Saturday, June 30, 2007

Demokrasi ala Hadhari - halang keluar kenyataan pembangkang

dua hari lepas telah mendapat email yang mengandungi surat 'perkeliling' yang menghalang media Malaysia menyiarkan sebarang ucapan pemimpin parti pembangkang...

Thursday, June 28, 2007

Eric Chia Bebas bukti perang rasuah palsu!

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Sedang seluruh mata kini tertumpu kepada perbicaraan kes pembunuhan berprofil tinggi, Altantuya Shaariibuu yang ada kaitannya dengan Penagalisis Politik terkenal, Razak Baginda rakyat dikejutkan pula dengan pembebasan Tan Sri Eric Chia Eng Hock dari tuduhan pecah amanah melibatkan RM76.4 juta oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu.

Ramai yang terkejut dengan berita pembebasan dan pelepasan, bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd memandangkan kes tersebut adalah antara kes skandal penggunaan wang rakyat terbesar yang pernah dibicarakan.

Sudah jangka

Namun ada pihak yang pernah mencongak keputusan kes tersebut dan ianya telah dijangka bahawa keputusan akan menyebelahi Eric Chia.

Bagaimanapun persoalannya, dengan pembebasan Eric Chia ini, siapakah sebenarnya yang bersalah 'melingkup' dan meranapkan wang rakyat bernilai RM76.4 juta itu.

Penahanan Eric Chia ketika Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mula-mula memegang tampuk pemerintahan negara selepas menggantikan bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi kesan kepada sokongan rakyat pada Pilihan Raya 2004.

Penahanan Eric Chia dan Kasitah Gaddam antara 'gula-gula' yang dihidangkan Abdullah ketika cuba membina 'sokongan' rakyat yang padu memandangkan ketika Pilihan Raya Umum 1999, Umno hampir 'lingkup' akibat skandal pemecatan membabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan sokongan rakyat beralih arah kepada pembangkang.

Perang rasuah PM gagal

Mengulas pembebasan itu, Penyelia Eksekutif Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), Badrul Hisham Shaharin berkata, Abdullah yang baru menggantikan Mahathir ketika itu cuba menyakinkan rakyat bahawa kepimpinannya serius dalam perang anti rasuahnya dengan pembongkaran dan mengheret kes kes besar ke mahkamah.

"Ketika pilihan raya tersebut, saya diberi amanah mewakili KeADILan menentang Dato' Seri Mohamad Hassan (BN-Dun Rantau) (kini Menteri Besar Negeri Sembilan), saya telah menyatakan dalam kempen pilihan raya bahawa tangkapan itu hanya gula gula pilihan raya dan akhirnya tertuduh akan bebas kerana tidak cukup bukti dan kes ini akan disenyapkan," tegas Badrul Hisham.

Ketika Pilihan Raya Umum 2004 juga di bawah kerajaan yang kononya memerangi rasuah telah berlaku banyak salah laku rasuah dan seumpamanya.

"Saya sendiri cuba disogok dan laporan polis telah dibuat bersama bukti akuan sumpah pembawa wang sogokan tetapi malangnya tiada sebarang tindakan dan calon BN tersebut pula diangkat menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan,"katanya.

Pelantikan Mohamad Hassan menggantikan bekas MB Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang akhirnya tersingkir dari jawatan Menteri kerana rasuah dalam pemilihan parti tanpa dihadapkan ke muka pengadilan.

"Penolakan hakim kerana kes itu (Eric Chia) lemah menguatkan tuduhan ia hanya gula-gula menjelang pilihanraya 2004, kerana jika kes itu lemah mengapa pendakwaraya mengangkat kes itu,"tegasnya.

Kes Rafidah dan Rahim kukuh bukti tidak dibicara

Bagi Badrul Hisham, mengapa tidak didahulukan kertas siasatan yang lebih kukuh seperti kertas siasatan rasuah membabitkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Rafidah Aziz mahupun bekas Ketua Menteri melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Dua kes ini yang kukuh kertas siasatannya pernah membuat Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Noor merengkok dua tahun dalam penjara di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedahkannya, katanya.

Kes ini sebenarnya tidak akan terbongkar jika rakyat masih tunduk bisu mengiyakan perang anti rasuah palsu Kerajaan regim BN ini, kerana kes ini merupakan skandal besar yang melibatkan nama-nama besar pemimpin regim negara Malaysia.

Rakyat akan terus 'papa kedana'

"Sekarang jika Eric tidak bersalah, siapa yang harus dipersalahkan dalam kerugian jutaan wang negara.?,"soalnya.

"Sementara Peguam Negara mempunyai kepakaran mencari wang RM0.90 yang hilang atau skru sembilan batang yang hilang sehingga menyeret pesalah dipenjarakan. Takkan jumlah wang berjuta gagal untuk dicari mana punca hilangnya? Pesalah seperti Eric Chia dan Kasitah Gadam tidak pula digari dan dimasukkan kedalam lokap walaupun sekejap,"tegasnya.

Baginya jika kes-kes sebegini berahir tanpa didedahkan siapa pesalah sebenarnya, ahkirnya seluruh rakyat Malaysia negara akan 'papa kedana' jika terus berdiam diri.

Sementara itu beliau menyatakan, Gerak akan menemui PM pada 29 Jun ini jam 10.00 pagi untuk menyerahkan bukti 'sahih" dokumen yang secara jelas memperincikan penyelewengan dan salah guna kuasa yang didakwa pernah dilakukan oleh seorang Menteri Kanan Persekutuan Malaysia.

"Kita tengok apa jawab PM?,"katanya sinis.

Selagi tiada usaha serius seperti pindaan undang undang di parlimen untuk membebaskan BPR dari duduk di bawah Perdana Menteri rakyat diajak jangan percaya dengan kempen retorik anti rasuah ala Islam Hadhari ini.

Tuesday, June 26, 2007

RM 1.1 billlion untuk bina Istana baru...

30 November 2006, kenyataan selaku Eksekutif Ko ordinator GERAK telah tersiar dalam Harakah berikutan ketidaktelusan dan pembaziran wang rakyat dalam meluluskan peruntukan pembinaan Istana Negara yang baru.

Ingin tegaskan sekali lagi pertama, jangan salah faham. Kedua, usah main politik murahan.Menimbulkan isu pembinaan Istana Negara baru tidak bermaksud mempertikai hak keistimewaan Raja-Raja Melayu ataupun Yang di-Pertuan Agong.

Pengampu Barisan Nasional akan cuba mengaitkan pendedahan ini dengan sentimen anti-institusi raja atau sikap "derhaka" kepada raja!

Begitulah apa yang berlaku pada akhir November 2006 apabila Ketua Pembangkang di Parlimen, Lim Kit Siang mempertikai beberapa perkara tertentu dalam pembinaan kompleks Istana Negara, yang ketika itu dijangka menelan belanja RM400 juta yang mana Maya Maju Sdn Bhd dipilih sebagai kontraktor pembinaan.

Kit Siang semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2007 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Rakyat di Dewan Rakyat pada 21 November tahun lalu mempersoalkan: "Mengapa projek pembinaan diberi secara runding terus kepada syarikat Maju Maya Sdn Bhd?"

Malang dan sedih sekali apabila soalan seumpama itu boleh ditafsirkan sebagai mempersoalkan hal istimewa Agong. Wakil DAP Ipoh Timur itu kemudiannya meminta Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Dato' Yong Khoo Seng menjawab mengapa tender pembinaan tidak ditawarkan secara terbuka.

Itu cerita dahulu.

Berdasarkan maklumat baru, Kabinet sudahpun meluluskan kos pembinaan Istana Negara baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur itu bukan lagi bernilai RM400 juta tetapi melebihi RM1.1 bilion!

Lebih mengejutkan, kontraktor Maya Maju yang dipilih secara rundingan terus, apabila disemak dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), ia tidak tergolong pun sebagai kontraktor kelas A atau kelas B.

