Wednesday, November 19, 2008

kita harus fahami AEM ...perkasa rakyat !!

Alhamdunillah sedikit reda setelah seminggu lebih kecoh isu kuota rumah bumiputera 50% di Kedah. Isu ini kecoh apabila Menteri Besar Kedah umumkan kuota 50% Bumiputera akan dilaksanakan bagi projek perumahan di Kedah.

Isu ini pula mendapat lebih perhatian apabila wakil DAP di DUN Kedah menyatakan kesediaan untuk keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah jika dasar ini diteruskan. Makin panas apabila MCA juga turut menyatakan bantahan. REHDA (persatuan tauke binaan) juga turut membantah. Sebuah NGO Melayu tempatan menyokong. Seperti biasa Umno selaku parti alat kepada tauke pasti sanggup meninggalkan sikap ekstrim Melayu mereka dalam isu ini Umno melalui Najib Tun Razak turut tak sokong kuota lebih kepada Melayu.

Kerajaan Kedah bangun semula menerangkan bahawa kuota 50% bumiputra hanya wajib ke atas projek yang dibangunkan atas tanah bekas rizab Melayu yang di 'swap'.

Apapun isunya bagi che'GuBard kita masih gagal memahami aspirasi Reformasi Pakatan Rakyat. Kita menang kerana janji keadilan untuk semua dan membantu rakyat susah. Sebarang bantuan atau subsidi seharusnya tidak berdasarkan ras ia harus berdasarkan kelas dan kedudukan massa tersebut.

Memang diakui majoriti rakyat yang susah kini ialah Melayu dan Bumiputera. Maka apasalahnya jika bantuan diberikan kepada rakyat susah maka sudah tentu automatik Melayu akan terbantu. tetapi sebaliknya jika bantuan diberikan kepada Melayu apa jaminan ia tidak terus disedut oleh segelintir Melayu yang sememangnya kaya dan mewah dan terus meninggalkan majoriti melayu susah untuk terus susah tetapi senyum kerana mimpi indah janji kerajaan menjaga Melayu.

Fikirkanlah.............

3 comments:

  1. Anonymous2:20 PM

    Kita jangan cepat jump to conclusion bila timbul sesuatu isu. Selidik dan bincang dulu. Dapatkan penjelasan baru buat kesimpulan. Pada pemimpin dan rakyat bukan melayu jangan rasa teraniaya sebab yang nyata di Kedah, majoriti yang tak mampu memiliki rumah ialah orang Melayu. Berdasarkan prinsip keadilan wajarlah mereka ini di beri peluang... tapi tak bermakna kaum bukan melayu diabaikan. Remember JUSTICE is for ALL. Be tolerance, fair, just to everyone no matter who... be it Malay, Chinese, Indian or other bumiputeras. Be COOOOOOL,ok?

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:30 PM

    KJ jual tanah pada singapura pun di sokong ...apa salah kita bangunkan sama negara dengan bangsa cina yang juga anak Malaysia

    ReplyDelete
  3. bard rasa pelik tak bila rumah kos rendah yang dikhaskan untuk Melayu miskin boleh jatuh ke tangan pembesar UMNO yang mana mereka mampu memiliki 3 hingga 4 buah rumah tersebut yang kemudiannya disewakan.

    Itu contoh terbaik bagaimana "keutamaan kepada Melayu" dalam projek perumahan sebenarnya membolehkan pembesar UMNO yang sudah kaya raya menjadi lebih kaya lagi dengan menghisap darah kelas pekerja Melayu.

    Ternyata dasarnya mesti berpaksikan kedudukan ekonomi dan bukannya kaum. Kalau Melayu yang miskin maka ia akan otomatis dibantu melalui mekanisme itu. Melayu yang dah kaya raya jangan sampai nak makan hak orang lain pula.

    ReplyDelete