allah apa yang jadi...? Cuba menghubungi Black tetapi gagal. Keesokan harinya dari penjelasan teman - teman yang menyertai perhimpunan dan video yang dirakam, memang melampau.

Cukup !! Sudah cukup !! Polis merupakan penjenayah Hak Asasi !! 10 - 15 orang polis membelasah seorang peserta perhimpunan. Polis menyerang peserta ketika lagu Negaraku dinyanyikan..... polis sudah terang menjadi alat regim Bn-Umno.......

Persoalanya permit ? Berapa banyak program Bn tak punya permit ada berani PDRM halang...? kedua alasan permit tidak boleh digunakan untuk membelasah manusia....?

Setuju bukan semua polis 'jahat' ada yang masih punya maruah dan harga diri.... tetapi kenyataanya bukan salah masyarakat jika melebel polis dengan label negatif kerana kebanyakan ketua mereka rendah harga diri.......

Ingat.... perhimpunan yang kamu suraikan itu Perhimpunan 'geli-geli' sahaja..... Jangan cabar kesabaran rakyat..... !!!!!!!

3 comments:

  1. Saya membaca berita yang menarik di China, di mana polis umumnya dilihat sebagai suatu lembaga pelindung orang bisnes dan ahli parti komunis yang berkuasa; sudah berlaku kes-kes kebelakangan ini di mana tindakan melampau polis china menghukum rakyat biasa tanpa mengikut lunas undang-undang telah mencetuskan rusuhan spontan yang mana balai polis diserang dan anggota polis tak kira yang jujur atau kurup dibelasah oleh orang ramai yang marah. Jangan sampai suatu hari nanti martabat PDRM jatuh ke tahap sebegini ...

    ReplyDelete
  2. Kenangan indah. AMK Batu basah kuyup! ingat lagi sensasi peha dan betis yang lenguh seminggu.. Nostalgia!

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:38 PM

    ohhh rupanya cikgu balik dari Korea tempoh hari untuk lead demo bersih.... syabas cikgu....

    saya tak sempat sama tapi semangat baca cikgu mengetuai dan menyususn strategi

    ReplyDelete