Soalnya, bagaimana kos boleh meningkat hampir tiga kali ganda dan berdasarkan proposal kontraktor banyak perinciannya yang tidak munasabah. Maksudnya, "harga diletakkan gila-gila", dan dipercayai akan berlaku "kebocoran" melampau untuk dana politik Umno-BN menjelang pilihan raya.

Hujah mudah para pelobi, kalau kos pembinaan kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di Putrajaya, boleh mencapai RM800 juta dan apabila dicampur kos pengubahsuaian mencecah sehingga RM1 bilion, masakan kos pembinaan Istana Negara di bawah paras itu!

Saya terkejut dengan pendedahan kos terkumpul pembinaan Seri Perdana itu kerana umum difahamkan ia hanya sekitar RM250 juta. Bagaimanapun sumber yang layak dipercayai mempertahankan mereka mempunyai maklumat ia berharga empat kali ganda daripada andaian umum.

katanya ada kisah lanjut dalam Harakah cetak.

(saduran dari tulisan Lutfi...)

Eric Chia lepas.....

Hari ini ramai yang terkejut dengan berita pembebasan dan pelepasan, Bekas pengarah urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, Tan Sri Eric Chia Eng Hock, daripada tuduhan pecah amanah melibatkan RM76.4 juta oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini.
Namun secara peribadi keputusan kes tersebut telah dijangka. Tangkapan Kes Kasitah Gadam dan Kes Eric Perwaja menjelang pilihanraya 2004 sebenarnya merupakan gula gula menjelang pilihanraya. Abdullah yang baru menggantikan Mahathir ketika itu cuba menyakinkan rakyat bahawa beliau serius dalam perang anti rasuahnya dengan pembongkaran dan mengheret kes kes besar ke mahkamah.
Namun ketika pilihanraya 2004 yang ketika itu saya diberi amanah mewakili keADILan melawan Moohamad Bin Hassan (BN), saya telah menyatakan bahawa tangkapan itu hanya gula gula pilihanraya dan akhirnya tertuduh akan bebas kerana tidak cukup bukti dan kes ini akan disenyapkan.
Ketika pilihanraya 2004 juga di bawah kerajaan yang kononya memerangi rasuah telah berlaku banyak salah laku rasuah dan seumpamanya. Saya sendiri cuba disogok dan laporan polis telah dibuat bersama bukti akuan sumpah pembawa wang sogokan tetapi malangnya tiada sebarang tindakan dan calon BN tersebut pula diangkat menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Menggantikan Abdul Isa Samad yang akhirnya tersingkir jawatan menteri kerana rasuah dalam pemilihan parti tanpa dihadapkan ke muka pengadilan.
Penolakan hakim kerana kes itu lemah menguatkan tuduhan ia hanya gula gula menjelang pilihanraya 2004, kerana jika kes itu lemah mengapa pendakwaraya mengangkat kes itu. Mengapa tidak didahulukan kertas siasatan yang lebih kukuh seperti kertas siasatan rasuah Rafidah Aziz mahupun Rahim Thamby Chik yang pernah membuat Ezam merengkok dua tahun dipenjara kerana mendedahkannya.
Kes ini sebenarnya tidak akan terbongkar jika rakyat masih tunduk bisu mengiyakan perang anti rasuah palsu Kerajaan regim BN ini, kerana kes ini merupakan skandal besar yang melibatkan nama - nama besar pemimpin regim negara Malaysia.
Sekarang jika Eric tidak bersalah, siapa yang harus dipersalahkan dalam kerugian jutaan wang negara. Peguam negara juga terbabit dalam melindungi penjenayah....mereka mempunyai kepakaran mencari wang RM0.90 yang hilang atau skru 9 batang yang hilang sehingga menyeret pesalah dipenjarakan. Takkan jumlah wang berjuta gagal untuk dicari mana punca hilangnya.....? Pesalah seperti Eric Chia dan Kasitah Gadam tidak pula digari dan dimasukkan kedalam lokap....walaupun sekejap.
Seluruh rakyat Malaysia negara akan papa kedana jika terus diam diri. GERAK akan menemui Perdana Menteri serah bukti 'sahih' dokumen yang secara jelas memperincikan penyelewengan dan salah guna kuasa yang didakwa pernah dilakukan oleh seorang Menteri Kanan Persekutuan Malaysia. Kita tengok apa jawab PM ?
........................................................
Pengerusi Gerakan Demokrasi & Anti Korupsi (GERAK) saudara Mohamad Ezam Mohd Nor akan menyerahkan dokumen berkaitan rasuah dan salahguna kuasa membabitkan seorang menteri kabinet Malaysia kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Badawi pada 29hb Jun 2007 di pejabat Perdana Menteri Malaysia, Putrajaya.

Sehubungan dengan itu, satu majlis media akan diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 29hb Jun 2007
Masa : 10.30 am
Tarikh : Pintu Masuk Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Putrajaya

Sunday, June 24, 2007

Nami island - Winter Sonata












Jumaat dan Sabtu lepas ke Nami Island tempat pengambaran filem Winter Sonata bersama aktivis 'PEACE' Korea....cuma upload beberapa keping gambar, IsyaAllah esok selepas kelas akan cuba tulis sesuatu...... salam!

Bestari (dulu SMART) tak boleh atasi bajir kini retak !

Rakyat benar - benar keliru kini. 17 Jun lepas dalam satu kenyataan dalam Berita Minggu Pengarah Bahagian Tebatan Banjir JPS, Datuk Abd Rahim Kaparawi yang berjanji mengani Kuala Lumpur tidak akan banjir lagi selepas tahun depan, kenyataan ini menenangkan sedikit rakyat Kuala Lumpur yang dalam kemurungan kerana ditimpa musibah berganda iaitu banjir besar dan yang kedua pengumuman harga tol SMART yang tinggi.
Namun rakyat pelik kerana selepas kenyataan Pengarah bahagian Tebatan Banjir itu terus esoknya dan beberapa hari berikutnya Ketua Pengarah JPS menyatakan SMART dan beberapa projek tebatan banjir hanya boleh mengurangkan banjir dan itupun belum pasti. Manakala di peringkat Menteri dan Kerajaan tempatan seperti DBKL pula menyatakan projek tebatan banjir tidak boleh atasi banjir kerana peruntukan belum cukup dan menuntut kabinet meluluskan pertuntukan lebih besar selepas mendapat peruntukan segera kecemasan sebanyak RM100juta selepas banjir.
Rakyat perlu buka mata RM100juta diperuntukkan oleh Regim BN kepada pengendali-pengendali yang gagal melaksanakan tebatan banjir tetapi rakyat yang malang dilanda musibah banjir mendapat apa?
Beberapa hari lepas sekali lagi gempar apabila Ahli Parlimen Cheras mendedahkan bahawa terowong bestari (ditukar nama dari smart untuk alih perhatian rakyat kerana kegagalan alih air banjir) yang dibina begitu mahal dengan wang rakyat dan diserahkan kepada sebuah syarikat untuk menikmati kutipan tol yang tinggi kini sudah retak. Namun seperti biasa penafian segera dibuat oleh Regim BN yang kali ini disuarakan oleh Ketua Pengara JPS.
Regim BN ini akan terus bersandiwara kerana tidak langsung merasa tergugat kerana mereka yakin akan terus berkuasa atas dua sebab besar. Pertama proses demokrasi yang pincang (penuh penipuan) dan kedua rakyat Malaysia yang mandul dari aspek menuntut hak sendiri.

Thursday, June 21, 2007

Jika BN berani umum tarikh pilihanraya paling kurang 6 bulan awal !

Cakap - cakap mengenai pilihanraya semakin panas dan menjadi - jadi kini. Petang semalam dalam satu perbincangan meja bulat yang diadakan di salah sebuah university di Seoul telah membincangkan mengenai demokrasi di Asia.

Perbincangan dwi bulanan ini mengumpulkan aktivis 'penganalisis' politik muda dari beberapa negara di Asia telah dianisiatifkan oleh sebuah badan perkumpulan media bebas yang berpusat di sini.

