Tuesday, November 25, 2008

Politik perkauman sedang dibakar !!







satu peristiwa ketika kumpulan itu berarak berjalan keluar dewan menghalang lalulintas untuk berarak ke Balai Polis membuat laporan polis. baca gambar dari bawah
  1. tiba - tiba muncul seorang wanita cina yang kelihatan berleter....maki - maki Melayu, wanita ini di iring oleh Polis untuk ke kenderaannya.
  2. dalam keadaan jalan elok - elok, bila dah ramai kamera termasuk kamera TV tiba - tiba dia lari, maka ia kelihatan satu 'provok' untuk peserta perhimpunan mengejarnya
  3. satu penampar hinggap ke mukanya oleh peserta perhimpunan
  4. terus dia tersungkur jatuh dan kemudian lari ke keretanya. Pelik bagaimana dia boleh letak kereta dalam keadaan jalan besar tersebut dan berada di jejantas tanpa keretanya disaman polis
  5. 1000 peserta perhimpunan (ikut kata utusan Malaysa la... tapi tengok sendiri ada 1000 ke?) terus berjalan semual ke Balai Polis.
-------------------------------------------------
Walaupun perhimpunan PEWARIS hujung minggu lepas tidak sebesar mana (cuma Metro kata 500 orang tapi Utusan 1000 orang) dan ada antaranya hadir kerana dibayar, namun ia tidak harus dipandang sebelah mata. Bukan kerana keberkesanan dan kesungguhan perjuanganya tetapi kerana ia merupakan permulaan s atu cetusan konflik perkauman yang lebih besar.

Baru bertemu dengan beberapa teman dari dalam Umno mereka telah mendedahkan mengenai taktik Umno untuk mengembeling semula sokongan orang Melayu ke dalam Umno.

Umno dan Bn akan menggunakan stategi yang sama wujudkan keadaan tertekan (tension) dan rasa tidak selamat antara kaum dengan harapan semua kaum akan kembali semula ke kepompong politik perkauman. Melayu akan berpayung semula dengan Umno, Cina akan kembali semula kepada MCA dan India kepada MIC.

Telah dirancang proses 'drumming up' terlah bermula. Melayu akan diberikan presepsi bahawa hak semakin hilang kerana cina dan India yang dikatakan kaum pendatang sedang merampas hak Melayu. Himpunan - himpunan provokasi telah bermula dan sedang rancak dirancang untuk ke seluruh negara. Tekanan yang dirancang ini akan dirancakkan apabila selesai pemilihan agong Umno. Ini juga berkait rapat untuk memberikan tekanan kepada Abdullah Badawi untuk menyerahkan jawatan PM kepada Najib. Setakat ini Abdullah cuma umum tidak bertanding Presiden Umno tetapi tidak mengatakan akan mengosongkan jawatan PM.

Rakyat Malaysia diminta bertenang dan berfikir dengan waras. Kepada orang Melayu fikirlah dengan matang jangan terbakar tak tentu hala dengan sentimen yang dibakar. Memang diakui melalui banyak kajian ilmiah bahawa kaum Melayu tertinggal di banyak segi dan banyak hak Melayu telah terhakis.

Hak Melayu bukan dijamin DEB atau apa parti tetapi hak Melayu dari segi Agama Islam, Bahasa dan kaum telah termaktub dalam Perlembagaan Negara. Memang telah terhakis kerana perlembagaan yang menjamin hak Melayu ini telah beberapa kali dipinda.....yang meminda bukan keADILan atau DAP....kerana parti ini tidak pernah menikmati 2/3 kuasa dalam parlimen Malaysia. Tetapi Umno / Bn lah yang sering mendapat 2/3 kuasa dalam parlimen dan merekalah yang meminda perlembagaan yang menghakis hak bangsa..... Pemimpin Umnolah pengkhianat sebenar bangsa.

Kita bising kerana 3-4 keping papan tanda yang nak dimasukkan perbagai bahasa (termasuk bahasa jawi) tetapi bagaimana dengan perlaksanaan pengajaran sains dan matematik yang mengenepikan peranan bahasa Melayu di sekolah yang jelas melanggar akta pendidikan yang menyatakan semua sekolah dan institut pengajian tinggi seharusnya menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar (akta Pendidikan seksyen 17)

Bahasa melambangkan bangsa. Bahasa Melayu sedang hilang nilai intelektualnya. Ia sudah mula dipinggir sebagai bahasa ilmu, dalam ekonomi sudah kurang sangat ia dipertuturkan. Ia hanya menjadi bahasa pasar. Ini cukup menghina tetapi dimana pendirian PEWARIS atau pertubuhan 'pelambau perkauman' ini.

Korea Selatan mampu maju dengan bahasa sendiri, malah pelajar asing yang belajar di negara mereka dipaksa mempelajari bahasa Korea. Sebaliknya di negara kita pensyarah dipaksa bertutur dalam bahasa pelajar asing yang datang. Nilai bahasa dilihat dari jumlah pertuturnya dalam dunia. Mana kedudukan bahasa Melayu....?

Melayu ketinggalan dalam banyak segi ...? Salah siapa bukankah selama ini Umno yang berkuasa dalam negara ..... ?

