Kuala Lumpur semalam dilanda banjir kilat yang teruk. Hujan lebat selama dua jam di ibu negara petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Sungai Besi ditenggelami air setinggi 0.9 meter akibat banjir kilat.
Lapor yang sama juga menyebut Ketua Skuad Jabatan Keselamatan dan Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Inspektor Ishak Ahmad berkata, sebanyak 180 orang daripada 60 keluarga penduduk Kampung Sri Indah di sekitar Jalan Sungai Besi terpaksa dipindahkan ekoran banjir kilat itu.
Antara jalan yang ditenggelami air antara 0.2 meter sehingga 0.5 meter ialah Jalan Bangsar, Jalan Maarof, Jalan Semantan, Jalan Sultan Sallehudin, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Travers dan Jalan Duta.
Manakala Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Masjid Jamek juga ditutup hampir sejam berikutan kawasan di Jalan Raja dinaiki air.
Menurut sumber yang berada di tempat kejadian memaklumkan orang ramai di kawasan sekitar yang terlibat dengan banjir mengalami kerugian yang tinggi kerana air naik mendadak. Banyak kenderaan juga tenggelam dalam kejadian itu.
Menjadi persoalanya kejadian ini seharusnya tidak patut lagi berlaku kerana berdasarkan jaminan projek bernilai RM 2 billion. Kerajaan memberi jaminan dengan Projek lebuhraya Stormwater Management and Road Tunnel (Smart) masalah banjir di ibu negara dapat di atasi.
Sebanyak RM 2 billion dibelanjakan untuk projek itu malah pihak pengendali projek juga diberikan hak untuk mengutip tol bagi kenderaan yang menggunkan terowong itu (walaupun dibina dengan wang negara) sehingga 2042. Perjanjian tol ini pernah didedahkan oleh bekas Naib Ketua Angkatan Muda, Sharifah Shahida Syed Kamaruzaman.
Ternyata projek yang menelan RM 2 Billion wang rakyat ini gagal. Menteri Kerja Raya dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang sibuk mempertahankan projek ini yang semenjak dari awal sememangnya penuh dengan kontroversi dan bantahan perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya dengan kegagalan projek ini.
Wang rakyat dibazirkan dengan projek yang gagal dan rakyat masih menderita dan mengalami kerugian dengan masalah banjir malah lebih buruk dari itu.
Kerajaan dituntut menanggung semua kerugian yang dihadapi oleh penduduk yang terbabit dan Menteri yang terbabit harus dipertanggungjawabkan di atas kegagalan projek SMART.
Tahniah atas keperhatinan....
ReplyDeletesungguh besar banjir dan malapetaka itu sehingga nampak dari Korea..
Macam ni la baru MPT yang berkaliber...bukannya nak bodek,tapi kesungguhan bersadarkan fakta jelas anda TELAH menjalankan tugas sebagai MPT yang di pilih dlm Parti...Tahniah..!!!
ReplyDeleteMarah sudah pasti,
ReplyDeleteMaaf belum tentu.
Isu sama, bebel beza.
http://www.mystrique.com/2007/06/kepalanya-dua-dan-ekornya-sembilan/