Petang semalam saya telah dijemput untuk menjadi sumber tidak rasmi (sumber alternatif) mengenai demokrasi di Malaysia. Saya telah hadir selaku Eksekutif Ko Ordinator
GERAK. Ramai yang terkejut apabila saya membentangkan mengenai status demokrasi di Malaysia.

Sememangnya Malaysia merupakan juara dalam banyak segi di mata dunia. Contohnya ramai melihat Malaysia juara dalam mengkritik kuasa besar Amerika tetapi ramai yang tidak mengetahui kerajaan Malaysia ialah satu - satunya kerajaan yang memukul wanita dan kanak - kanak kerana berdemontrasi secara aman di depan kedutaan Malaysia. Ramai yang tidak mengetahui bahawa
kerajaan Malaysia terpaksa merasuah Heritage Foundation sebuah badan pelobi yahudi semata mata mahu merialisasikan pertemuan Presiden UMNO dan Presiden Amerika untuk menjernihkan suasana selepas keceluparan Presiden UMNO yang menyampaikan ucapan yang berbau perkauman dalam Perhimpunan Agong Umno.

Dalam bab kebebasan media yang menjadi nadi kepada Demokrasi, Malaysia gagal sepenuhnya. Mereka pelik bagaimana sebuah parti politik tidak dibenarkan menerbitkan akhbar mereka dan bagaimana pemerintah menguasai media. Bukan sahaja RTM dipergunakan sepenuhnya tetapi syarikat berkepentingan parti pemerintah seperti Media Prima, Utusan, Huaren Holding, Astro (milik Ananda yang dikenali sebagai kroni pemimpin politik) termasuk akhbar berbahasa Tamil yang dikawal MIC.

Parti Politik bukan pemerintah tidak diberikan ruang untuk menerangkan manifesto dan arah perjuangan mereka. Majoriti rakyat hanya mendapat maklumat dari apa yang telah ditetapkan pemerintah. Perbagai undang - undang digunakan untuk mengawal media seperti akta mesin cetak dan banyak lagi.

Ramai yang tersenyum malah ada yang terlopong dan mengeleng-gelengkan kepala, sepanjang sejam pembentangan tersebut. Saya juga sempat bercerita bagaimana pengalaman saya cuba dirasuah oleh calon BN dalam PEMILU 2004 dan calon tersebut kini sedang Menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Ada cukup bukti, pengakuan bertulis, gambar dan seumpamanya namun pihak berkuasa tidak berbuat apa-apa.

Dan kemuncaknya demokrasi Malaysia menjadi bahan ketawa apabila saya menjawab satu soalan mengenai persedian parti pembangkang menghadapi pilihanraya. Saya menjawab kami bersedia berdasarkan mimpi ilham Perdana Menteri. Setakat ini Perdana Menteri kami mungkin tiada masa nak bermimpi kerana baru beristeri.

Thailand yang dibawah Junta Tentera pun tahu lunas demokrasi. Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand (EC) semalam telah mengumumkan 25 Disember sebagai tarikh pilihanraya. Tetapi Perdana Menteri Malaysia 12 Julai lalu dalam Muzakarah Imam-Imam Peringkat Kebangsaan 2007 di Universiti Kebangsaan Malaysia menjawab "Sekarang Ekonomi baik...saya pun sudah kahwin....maka akhbar tanya tarikh pilihanraya..." dan Perdana Menteri menyambung "Belum ada ilham".....

Rakyat Malaysia seharusnya memahami, sedar dan malu dengan demokrasi dan pilihanraya Malaysia menjadi bahan ketawa ....... Dengan demokrasi yang pincang maka regim yang ada yakin akan terus kekal berkuasa maka mereka tidak pernah takut untuk membazirkan wang rakyat, mengamalkan rasuah kerana mereka tetap akan menang pilihanraya....

Menjelang pilihanraya pemimpin regim pemerintah sibuk mengeluarkan kenyataan bahawa regim mereka kuat dan tetap mendapat sokongan penuh rakyat. Banyak yang pincang dalam perjalanan demokrasi Malaysia tetapi cabaran pertama buat Regim BN jika benar berani isytihar tarikh pilihanraya sekurang kurang 6 bulan awal.....pasti kami anak anak muda progresif sedia tunjukkan jalan keluar dari Putrajaya !

Sunday, June 17, 2007

Bukan melayu boleh sertai UMNO - Bernama

Dari jam 11 pagi tadi mengadap komputer di University menyiapkan 'term paper' untuk subjek Feminism. University yang sunyi tak ada orang menyebabkan bosan dan mengantuk. Masej melalui YM dari Era yang kadang kadang mencelah kena dilayan (nanti tak layan merajuk hehehe)...tapi banyak membantu untuk terus duduk kekal didepan komputer membuat kerja.. Era umpama translator setia ..tanpa Era tak tahulah macam mana nak mendepani semua kerja - kerja ini dengan tahap English aku yang 'Internationale' .... cuma perit sikit nak terjemah ke 'Hanggul'..................
6.15 petang rasa lapar lalu terus masak mee segera. Lepas makan mee segera mengantuk pula. lalu terus 'on' internet line. Baca Berita Harian Online.
Terkejut sungguh bagaimana seorang Pengarah Bahagian dapat beri jaminan tersebut sedangkan Ketua Pengarah JPS sendiri tak beri apa - apa jaminan dan hanya mampu segera tukar nama SMART ke Bistari sahaja. Nak ucap syabas kepada Datuk Abdul Rahim dan harap orang Kuala Lumpur simpan secermat mungkin keratan akhbar ini dan bila banjir tahun depan buat sup keratan akhbar itu bagi Datuk Abdul Rahim makan. Tambah lebih sikit lada hitam buat pemanas badan.
Dan tiba tiba baca satu berita aku terkejut. Berita yang diambil dari Bernama yang menyatakan bukan melayu boleh jadi ahli UMNO.
Pelik dan cuba imbau kenangan membaca buku perlembagaan Umno milik ayahanda Shaharin ketika dia kuat dengan Umnonya sikit masa dahulu. Seingat ahli Umno hanya terbuka kepada orang Melayu.
dipeturunkan petikan dari berita tersebut
------------------------------------------------
Sementara itu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah hari ini turut menerima kad keahlian pada majlis pelancaran kad itu. Pada sidang media selepas majlis itu, Abdullah yang ditanya mengenai kawasan keanggotaan Jeanne berkata isterinya adalah anggota Umno kawasan Bertam, Bahagian Kepala Batas.
-----------------------------------------------
Kita tidak pernah diberikan latar belakang penuh isteri baru PM. Setahu ramai rakyat Malaysia ialah beliau merupakan wanita bukan Melayu yang memeluk Islam setelah mengahwini adik Allahyarham DS Endon Mahmood.
Jadi lumrahnya ibu dan bapa Jeanne bukanlah orang Melayu. Jika kedua-dua mereka bukan Melayu tentulah beliau tidak boleh dianggap Melayu. (bagaimanapun anak-anak beliau layak menyertai UMNO kerana salah seorang ibu bapa mereka adalah Melayu).
Jika dengan hanya memeluk Islam boleh menyertai UMNO maka mengapa dinafikan hak Cina Muslim dan India Muslim untuk sama menyertai UMNO? Perkahwinan seseorang bukan melayu dengan orang melayu tidak menjadikan beliau diiktiraf sebagai Melayu.
Dengan penerimaan Jeanne Danker Abdullah sebagai ahli Umno maka adakah Umno akan kekal menjadi parti Melayu ? Apa beza status Jeanne dengan Presiden Kimma yang memohon masuk Umno dan tidak layak maka tidak mahu masuk MIC lantas menubuhkan Kimma........ ?
Kedua menurut sumber Jeanne juga telah bertukar pusat mengundi ke pusat mengundi yang sama dengan Abdullah, (bagaimana dia boleh tukar pusat mengundi ? sudahkah dia menukar alamat di mykadnya..) dan jangan pelik jika pilihanraya diadakan dalam masa terdekat ini sekalipun pasti Jeanne akan mengundi di pusat yang sama Abdullah mengundi kerana Malaysia Boleh !

