sila klik link ini http://blog4pro.blogspot.com/2008/10/altantuya-malaysiatoday-exposed-dpm-and.html untuk membaca lanjut bukti sms mengenai penglibatan Najib dalam isu Altantunya....
Keputusan mahkamah yang dilihat memenuhi urutan peristiwa sebelum itu, terutama kandungan SMS Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tidak membantu memulihkan kepercayaan rakyat kepada institusi kehakiman.
Malah, keputusan itu juga akan menyebabkan integriti Najib semakin dipersoal dan dipertikaikan.
Mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda dari tuduhan bersubahat membunuh ahli perniagaan Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Keputusan mahkamah itu tidak membantu memulihkan kepercayaan kepada institusi kehakiman. Terlalu jelas keputusan itu memenuhi urutan peristiwa sebelum itu
Mengapa keputusan itu selari dengan kandungan SMS Najib kepada Shafie yang menyatakan "all is not lost" di awal penangkapan Abdul Razak dahulu?.
Dalam SMSnya kepada peguam Abdul Razak ketika itu Datuk Shafie Abdullah, Najib memberitahu "Pls do not say anything to the press today. i will explain later. RB will have to face a tentative charge but all is not lost".
Maksudnya, "Harap tidak beri apa-apa kenyataan kepada akhbar hari ini. Saya akan terangkan kemudian. RB (Razak Baginda) terpaksa menghadapi pendakwaan tentatif tetapi tidak semuanya hilang".
Najib tidak menafikan SMS tersebut adalah antara beliau dan Shafie.
"Mempertikaikan keputusan mahkamah tidak diizinkan undang-undang negara ini. Tetapi, rakyat tidak boleh disalahkan jika mahkamah sendiri menjadi tempat lawak dimana undang - undang dipergunakan untuk melindungi kepentingan mereka yang rapat dengan regim pemerintah.
Keputusan membebaskan Abdul Razak itu juga akan menyebabkan integriti Timbalan Perdana Menteri semakin lebih dipersoal dan dipertikaikan.
Najib tentu tidak akan menolak peluang untuk menggantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri. Tetapi, pernahkah Najib mengambilkira perasaan rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri mereka dikait-kaitkan dengan pembunuhan Altantuya dan keputusan mahkamah yang dilihat selaras dengan kandungan SMS beliau kepada peguam yang sebelum ini terlibat dengan kes itu? Itu belum lagi diambilkira kes Sukhoi, Scorpene dan Eurocopter.
Adakah Najib fikir mereka bangga dan gembira mempunyai Perdana Menteri seperti itu?
Dalam isu sms ini saya bersama rakan Seketeriat Anak Muda Malaysia telah membuat laporan polis (juga bersama isu eurocopter) dengan disertakan 21 muka surat dokumen sokongan. Selepas membuat laporan tersebut saya berkali - kali dihubungi pihak polis untuk mendapatkan keterangan saya, namun saya amat menyakini tidak satupun kerja menyiasat Najib dimulakan oleh Polis.
Rakyat sudah punya pengalaman sengsara hidup dibawah Perdana Menteri yang paling lemah tetapi rakyat tidak sanggup menghadapi pengalaman ngeri duduk dibawah Perdana Menteri yang bukan sahaja terpalit dengan skandal, rasuah tetapi terpalit dengan jenayah bunuh.
Saya percaya persoalan inilah yang bermain di dalam fikiran rakyat Malaysia. Secara logiknya, jika orang bawahan seperti Azilah dan Sirul membunuh Altantuya, maka sudah semestinya mereka menerima arahan daripada seseorang. Siapa lagi yang ada kaitan dengan Altantuya selain daripada Razak Baginda dan nama-nama lain yang dikaitkan seperti Najib dan Rosmah? Pelik bukan? Tapi apapun, kita tidak boleh tuduh sebarang kerana belum ada bukti kukuh...
ReplyDeleteAgaknya 2 budak utk tu terlebih pandai.....sehingga membunuh.
ReplyDeleteRazak Baginda dilepaskan kerana TIADA bukti yang beliau pernah sebut BUNUH si monggolia tu.
Razak Baginda cuma mintak pertolongan agar si mati tak ganggu dia lagi....dengan anggapan dihantar si mati keluar negara.
Razak Baginda ingat si mati tu dah dihantar pulang ke monggolia.....tup..tup....rupanya simati dah d c4 okleh dua mangkok tu.
Justeru...Razak Baginda d bebaskan.
Tapi hakikatnya macam mana yer...???
dGeneral
Bukan satu persoalan, malah lebih persoalan yang timbul dengan mata kasar yang patut kita bertanya..
ReplyDeletemisalanya, sesuatu persoalan yg simple..
apa hubungan mamat polis tu dgn altantuya??
bagaimana C4 begitu mudah didapati?
atas arahan siapa altantuya di bom??siapa perkaitan dalam hal ini??razak baginda lepas??siapa lagi yang terpalit semua ini???
simple je....mahkamah ni mahkamah sape lak ni??adoiiii
Najib bunuh altantuya....
ReplyDeleteRosmah bunuh latantuya....
saya malu punya bakal perdana menteri macam ini. kalau pun dia tak bersalah buktikan dulu..bersihkan nama. hancur malayu kalau najis ini pegang
ReplyDelete