Bukan mahu membela perbuatan jenayah. Tetapi hati agak tersentak apabila membaca rayuan A Vijaya Kumar, 29.
“Saya tinggal bersama tujuh adik beradik dan memberi sumbangan besar pendapatan kepada keluarga. Saya mencuri barangan terbabit disebabkan mengalami kesempitan hidup,” rayunya kepada Majisterit.
Sememangnya ada rekod jenayah sebelum itu dan jika dia benar bersalah dia harus dihukum. Tetapi melalui kes ini rakyat perlu buka sedikit mata hati kita.
Pendakwa raya dihadapan majisteret menyatakan “Perbuatan mencuri 10 batang skru besi milik Syabas menyebabkan syarikat terbabit mengalami kerugian besar akibat dari tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini. Disebabkan tertuduh tidak insaf perlu diberikan hukuman setimpal.”
Syabas yang mendapat keuntungan berbilion setiap tahun menjual air yang diturunkan tuhan. ( Nota ; Walaupun Malaysia berlebihan air sehingga banjir namun air tetap mahal dan malah kadang kala air tidak mencukupi - itu maknanya kerajaan (BN) dan syarikat kroninya gagal menguruskan sistem pengairan air negara). Dengan hanya kehilangan 10 skru pendakwa raya menyifatkan Syabas telah kerugian besar.
Apakah pendakwaraya atau pejabat Peguam Negara hanya celik apabila kerugian itu ditanggung oleh syarikat (baca; golongan kapitalis) kroni kerajaan yang sememangnya sudah mewah dan lelap apabila kerugian itu menimpa rakyat yang sedia susah.
Laporan kedua hari ini ialah seorang remaja tingkatan empat dihantar ke Sekolah Pemulihan Henry Gurney kerana bersalah mencuri 90sen walaupun itu kesalahan pertamanya.
Mana pendakwaan rasuah yang berjuta malah berbilion (sehingga kini rasuah Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik di senyapkan). Apa tindakan mereka apabila kerugian menimpa rakyat seperti apabila projek SMART (dah tukar nama ke Terowong Bestari untuk perbodoh rakyat) gagal ?
Yang pasti selepas gagal rakyat terus derita tetapi kerajaan (BN) akan terus menimmatinya kerana syarikat kroni akan terus menikmati kontrak baru, apabila kabinet meluluskan pengeluaran wang negara (Nota ; wang negara ialah wang kita yang dikutip dari cukai , saman dan sebagainya. Malah jagi menteri juga datangnya dari wang kita).
Rayuan....bukalah mata wahai rakyat tercinta.
p/s : di Kuala Lumpur banyak peniaga terpaksa menjual barangan yang sempat diselamatkan dari banjir dengan 1/2 harga.....mungkin ini yang dimaksudkan kempen turun harga oleh Safie Apdhal... dan aman janji krajaan barang tidak akan naik...baca laporan Berita harian hari ini.
'reverse tips' utk rakyat malaysia yang nak mencuri,merompak,jenayah lain dan di jamin tak kan 'tertangkap' atau 'dituduh bersalah':
ReplyDelete*jangan curi 10 skru,tp curilah 10 000 skru..
*jangan curi 90 sen,tp curilah 90 000, 9 000 000,senang cakap lagi banyak lagi bagus.
*jangan tikam orang tapi lebih elok kalau orang itu di bom saja..
bukan cakap main-main ni..ini betul2,jadi je kat malaysia ni..
kn?kn?kn?
Curi 90sen salah, curi 90k pun salah, even 9billion pun salah kalau bukan kroni.
ReplyDeleteBukan setakat mencuri kalau bukan kroni salah kat mesia nii...malahan,rakyat pekak lagi tolol nak buat duit, guna duit sendiri pun depa tak bagi...salah kata depa...memang dasar 'Mesia Tak Boleh 2057' betoiii....
ReplyDelete