Saturday, June 16, 2007

cheGuBard sokong kerajaan (BN) ?

6.30 petang tadi satu email telah menerjah ke mail box chegubard@gmail.com. email tersebut datangnya dari seorang teman guru bekas pelatih MPRM. Lama sudah tidak berhubung dengannya. Dia bertanya khabar dan mengatakan dia selalu mengikuti perkembangan perbagai isu dalam chegubard.blogspot.com ..... dan kemudian dia sertakan satu link website Kementerian Perumahan dan Perajaan Tempatan. Link tersebut menganduni keratan akhbar yang sememangnya sudah 'dikerat'.
Berita dari The Malay Mail itu panjang tetapi di kerat dan cuba ditekankan ialah keADILan sokong tindakan kerajaan.......
Selepas membaca email tersebut dan terus pergi melihat link tersebut...... che'GuBard hanya mampu tersenyum.....(perbagai usaha nak menipu...)
dan satu lagi link yang dikepil bersama email tersebut melebarkan lagi senyuman, kerana mengimbau kenangan ketika menjadi guru...... rindu rasanya mengajar di sekolah.
Kempen kitar semula yang membawa Sekolah Kebangsaan Mambau mendapat liputan perbagai akhbar ketika itu. Dan kesan yang paling nyata ialah selama sebulan kempen berjalan seluruh Mambau tin aluminium, kertas akhbar lama dan semua yang boleh dikitar semula tidak selamat dari dikumpulkan oleh murid - murid.

Menteri Malaysia kaya raya tapi rakyat ...?

Hampir semua program peringkat Master di University ini dijalankan dalam masa dua tahun kecuali program MAINS yang saya sedang ikuti ini hampir semua kurikulum dua tahun dipadatkan dalam masa satu tahun.

Oleh itu cuti musim panas bagi pelajar lain antara satu - dua bulan tetapi kami hanya bercuti dua minggu. Cuti dua minggu ini di manafaatkan dengan perbagai pertemuan dengan aktivis muda di rantau ini. Beberapa siri pertemuan telah diadakan dan dirancang untuk bertemu secara personal mahupun menyertai program bersama. Namun dua kertas kerja untuk subjek Korean Society and Its Change juga Feminism and Women's Movements in Asia masih memeningkan kepala.

Laptop yang rosak telah memeritkan lagi, nasib baiklah ketika cuti ini university ibarat kuburan yang tenang. Maka tidak perlu berebut dengan pelajar lain untuk menggunakan komputer sementara dua tiga minggu ini.

Untuk subjek Feminism and Women's Movements in Asia, aku telah memilih tajuk Malaysia : Women and Syariah Law. Tajuk ini dipilih dan bertukar saat akhir kerana dua minggu lepas selepas membentangkan mengenai Women and Human Trafficking : Malaysia is a good transit, ramai antara audien termasuk Prof. Dr. Hur telah bertanya soalan yang tidak termasuk dalam tajuk pembentangan. Soalan nampaknya lebih kepada undang undang syariah dan kononya kezaliman terhadap wanita di Malaysia. Ada audien yang meminta saya menjelaskan mengenai kes Lina Joy juga.

Maka saya telah membuat keputusan membuat kertas semester ke dua (walaupun kehendak kursus cuma satu, maka Prof. Dr. Hur boleh bagi gunakan yang mana dia rasa lebih menarik). Moga dengan usaha ini dapat menjelaskan sedikit ketidak fahaman mengenai perkara perundangan islam sehingga melihat Islam sebagai agama menginaya wanita.

Persoalanya atau krisisnya bermula dari cara menterjemahkan Islam sebagai caa hidup itu sendiri ada yang tidak kena. Contohnya di Bangladesh (menurut teman dari Bangladesh) wanita tidak dibenarkan memasuki dan sembahyang di kebanyakan Masjid. Sudah tentu jika ini diterjemahkan terus oleh bukan Islam sebagai penindasan terhadap wanita. Banyak perkara berkaitan agama sebenarnya bukan terjemahan agama semata tetapi telah bercampur dengan terjemahan adat dan lebih parah sentimen personal termasuk jemaah setempat mempengaruhi terjemahan Islam sebagai Addin itu.

Dalam perkara ini saya bersependapat dengan banyak pihak yang membuka meja perbincangan dan forum. Dalam era globalisasi ini Islam perlu terus unggul menongkah arus bukan dilihat sebagai agama 'tertutup'. Setiap hukum dan pengamalan perlu sedia dihujahkan. Tetapi semua ini perlu dibuat secara berhati hati, yang berhujah wajib dikalangan ahli. Masalahnya kini ialah semua berhujah berdasarkan akli dan logika akal cetek mereka semata - mata.

Interaksi antara agama harus digalakkan dengan syarat harus dimulakan dengan rasa hormat dan faham keadaan terlebih dahulu.

Amat bernasib baik rasanya semasa bertolak tempoh hari kebetulan terbawa sekali buku undang-undang keluarga Islam Selangor yang dapat ketika Kursus Perkahwinan tempoh hari. Maka ia rujukan penting mengenai enekmen undang - undang Islam.

InsyaAllah semoga usaha amat kecil ini dapat sedikit mempertingkatkan fahaman manusia kalau bukan di university ini tetapi sekurang kurangnya dikalangan penuntut MAINS mengenai ISLAM sebagai addin.

Cuma nak selit sikit ketika mencari bahan dalam internet mengenai penceraian tiba - tiba ketemu dengan keratan akhbar mengenai
seorang menteri yang menceraikan isterinya dan membayar RM 50 juta sebagai 'pampasan'.

International Herald Tribune 19 Oktober 2006 melaporkan Efendi Nornawawi, 56 menceraikan isterinya Farida Efendi, 55 dan mahkamah menetapkan dia membayar RM 50 juta kepada isterinya kerana penceraian itu.

Bayangkan RM50 juta untuk bercerai maka berapa jumlah harta yang beliau ada ? Itu baru seorang Menteri biasa yang tidak popular kerana rasuah....Bagaimana dengan seorang menteri yang kaya raya kerana rasuah dan salah guna kuasa tetapi tidak membayar bil telefon dan tidak pula dipotong bilnya oleh Telekom ?

Rakyat terus mengais tetapi mereka terus kaya raya.......

Friday, June 15, 2007

penjara kerana curi 10 skru / 90sen

Membaca Harian Metro online hari ini menyentak hati. Seorang pencuci kereta di hukum penjara 13 bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku salah mencuri 10 batang skru besi milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
Bukan mahu membela perbuatan jenayah. Tetapi hati agak tersentak apabila membaca rayuan A Vijaya Kumar, 29.
“Saya tinggal bersama tujuh adik beradik dan memberi sumbangan besar pendapatan kepada keluarga. Saya mencuri barangan terbabit disebabkan mengalami kesempitan hidup,” rayunya kepada Majisterit.
Sememangnya ada rekod jenayah sebelum itu dan jika dia benar bersalah dia harus dihukum. Tetapi melalui kes ini rakyat perlu buka sedikit mata hati kita.
Pendakwa raya dihadapan majisteret menyatakan “Perbuatan mencuri 10 batang skru besi milik Syabas menyebabkan syarikat terbabit mengalami kerugian besar akibat dari tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini. Disebabkan tertuduh tidak insaf perlu diberikan hukuman setimpal.”
Syabas yang mendapat keuntungan berbilion setiap tahun menjual air yang diturunkan tuhan. ( Nota ; Walaupun Malaysia berlebihan air sehingga banjir namun air tetap mahal dan malah kadang kala air tidak mencukupi - itu maknanya kerajaan (BN) dan syarikat kroninya gagal menguruskan sistem pengairan air negara). Dengan hanya kehilangan 10 skru pendakwa raya menyifatkan Syabas telah kerugian besar.
Apakah pendakwaraya atau pejabat Peguam Negara hanya celik apabila kerugian itu ditanggung oleh syarikat (baca; golongan kapitalis) kroni kerajaan yang sememangnya sudah mewah dan lelap apabila kerugian itu menimpa rakyat yang sedia susah.
Laporan kedua hari ini ialah seorang remaja tingkatan empat dihantar ke Sekolah Pemulihan Henry Gurney kerana bersalah mencuri 90sen walaupun itu kesalahan pertamanya.
Mana pendakwaan rasuah yang berjuta malah berbilion (sehingga kini rasuah Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik di senyapkan). Apa tindakan mereka apabila kerugian menimpa rakyat seperti apabila projek SMART (dah tukar nama ke Terowong Bestari untuk perbodoh rakyat) gagal ?
Siapa mahu tanggung kerugian satu juta yang dialami oleh dua sekolah kerana Smart yang gagal ? atau siapa yang mahu ambil tanggungjawab untuk tanggung anggaran awal 50 juta kerugian peniaga kecil di Kuala Lumpur yang memang sedia dari awal bertarung untuk menyara hidup ?


