Rakyat benar - benar keliru kini. 17 Jun lepas dalam satu kenyataan dalam Berita Minggu Pengarah Bahagian Tebatan Banjir JPS, Datuk Abd Rahim Kaparawi yang berjanji mengani Kuala Lumpur tidak akan banjir lagi selepas tahun depan, kenyataan ini menenangkan sedikit rakyat Kuala Lumpur yang dalam kemurungan kerana ditimpa musibah berganda iaitu banjir besar dan yang kedua pengumuman harga tol SMART yang tinggi.
Namun rakyat pelik kerana selepas kenyataan Pengarah bahagian Tebatan Banjir itu terus esoknya dan beberapa hari berikutnya Ketua Pengarah JPS menyatakan SMART dan beberapa projek tebatan banjir hanya boleh mengurangkan banjir dan itupun belum pasti. Manakala di peringkat Menteri dan Kerajaan tempatan seperti DBKL pula menyatakan projek tebatan banjir tidak boleh atasi banjir kerana peruntukan belum cukup dan menuntut kabinet meluluskan pertuntukan lebih besar selepas mendapat peruntukan segera kecemasan sebanyak RM100juta selepas banjir.
Rakyat perlu buka mata RM100juta diperuntukkan oleh Regim BN kepada pengendali-pengendali yang gagal melaksanakan tebatan banjir tetapi rakyat yang malang dilanda musibah banjir mendapat apa?
Beberapa hari lepas sekali lagi gempar apabila Ahli Parlimen Cheras mendedahkan bahawa terowong bestari (ditukar nama dari smart untuk alih perhatian rakyat kerana kegagalan alih air banjir) yang dibina begitu mahal dengan wang rakyat dan diserahkan kepada sebuah syarikat untuk menikmati kutipan tol yang tinggi kini sudah retak. Namun seperti biasa penafian segera dibuat oleh Regim BN yang kali ini disuarakan oleh Ketua Pengara JPS.
Regim BN ini akan terus bersandiwara kerana tidak langsung merasa tergugat kerana mereka yakin akan terus berkuasa atas dua sebab besar. Pertama proses demokrasi yang pincang (penuh penipuan) dan kedua rakyat Malaysia yang mandul dari aspek menuntut hak sendiri.
Dunia ini penuh dengan lakonan. Dan pelakon-pelakon yang berperanan memegang watak utama dan sampingan dalam filem alam nyata ini begitu serba boleh dan layak merangkul anugerah pelakon terhebat dunia.
ReplyDeleteItulah dunia politik...bermacam-macam warnanya ada yang jelas dam ada yang kabur.
Aku hanyalah penonton dan berhak memberi pandangan peribadi.