Tuesday, November 04, 2008

Rumah Pak Cik Manab mula dibina hari ini.






Ingat Pak Cik Manab, seorang tua yang tinggal keseorangan dalam rumah yang tidak layak didiami. sila klik untuk membaca lanjut

Alhamdunillah walaupun dihalang oleh Umno tetapi hari ini pembinaan rumah baru Pak cik Manab Rasul bermula. Menurut Pengarah Projek, Sdr. Yusof Tapa perbelanjaan akhir dijangka sekitar RM 3000.00 termasuk deposit bagi elektrik dan air. itu tidak termasuk bantuanbahan seperti zink dan lain lain yang sudah diterima awal.

Sebuah Yayasan bersetuju menyumbangkan minima RM1500.00 , bantuan RM200 diperolehi dari pembaca blog ini yang menetap diluar negara. RM 500.00 pula sumbangan yang dikumpul dari ahli Jawatankuasa keADILan Rembau. Kami masih memerlukan kira - kira RM800.00 lagi. Penyumbang boleh terus menghubungi NorAzizi 0123696474 untuk menyalurkan sumbangan.

InsyaAllah menjelang dua atau tiga minggu lagi Pakcik Razak mampu tersenyum tidur lena dalam rumah baru beliau.

Projek (3B) Baiki, Bersih dan Bina rumah warga emas Rembau dilancarkan oleh YB Azmin Ali di Kg.Bintongan, Rembau pada 26 Okt.2008 dalam Majlis Rumah Terbuka Eidulfitri keADILan Rembau Peringkat DUN Kota.

5 comments:

  1. Anonymous5:15 PM

    Alhamdulillah, baguslah jika rumah Pakcik Manab akan mula dibina. Keperihatianan pihak-pihak yang berkenaan harus dipuji tanpa mengira parti apa sekalipun...

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:56 PM

    InsyaAllah den ado duit lobih nanti den tolong

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:29 AM

    from mat tg bunga penang
    tahniah kepada chegu serta sahabat yg lain.semoga allah memberi hidayah,kekuatan,rezeki serta sihat selalu kepada semua yg menjayakan program jejak fakir disamping menjalankan amanah yg diberikan.

    ReplyDelete
  4. Teruskan usaha kalian, bard.

    Orang UMNO memang takut dengan kerja sosial. Duit yang dikebas bukannya nak tolong orang susah. Nak belanja mewah untuk suku sakatnya saja.

    Nak tolong pun kena ada syaratnya, tak ikhlas. Kalau begitu lebih elok menggembleng tenaga rakyat biasa. Hidup biar bermaruah. Walaupun tiada RM 200 juta terasa lebih bererti lagi dengan RM200 yang dikumpul hasil usaha jujur.

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:53 PM

    Tahniah ler cikgu... nampak-nampak nyer bertuah sungguh Pak Cik Manab sekurang kurang ditinggal anak tapi Allah tetap beri peluang Pak Cik Manab berjumpa anak muda seperti Cikgu dan kengkawan dalam PKR.

    Teruskan usaha murni cikgu saya doakan...InsyaAllah ada ringgit lebih saya akan bantu sama

    ReplyDelete