Yang pasti selepas gagal rakyat terus derita tetapi kerajaan (BN) akan terus menimmatinya kerana syarikat kroni akan terus menikmati kontrak baru, apabila kabinet meluluskan pengeluaran wang negara (Nota ; wang negara ialah wang kita yang dikutip dari cukai , saman dan sebagainya. Malah jagi menteri juga datangnya dari wang kita).

Rayuan....bukalah mata wahai rakyat tercinta.

p/s : di Kuala Lumpur banyak peniaga terpaksa menjual barangan yang sempat diselamatkan dari banjir dengan 1/2 harga.....mungkin ini yang dimaksudkan kempen turun harga oleh Safie Apdhal... dan aman janji krajaan barang tidak akan naik...baca laporan Berita harian hari ini.

Thursday, June 14, 2007

RM100 juta tambahan untuk atasi projek gagal ?

Terkejut membaca berita di akhbar Malaysia hari ini yang melaporkan pengumuman mengenai kabinet (BN) telah memuluskan RM 100 juta lagi wang negara untuk menampung kegagalan Kerajaan (BN).
Menurut Menteri Wilayah, Datuk Zulhasnan Rafique pertuntukan segera kabinet itu untuk membina 10 lagi kolam takungan segera.
Persoalanya kini ialah
  • siapa yang untung dari kelulusan RM 100 juta itu ?
  • bagaimana dengan janji kerajaan sebelum ini dan pembaziran berbilion wang rakyat untuk kononnya mengelakkan banjir ? Ia hanya projek gagal siapa harus bertanggungjawab ?

Apa yang berlaku sebenarnya ialah apabila pembangunan tidak dirancang dengan teliti dan bertanggung jawab. Sistem peparitan yang tidak efisyen. Ini berlaku kerana kerajaan pusat tidak takut kepada rakyat. Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab kepada rakyat kerana mereka dipilih oleh pemimpim politik bukan oleh rakyat. Maka rasuah, salahguna kuasa, pembaziran dan bekerja sambil lewa terus menerus berlaku. Pilihanraya kerajaan tempatan diharamkan kerana kerusi kerajaan tempatan pernah dikuasai oleh bukan BN.

Sehingga kini tiada seorang pun tokoh politik (BN) mahupun sesiapa dari pihak kerajaan yang memohon maaf dan mengambil tanggungjawab terhadap kesengsaraan rakyat dan pembaziran wang yang banyak untuk projek yang gagal.

Malah berita hari ini cukup mengecewakan apabila kerajaan (BN) meneruskan kesombongan mereka, menangani keadaan dengan terus membazirkan wang rakyat.

Kerajaan (BN) nampaknya seperti sudah terlalu tua dan nyanyok di puncak kuasa, mereka yakin tiada kuasa mampu mengalihkan mereka dari kekuasaan. Mereka sudah pasti tidak akan belajar apa - apa dari kejadian banjir SMART Kuala Lumpur ini. Cuma harapnya rakyat yang sedang dihimpit dapat mempelajari sesuatu.......

Diberitakan ada dikalangan peniaga bumiputera sudah terpaksa meminjam along untuk membayar hutang perniagaan yang sememang sudah sedia tertunggak. Dan kini mereka terpaksa merangkak - rangkak....Sehingga kini tiada pemimpin yang sudi melawat mereka..... jangan khuatir jika kerajaan mula rasa sokongan melemah mereka akan turun dan beri bantuan dari wang rakyat juga ..... maka akan timbullah rasa bersyukur yang melampau dari jiwa khususnya Melayu.....

Fikirkanlah......

berita berkaitan di harakahdaily

update jam 7ptg (waktu Seoul) - satu lagi propanganda kerajaan untuk mengalihkan isu dengan menukar nama dari terowong SMART kepada Terowong Bestari. Inilah cara kerajaan (BN) menyelesaikan permasalahan dengan mengalihkan isu. Abdullah (PM) segera lawat Bilik Gerakan Banjir (bukan mangsa banjir) dan arah semua kena cepat - cepat tapi yang paling cepat ialah tukar nama Terowong dengan harapan orang lupa nama Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (Smart). Bestarilah kerajaan BN ..... rakyat terus melopong !