11 comments:

  1. Anonymous10:05 AM

    Ini hanya pandangan penulis dan bukan semua orang berpandangan sedemikian. Pandangan ini adalah dari seorang manusia yang telah di'set'kan minda untuk membangkang dan mencari kesalahan yang berkaitan kerajaan. Bagi beliau, apa yang kerajaan buat semua salah. Kita nilailah sendiri..

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:30 PM

    Memang, sesiapa yang dah lama menyelami dunia pemikiran politiking UMNO akan segera dapat membaca arah pergerakan sesuatu isu yang diutarakan.

    Seperti isu Teresa Kok,isu Yoga, isu penjualan arak dan sebagainya. Segala isu yang disebut itu mengundang perkauman yang jika tidak dibendung akan menular menjadi wabak penyakit "merasa terancam dan tidak tenteram" dikalangan bangsa Malaysia yang terdiri dari banyak kaum ini.

    Disinilah jarum UMNO dan BN akan dicucuk, dan rakyat yang merasa terancam akan sentiasa percaya kepada formula UMNO-BN yang dicanang dan diulang-ulang dalam media utama, iaitu menyokong dan sentiasa mengundi mereka dalam pilihanraya!

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:58 PM

    Betul kata penulis. Bagaimana pembangkang boleh menukar perlembagaan sedangkan mereka tidak pernah memerintah? Jangan bakar kelambu disebabkan nyamuk. Ini bukan set minda yang pro pembangkang tapi set minda manusia yang dok atas pagar.
    Islam tak minta kita mengamalkan perkauman malah mencegahnya. Jadi tak payahlah kita ikut manusia yang bersikap sedemikian. Kalau Islam kata tak boleh, jangan kata boleh dengan disusuli perkataan TAPI.
    Tiada siapa yang akan untung kalau isu perkauman dihangatkan dan disensasikan. Takut yang kalah jadi abu, Yang menang jadi arang. Fikirlah sewajar dan sewarasnya.

    ReplyDelete
  4. Anonymous7:39 PM

    apa pun... kalau aku la.. walaupun aku ahli keadillan tapi aku peduli apa.... kalau aku dah lama pompuan cina tu aku rogol....

    apa nak takut... cina dah melampau sekarang... Bos kita saudara Anwar tu pulak asik nak backing cina lahanat.. apa nak takut.... yang mana tak betul tu bantai je laa...

    ReplyDelete
  5. Anonymous1:46 AM

    org UMNO keparat cuba laga x2 kan kaum wehh..!! pikir laa elok x2..kita hendak hidup aman wehh..bukan mau gaduh x2..korang boleh laa..duit banyak, kalo ya pun nak sokongan rakyat..guna laa akal yg beriman sikit..ubah dulu hantu x2 puaka yg duduk dalam umno tu..bukan takut x2kan rakyat..BODOH..SAMDOL..BAHALUL PUNYA TAHAP PEMIKIRAN LAA UMNO NII..aku tahu depa duk jadikan peristiwa 13 mei tu..BUAT LER PERUBAHAN BUKAN PERGADUHAN..ITU PUN SUSAH KE..?? ADEHH...???

    ReplyDelete
  6. Anonymous12:03 PM

    ini semua lakonan untuk takut2 kan rakyat. haramjadah betui perangai depa ni

    ReplyDelete
  7. Anonymous10:20 PM

    secreagent,

    aku setuju sanagt dengan hang..kalau dah pembangkang tu pembangkanglah jugak..orang maki islam/melayu pon tak pa...nak jaga Pakatan la kononnya..buka la matahati tu bard..tak kan bangsa lain pelekeh kita pon tak pa..ni bukan soal UMNO,Pas dan PKR. Kalau depa nak pijak kepala kita depa tak tanya hang parti apa.

    Bard,

    sedaq kediri la sikit..jangan taksub samapi buta hati hang tu..

    -akuanakramlee-

    ReplyDelete
  8. Anonymous10:24 PM

    haram kejadah sungguh kawan-kawan aku dalam pkr ni..agam/bangsa lebih penting dari ikut pungkoq pemimpin kita..ada ka orang maki hamun agama/bangsa kita hangpa cap haramjadah?

    parti parti jugak..org kita agama kita kena jaga, beb!

    salam

    ReplyDelete
  9. Luaskan pertimbangan..tajamkan pemikiran...lapangkan hati..tenangkan perasaan..kemudian kita pikirkan dalam2...

    Untuk apa Tuhan menjadikan manusia itu pelbagai bangsa?

    Provokasi perkauman yg telah digunapakai oleh USA pada dekad 1960an sedang diolah dan diperbaiki oleh BN...

    Sorot kembali sejarah perkauman dan taktikal provokasi USA 1960an!!!

    ReplyDelete
  10. Anonymous9:18 PM

    mcm biasa..taktik umno laknat!!
    tak terdesak sangat tu

    ReplyDelete
  11. Anonymous2:50 PM

    Soal perkauman ke ...atau soal hak sebenarnya. Cuma ada mata yang melihat hanya dari sudut sub dari hak itu secara sempit dan sendat, yakni Melayu. Memanglah di situ Melayu berhak. Usah kita keliru dan dikelirukan oleh prinsip hak ini. Hak yang termaktub.

    ReplyDelete