Thursday, November 06, 2008

GGMM tak akan berani saman kerajaan pusat kerana bakul sampahkan bahasa Ibunda

Rasa geli geleman apabila membaca berita mengenai Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) atau Young Malay Graduates Federation pada jam 2 petang, 4 November 2008 telah menyaman kerajaan DAP negeri Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang berhubung papan tanda tri-bahasa yang ingin didirikan di kawasan tapak warisan sejarah Pulau Pinang. Nik Rizman Sapian (AJK GGMM, seorang usahawan dari Kuala Lipis Pahang) telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Nik Rizman dengan diwakili oleh Sharihan Jani dari Tetuan Sahrihan & Hamdan, dengan menamakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan kedua. Seramai 200 anggota GGMM mengadakan perarakan secara aman dari Padang Kota Lama menuju ke perkarangan Mahkamah Tinggi.

Kelihatan masing masing melangkah gagah siap berselempang kuning...terjerit - jerit hidup Melayu....tetapi kesian mereka cuma alat propaganda tak lebih dari itu.

Cuma kalau sesiapa kenal 'bebudak' GGMM ini tolong sampaikan salam che'GuBard...tolong tanyakan kepada mereka adakah meletakkan tambahan bahasa di papantanda kawasan perlancongan lebih menghina bahasa kebangsaan dari menyingkirkan bahasa tersebut sebagai bahasa Ilmu dengan 'mengajar' di University dan sekolah guna bahasa Inggeris...? Kalau GGMM ini konsisten che'GuBard juga tabik ....malangnya cuma alat ikut musim dan isu.

Kebelakangan ini, selepas PRU ke 12 memang banyak timbul pejuang bangsa versi baru. Kononya kerana Melayu tertindas...... dalam satu forum yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri pernah bangun seorang budak Melayu cakap berapi api soal bangsa Melayu tetapi cakap dalam bahasa Inggeris... lepas forum ada teman yang dekat dan bertegur sapa denganya .....ya Allah...cakap Melayu tunggang langgang....

Semalam ramai rakyat Malaysia dengan poyonya merayakan kemenangan Obama sebagai Presiden Amerika.... antaranya ialah kononya ini bukti pecahnya tembok perkauman..... Obama pembawa obor politik baru..perubahan.... tetapi bayangkanlah orang yang sama juga menyumpah seranah apabila seorang bukan Melayu menggantikan sementara jawatan seorang Melayu yang korup di PKNS.


hahahahaaa..... nak guna ayat bebudak Mambau......... lu pikir la sendiri !!!!!!!!!!!!!

6 comments:

  1. Anonymous5:20 PM

    Isu papan tanda ni sepatutnya tak perlu diperbesarkan. Ia hanya isu remeh yang hanya membuang masa. Bukan maksud nak menghina tapi cukuplah... Bahasa Melayu ada kekuatan dan kepentingannya sendiri. Begitu juga dengan bahasa lain. Aapa yang kita risaukan, tindakan itu hanya mengundang makin banyak isu yang berkaitan perkauman... Kita sepatutnya menghentikan isu-isu yang boleh memecahbelahkan perkauman di negara kita... Cukuplah hanya pembangkang sahaja yang bermain dengan isu ini. Jangan kita terikut-ikut dengan mereka...

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:36 PM

    Kenape nak marah orang melayu ni ?
    sekurangnya mereka berani dengan menujukkan semangat.walau betul atau tak betul, kita harus galakkan mereka.
    Mereka berpanas berhujan macam jugak BERSIH Hindraf PEMILU Permatang Pauh dll.
    Ini kan ruang di buka luas seluas nya.Sehingga kan semua orang bolih pertikaikan 153.
    Anda pun bolih.
    Ini lah mase nyaanada nak dapat peluang berlatih untuk mengambil alih kerjaan.Ini
    baru sikit orang buat tunjuk perasan berarak sikit benor, anda dah gelabah.
    Macam mane mahu maju?
    arjuna waspada.

    ReplyDelete
  3. Salam ...terima kasih atas respon...

    secara peribadi keberanian untuk berkumpul dan menyatakan hak dihormati tetapi kenapa ia nampak sebagai isu terpilih..... ayuh saman pula kerajaan yang hina bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu....saya akan sertai GGMM untuk itu

    ReplyDelete
  4. Hehehe...Umno pun buta kayu,akronim nama parti pun daripada bahasa Inggeris, tak guna pakai langsung pun bahasa Melayu->United Malay National Organisation..

    Teringat dialog lawak Pendekar Bujang Lapok:
    "Hei Sudin,ini bacanya apa macam? bacanya!"
    "Alif Mim Nun,alif tendang wau, SARKIS!" (UMNO=Sarkis)
    "apa da sarkis!?"
    "tulisnya punya panjang, bacanya sikit!!!???"

    P Ramlee punya dah bagi makna tersirat tentang umno pada filem beliau. Lu pikirlah sendiri...rasanya mmg Umno ni parti sarkis...byk sgt haiwan2 pertunjukan di dalamnya....

    ReplyDelete
  5. Anonymous6:04 AM

    Is this the right moment to use the term : "Useful idiot"?

    Useful idiot :
    Term used to describe someone who blindly supports his or her government despite its imperialistic behavior.

    Term invented in Soviet Russia to describe people who blindly supported the likes of Lenin and Stalin while they committed atrocity after atrocity.

    ReplyDelete
  6. Anonymous3:41 PM

    inilah bebudak 'melayu' yang bangang dan kena bayar...........

    ReplyDelete