Wednesday, June 13, 2007

SMART yang menyerlahkan ke'sengal'an kerajaan

Kerajaan sentiasa bermegah dengan projek mega yang membazirkan wang rakyat. Rakyat yang terbazir wangnya dipaksa dengan segala macam propaganda untuk turut bangga dengan segala macam projek-projek raksaksa 'mega death' itu.
Masih tengiang di telinga apabila mula mengumumkan dan melancarkan projek terowong yang dipanggil SMART, kerajaan di bawah Barisan Nasional memaksa rakyat untuk bangga dengan projek yang pertama seumpamanya di dunia. Maka selepas pengumuman projek tiap kali berlaku banjir kilat penduduk Kuala Lumpur yang termusnah harta benda mereka ditenangkan dengan ungkapan, sabar apabila projek SMART siap banjir ini dapat diatasi. Maka harapan rakyat yang menggunung untuk menikmati hidup bebas banjir kilat telah meredhakan hampir RM 2 billion duit poket mereka untuk menebuk terowong - SMART.
Malah secara peribadi saya sendiri pernah mengubat sakit hati ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya selepas Plaza Tol (PLUS) Sg. Besi dengan cuba percaya dengan papan tanda yang tertulis maaf kerja kerja pembinaan sedang dijalankan. kepayahan masa kini kesenangan di masam hadapan. Saya cuba percaya bahawa masa depan tentu lebih 'ok' lepas SMART itu siap. Perjalanan ke pusat bandar akan lancar. Kepercayaan saya ini rasanya di kongsi oleh majoriti yang lain. Dan kepercayaan inilah yang menghalalkan pembaziran RM 2 billion wang kita yang akan disambung dengan berbiliion yang lain melalui rompakan tol SMART.
Malangnya terowong yang dilancarkan baru baru ini menghampakan rakyat dari semua segi.
Terowong itu gagal untuk menyelesaikan kesesakan lalu lintas menurut surat pembaca yang disiarkan di Utusan Online ZAMER RIZAL OSMAN dari Puchong mendedahkan bahawa pembukaan terowong itu tidak mampu sama sekali menyelesaikan kesesakan lalu lintas malah di beberapa tempat keadaan menjadi lebih parah.
Pembelanjaan membeni terwong tersebut pula di lihat agak tidak munasabah kerana dengan spesifikasinya yang bersyilling rendah ia hanya mampu dilalui oleh kereta dan teksi sahaja. Malah penganugerahan konsesi tol sehingga tahun 2045 pula dan perjanjian yang membenarkan beberapa siri kenaikan amat tidak munasabah dan dilihat hanya menguntungkan pemilik konsesi.
Setelah dibuka ternyata terowong ini gagal setelah dua kali diuji dengan 'kuasa alam'. Banjir teruk malah keadaan lebih parah dari kebiasaan. Kekecewaan orang ramai ini bertambah apabila Menteri Kerjaraya seperti tidak sabar mengumumkan kadar Tol RM 2 hanya untuk jarak 9km. Belumpun sempat peniaga kecil seperti di Jalan Masjid India selesai mencuci lumpur dan mengira kerugian mereka Samy Vellu sudah mengumumkan keizinan untuk satu lagi kapitalis mencuri wang rakyat dari Terowong yang dibina menggunakan wang rakyat sendiri.
Terowong dibuka banjir berlaku lebih teruk, maka seribu satu alasan dikeluarkan dan disiarkan oleh media tempatan untuk cubaan terus menipu rakyat. Ketika banjir kali pertama selepas SMART dibuka maka dikatakan yang SMART belum siap sepenuhnya maka perlu ditunggu bulan Julai baru terowong air boleh dipakai. Dengan pengumuman ini nampak sangat kerajaan menganggap rakyat Malaysia semuanya pelupa. Bagaimana dengan kenyataan bangga ketika pembukaan terowong SMART dengan bangganya selain dari ia projek pertama seumpamanya di dunia ia mampu disiapkan mengikut jadual....
Kenyataan tarikh siap ini berbeza beza ada yang menyatakan Julai dan ada yang mengatakan Ogos. Itu tidak mengapa....maknanya mungkin dua - tiga minggu berbeza.
Pagi selepas banjir itu Perdana Menteri terus berkejar bersama isterinya yang pernah menjadi adik iparnya satu ketika dahulu untuk melawat bilik gerakan. Maka satu taklimat diberikan kepada Perdana Menteri dan isteri barunya mengenai banjir di Kuala Lumpur. Selepas taklimat itu Abdullah seperti tidak paham apa dan cuba buat - buat paham apabila cuba menyalurkan aura prihatinya kepada rakyat selaku pengasas Islam Hadhari dengan menggesa supaya digunakan semua sumber yang ada untuk dipercepatkan apa yang patut.
Kenyataan bertaraf ketua kampung ini akhirnya ditempelak oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Paduka Ir. Keizrul Abdullah yang menyatakan bahawa semua projek hanya boleh disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan kalau boleh cepat pun mungkin seminggu awal dari dijadualkan.
Kenyataan ini membuktikan betapa tidak hormatnya rakyat Malaysia dalam melihat kenyataan Abdullah. Bayangkan jika Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri jika beliau memberikan sesuatu kenyataan sudah tentu tiada menteri yang berani mengulas untuk menafikannya secara terbuka. Tetapi Abdullah tidak perlu tunggu menteri tetapi hanya seorang Ketua Pengarah mampu 'menyikat' kenyataan Abdullah dalam tenang mungkin kerana bosan dengan ketidak fahaman Abdullah terhadap isu dan hanya bercakap benda yang terlintas dipemikiranya yang setaraf ketua kampung.
Dalam kenyataan Ir Keizrul yang disiarkan utusan hari ini lebih mengejutkan apabila dia mengakui dan minta rakyat membetulkan presepsi mereka terhadap projek SMART. Katanya SMART tidak mampu mengatasi masalah banjir dan projek tebatan banjir Kuala Lumpur hanya akan siap Ogos 2009.
Kerajaan (BN) ini akan keluar dengan seribu satu lagi propaganda yang menghalalkan rompakan wang kita. Peniaga kecil, kakitangan kerajaan, pekerja kilang, buruh biasa dan kita semua ini membanting tulang....dapat gaji hujung bulan hanya cukup cukup untuk perbelanjaan keluarga sedikit untuk keluarga di kampung itupun jika ada lebih. Peniaga kecil di Kuala Lumpur selepas banjir dilanda kerugian, kerajaan (BN) akan turun dalam sikit masa lagi (itupun kalau mereka mula takut untuk hilang undi menjelang PEMILU) untuk memberikan sedikit 'wang ikhsan' yang datang dari duit cukai kita juga.
Dalam pada masa itu sekelompok pemimpin negara dan bersekongkong dengan kapitalis (pemodal) besar terus menikmati hasil rompakan wang negara (duit cukai, tol, saman dan sebagainya yang kita bayar). Anak mereka tiap kali cuti sekolah akan pasti bercuti keluar negara. Mereka menghantar anak - anak mereka di sekolah terbaik, berlatih komunikasi bahasa Inggeris di Amerika, Australia kalau tidak pun di England sedangkan anak kita hanya kita mampu sajikan dengan pusat tusyen kelas sederhana (itupun setelah berjimat gila - gila).
Maka anak mereka ini akan terus mewarisi 'kepandaian' keturunan mereka untuk terus memeras dan kaya raya maka anak - anak kita akan terus mewarisi 'kepandaian' keturunan kita untuk terus jadi mesin kepada kerajaan (BN) bekerja setiap hari habiskan wang membayar itu dan ini. Rayuan kepada bangsa Malaysiaku fikirkan lah........... RM 2 Billion pembaziran untuk SMART ini sbenarnya kecil jika dibezakan dengan banyak lagi pembaziran MEGA kerajaan (BN) tetapi ia menguji kemana Bangsa ini mahu pergi !
SMART gambarkan ke'sengal'an kerajaan (BN) atau ke'bebal'an rakyat ?
oleh :
cheGuBard, Korea Selatan.
11.00 pagi, 13 Jun 2007

Selamat lahir....KLPos

di bawah ini di siarkan kenyataan yang di email oleh satu pengendali laman baru. Semoga kehadiran laman ini dapat mempertingkatkan lagi kadar efesiensi penyebaran maklumat di kalangan rakyat.
ADA BEBERAPA soalan ketika kami ingin memulakan klpos.com ini. Pertama konsep, kedua komitmen dan ketiga dana. Ketiga-tiganya amat berkait apabila kita bercita-cita tinggi untuk mewujudkan satu lagi media alternatif di alam maya ini. Tuan yang membaca, sudah pasti akan hilang keghairahannya jika laman ini hanya bersifat 'copy' dan 'paste' daripada laman-laman yang ada.

Sementara mahu mencipta laman yang benar-benar tulen isinya memerlukan komitmen dan dana yang bukan sedikit, sementelah kami hanyalah penganggur yang punya segunung mimpi.
Kami duduk dan berbincang. Berkali-kali. Bersama puluh barangkali ratus gelas teh tarik dan halia O, hanya untuk mendiskusikan perihal konsep, komitmen dan dana.
Berapa banyak masa yang tumpah hanya untuk melihat mimpi sang penganggur menjadi nyata. Mujur ia masa milik penganggur.

Dan pada akhirnya, ketika Tuan sedang membaca laman ini, hari ini dan detik ini, mungkin wang dari keuntungan teh tarik mamak yang kami minum hanya untuk berbincang tentang konsep, komitmen dan dana itu telah selamat tiba ke India. Begitulah lamanya berbincang.
Pun begitu syukur, ia telah menjadi kenyataan.

Kami tidak menjanjikan banyak. Dari segi konsep, kami tumpukan kepada tiga perkara asas dalam kehidupan sehari-hari rakyat Malaysia. Pertama politik, kedua hiburan dan ketiga sukan.
Apa membezakan kisah politik kami dengan laman seperti Malaysiakini misalnya, tidak banyak, cuma kami lebih tumpukan kepada khabar angin (spekulasi). Ini kerana dalam politik Malaysia khabar angin selalunya benar.

Hiburan kami fokus tentang gosip. Kerana itulah yang adik, akak di pejabat baik di rumah selalu bualkan. Gosip seringkali menjadi topik menarik untuk memulakan perbualan samada pagi, petang atau malam.

Sukan. Kami pilih bolasepak. Sukan dengan lebih tiga per empat penduduk dunia ini gilakannya. Dan untuk mengecilkan skopnya, kami tumpukan kepada berita sukan Liga Perdana Inggeris.
Kenapa EPL? Biar kami ceritakan di masa yang lain.

Sedangkan soal komitmen pula, kami bahagikan tugas, kata bidalan, kecil sama memikul, besar sama dijulang. Ada yang menulis, ada yang membuat grafik, ada yang membuat kerja-kerja webmaster.

Berapa orang kami? Tidak pasti, barangkali boleh dikira dengan jari, atau puluh atau ratus. Kerana klpos.com merupakan laman yang terbuka untuk sesiapa juga menyumbang apa saja dalam ruang lingkup yang disediakan.

Dalam kata lain, laman ini laman Tuan, Puan, saya dan kita semua. Tempat orang-orang yang percaya bahawa tiada tangan yang dapat menahan ombak, tiada undang-undang yang dapat menyekat kebebasan. Dan demokrasi itu perlu dirayakan.

Pun begitu, kebebasan yang ditawarkan perlulah digunakan dengan penuh tanggungjawab sebagai warga yang sedar dan celik.

Akhirnya, yang ketiga, soal dana. Seperti biasa. Tiada kesudahannya. Tetapi satu janji kami, kita akan merayakan kewujudan ruang awam ini, dengan atau tanpa trompet.

Salam perkenalan.
http://www.klpos.com/
Apa Siapa Mengapa

Monday, June 11, 2007

Memperingati 20 tahun - 10 Jun 1987


che'Gubard, Jesicca (ex executive director Amnesty International Philipina) dan Nay Tun (Sec.Gen. NLD Korea)
pose sebelum majlis bermula
Presiden Korea, Presiden KDF dan beberapa tokoh masyarakat menekan butang perjuangan yang kemudian menyalakan LED yang tersemat di dada semua yang hadir..canggih!!
tekun mendengar ucapan melalui alat transistor yang ada alih bahasa.
persembahan koir kanak kanak sekolah yang begitu bersemangat sebelum majlis bermula.
bersama diplomat dan delegasi asing ketika upacara memperingati 20 tahun peristiwa kebangkitan rakyat di Seoul, petikan akhbar Korean Times
nanti saya cuba tulis mengenai 10 Jun 1987 dan mengenai majlis memperingatinya semalam........ tunggu esok.....




Jangan kutip tol untuk terowong yang gagal....

Semalam (10 Jun 2007) sekali lagi Kuala Lumpur dilanda banjir kilat dalam tempoh dua minggu. banjir kali ini lebih besar dan dikatakan antara yang terburuk pernah melanda ibu negara.

Kesesakan teruk dilaporkan berlaku di beberapa jalan utama dan mangsa-mangsa yang terperangkap terpaksa diselamatkan oleh pasukan bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).
Antara kawasan paling teruk dilanda banjir termasuklah Jalan Masjid India, Jalan Ipoh dan Kampung Baru, Kampung Chubadak dan Sentul.
Dataran Merdeka, yang meliputi kompleks bangunan Sultan Abdul Samad ditenggelami separas pinggang.
Lebih dahsyat, air banjir turut memasuki sehingga ke ruang sembahyang di Masjid Jamek, Jalan Raja. Masjid itu terletak kira-kira 10 meter dari paras normal Sungai Gombak-Sungai Klang.
Ibu kota juga dilaporkan mengalami kesesakan teruk di beberapa jalan termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Dang Wangi dan Jalan Kampung Pandan.
Hujan turun lebat di sekitar ibu negara hanya kira kira 3 jam dari sebelum jam 6 petang sehingga 8 malam tetapi kesannya amat teruk. Ini dipercayai kerana kegagalan sistem peparitan dan sistem alihan yang gagal berfungsi.

Ini diakui oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Abu Seman Yusop sendiri berdasarkan laporan Berita Harian.

“Hujan yang terlalu lebat menyebabkan sungai dan sistem perparitan di kebanyakan kawasan di bandar raya tidak dapat menampung aliran air berlebihan,” katanya ketika meninjau keadaan banjir di Dataran Merdeka dan Kampung Baru bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab Hakim Borhan, malam tadi.

Menurut sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa sehingga pagi ini (8.00 pagi, 11 Jun 2007) masih belum dapat dianggarkan kerugian dan kecederaan yang diakibatkan oleh banjir tersebut, tetapi menyakini jumlahnya melibatkan angka yang agak besar.

Parti keADILan Rakyat dengan ini melahirkan rasa kecewa yang amat sangat dengan kegagalan pengurusan sistem pengurusan peparitan dan sisa kumbahan di ibu negara. Kekesalan dan kekecawaan ini bertambah selepas negara baru saja membazirkan RM 2 Billion wang rakyat untuk projek SMART yang kononya dengan wujudnya projek itu masalah banjir kilat di Kuala Lumpur akan diselesaikan.
Projek belum siap ?
Dalam menjawab perihal kegagalan projek RM 2 Billion ini pihak berkenaan telah menggunakan alasan bahawa projek itu belum siap sepenuhnya. Walaupun pada pringkat awal pengumuman terowong ini akan dibuka kerajaan dengan bangganya mengumumkan ia merupakan projek pertama seumpamanya di dunia dan dapat disiapkan mengikut jadual.
Malangnya setelah projek itu gagal dengan ujian alam kali pertama pada minggu lepas Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir Keizrul Abdullah dilaporkan media berkata, sistem pengurusan banjir terowong itu hanya akan berfungsi sepenuhnya pada Julai dengan siapnya kolam tadahan air di Kampung Berembang dan Taman Desa.
Manakala setelah gagal kali kedua ini dan mengakibatkan kerugian rakyat yang bukan sedikit maka Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan, kejadian banjir semalam bukan disebabkan kegagalan terowong Smart kerana sistem terowong untuk mengalihkan banjir itu hanya akan beroperasi Ogos depan.(berdasarkan laporan berita harian online hari ini)
Umum tol, tabur garam ke luka rakyat.

Dalam perkembangan berbeza tanpa rasa bertanggungjawab terhadap kegagalan tersebut Menteri Kerjaraya Datuk Seri S Sammy Vellu mengumumkan bahawa Semua pengguna Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (Smart) di ibu negara akan dikenakan bayaran tol mulai Sabtu ini dan kemungkinan kadarnya akan diumumkan hari ini. (laporan bercanggah Utusan umum akan mula kutipan Jumaat manakala Berita Harian umum Sabtu).
Belumpun warga kota sempat membersihkan lumpur dan peniaga mengira kerugian akibat banjir semalam, Samy Vellu dalam satu sidang medianya pagi ini telah pun mengumumkan pagi ini bahawa kutipan RM 2.00 sehala akan bermula Khamis, 14 Jun.

keADILan dengan ini mendesak supaya kerajaan tidak mengutip sebarang kutipan tol di atas terowong yang gagal (sistem SMART) atau belum siap yang membazirkan bukan sedikit wang rakyat. Malah kini kerana sistem yang gagal itu telah mengganggu sistem pengaliran sehingga mengakibatkan kerugian dan penderitaan terhadap rakyat di ibu negara. Peniaga - peniaga kecil di sekitar ibu negara yang sememangnya tertekan dengan kenaikan kos hidup dan kini pula sedang mengalami kesussahan hidup menanggung kerugian akibat banjir tersebut.

Berdasarkan pendedahan yang pernah didedahkan oleh Angkatan Muda, pemegang konsesi akan diberikan hak untuk mengutip tol sehingga tahun 2042 dan dijanjikan hak untuk menaikkan kadar tol beberapa kali sepanjang tempoh itu sehingga RM 7.00 satu perjalanan. Ini satu kezaliman dan rompakan wang rakyat secara terang terangan !

keADILan menuntut untuk semua pihak terbabit khususnya Menteri Kerjaraya untuk mengambil tanggungjawab penuh terhadap kegagalan dan pembaziran serta kesusahan rakyat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi harus melihat serius perkara ini. Perdana Menteri yang selama ini dilihat lemah perlu bertindak serius dan memecat Menteri Kerjaraya yang mengakibatkan pembaziran dan penderitaan rakyat seterusnya memperbaiki keadaan ini segera. Bukan sedikit jumlah wang rakyat yang telah terbazir begitu sahaja akibat dari kegagalan projek - projek di bawah kementerian Kerjaraya.
Jika ini tidak berlaku rakyat seharusnya 'membuka mata' dan sedar bahawa kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional ini sememangnya tidak mempedulikan permasalahan rakyat. Ini kemungkinan BN sudah terlalu lama menikmati 'puncak kuasa mutlak'. Maka sudah sampai masanya rakyat harus berfikir serius pula untuk menukar parti pemerintah.
p/s : berdasarkan sdr. Zamel Rizal yang menghantar surat ke ruangan pembaca Utusan Malaysia juga membuktikan projek SMART gagal dalam menangani kesesakan lalulintas.

Saturday, June 09, 2007

SPR sendiri tidak bersih jiwanya...

1 Jun lalu hampir semua media utama menyiarkan kenyataan Pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahmad yang mengumumkan mengenai SPR secara prinsipnya telah bersetuju untuk memperkenalkan dakwat penanda jari bagi pengundi menjelang pilihanraya umum akan datang. Pengumuman SPR ini disambut baik oleh banyak pertubuhan politik, pertubuhan bukan kerajaan dan tokoh tokoh tertentu, kecuali Timbalan Menteri Penerangan Datuk Seri Chia Kwang Chye yang berkali kali menyatakan respon membantah pengumuman SPR itu.

Sememangnya ada tanda positif sedikit apabila secara prinsipnya SPR bersetuju menggunakan dakwat penanda jari tersebut.


Namun jika diteliti kenyataan penuh Rashid ketika mengumumkan kesediaan SPR memperkenalkan dakwat penanda ini amat mengecewakan. Rashid dalam kenyataanya menyatakan bawah kesediaan memperkenalkan dakwat penanda ini hanya kerana ingin menghentikan polimik dan tidak mahu ia terus menjadi modal politik parti pembangkang.

Ternyata kenyataan Rashid ini menggambarkan betapa dia secara peribadi dan SPR itu sebenarnya tidak berminat untuk mengadakan pilihanraya yang benar benar adil dan bersih. Setiap tindakan SPR seharusnya bukan kerana tekanan atau hanya untuk memuaskan hati mana mana pihak tetapi ia perlu hadir atas kesedaran tanggungjawab untuk memastikan sistem pilihanraya yang menjadi salah satu tunjang utama sistem demokrasi negara benar bersih dan adil.

Yang keduanya ialah cara SPR menyebut ‘ isu dakwat penanda jari ini hanya modal parti parti pembangkang yang selama ini menjadikan alasan tidak menang kerana tidak ada dakwat penanda’, ini jelas menunjukkan sikap peribadi beliau yang berat sebelah.

Dalam negara demokrasi parti politik dan kerajaan ialah dua intiti yang jelas berbeza, sebagai pihak yang seharusnya menguruskan pertandingan dalam pilihanraya, SPR gagal selama ini untuk mengadakan pilihanraya yang bersih setakat ini kerana masalah ketidak fahaman yang wujud dalam diri Pegawai pegawai tinggi SPR itu sendiri untuk membezakan parti politik dengan kerajaan. Malah dalam banyak keadaan SPR seolah bertindak bagi pihak parti politik yang menguasai majoriti parlimen.

Kembali kepada hal dakwat penanda jari, ternyata ia masih belum lagi terpakai secara rasmi kerana ia hanya diterima secara prinsip oleh mesyuarat SPR tetapi ia perlu dibentangkan di kabinet dan pindaan rang Undang Undang Pilihanraya (perjalanan Pilihanraya 1981) diperlukan.

Pertama sekali harus di renungkan, sejauh mana persediaan SPR untuk untuk membentangkan kepada kabinet mengenai perkara ini. SPR perlu bersedia dan membentangkannya dengan teliti untuk mengelakkan kabinet menolak mentah mentah cadangan dakwat penanda jari yang akan dibentangkan. Jika dirujuk kepada tentangan oleh Timbalan Menteri Penerangan maka sudah pasti akan ramai Menteri Kabinet akan turut sama bersungguh untuk memastikan saranan ini gagal.

Kedua ialah berapa lama masa diperlukan sehingga dapat dipinda Akta Pilihanraya dan membolehkan dakwat penanda ini digunakan dalam pilihanraya. Jika pilihanraya umum awal berlaku pasti SPR akan menggunakan alasan 'kami sudah bersedia tetapi proses masih belum selesai'...

Kesungguhan spr...

Sebenarnya dakwat penanda itu bukan satu satunya masalah dalam pilihanraya di Malaysia. Di Kelantan baru baru ini ketika mennyampaikan ucapan sempena Muktamar Pas 2007, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan mengenai kewujudan 40, 000 pengundi luar yang akan dibawa masuk untuk mengundi bagi meastikan kemenangan BN, ini kerana berdasarkan maklumat dalam BN sendiri menyatakan ini merupakan kali pertama dalam sejarah BN bakal menghadapi kesukaran di 70 kawasan parlimen. Antara kawasan tumpuan mereka sudah tentulah Kelantan yang dikuasai oleh Pas dan Sabah tempat dimana sokongan terhadap keADILan berada di puncak dan BN menghadapi perbagai masalah.

Anwar sehingga kini masih belum menunjukkan apa apa bukti berkenaan tuduhan beliau itu kerana dalam ucapan yang sama beliau menegaskan hanya akan mengenengahkan bukti jika SPR sendiri menyatakan kesediaan untuk menyiasat dan menyelesaikan permasalahan ini. Jika tidak menurutnya pendedahan tidak akan bermakna kerana ia bakal menjadi seperti pendedahan pembelian senjata yang pernah beliau lakukan.

Berkenaan perkara ini ingin saya bawa satu fakta dari yang dipetik dari sebuah blog milik seorang anak muda yang bertugas bersama ANFREL (Asian Network for Free Election). Amin Iskandar mencatatkan pengalamn beliau menemui penyokong Barisan Nasional Sabah di Tawi - Tawi Filipina. Dalam catatan perjalanan beliau semasa di Tawi - Tawi kerana misi pemantauan Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Kerajaan Tempatan 2007 Filipina baru baru ini menyatakan beliau banyak bertemu dengan penduduk di Tawi-Tawi yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Filipina.


Berdasarkan permerhatian beliau menyatakan bawaha perkara ini diketahui kerajaan. Walaupun kerajaan melarang rakyat memiliki dua kerakyatan tetapi perkara ini didiamkan (baca : digalakkan) demi mestikan kelangsungan kuasa BN.

Beliau juga menemui seorang buruh yangs sering berulang alik dari Sabah ke Tawi-Tawi kerana bekerja. Buruh ini memiliki dua kerakyatan dan apabila ditanya bagaimana dia memiliki dua kerakyatan buruh itu menyatakan bahwa terdapat sindikit yang memberikan kerakyatan Malaysia kepada orang Filipina dengan syarat mereka mengundi BN.

Pendedahan mengenai kegiatan seumpama ini telah didedahkan oleh Dr. Jeffery Kitingan, Naib Presiden keADILan dan kini catatan perjalanan bergambar seorang anak muda juga telah membuktikanya.

Ingatan buat semua pemimpin parti politik progresif dan rakyat secara keseluruhan jangan mudah terpedaya dengan tindakan cakap - cakap Pengerusi SPR yang bertindak membeli masa menjelang pilihanraya untuk menunjukkan seolah wujud kesungguhan mewujudkan pilihanraya yang adil.

Terlalu banyak jenayah yang terselindung dalam pilihanraya negara, pembelian undi contohnya hampir semua mengetahui bagaimana Barisan nasional membeli undi dengan kononya membayar 'mileage' kepada pengundi yang datang mengundi dari luar kawasan. Bukti ini juga boleh diperolehi dalam laman Youtube yang merakamkan perbualan tawaran pembelian undi ketika pilihanraya ijok.

Itu belum lagi menyelak di sebalik kain undi pos yang misteri.
* gambar Amin, penyokong BN (siap bertopi BN) di Tawi tawi dan pemantau dari Pakistan. (gambar dari blog Amin)