Bermula dengan adiknya Mohd. Jusnaidi Omar, 36, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu kelmarin atas tuduhan mengedar ganja dan syabu di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Tanjung Aru, pada pukul 10 pagi, 20 Mei lalu dan didakwa mengedar 1,088 gram ganja di bawah Seksyen 39B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Adik Noh turut dituduh memiliki tujuh peket syabu seberat 35 gram di bawah Seksyen 12(2) dibacakan bersama 39A(r) yang kedua-duanya di bawah akta yang sama.
Seksyen 39B(1)(c)ADB memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, manakala Seksyen 12(2) membawa hukuman maksimum lima tahun penjara dan sebatan 10 kali.
Sementara itu, isteri Mohd. Jusnaidi, Nurul Ashikin Omar, 31, suri rumah, dituduh mengambil dadah jenis amphetamine dan methamphetamine di bawah Seksyen 5(1) akta yang sama.
Kemudian pula Setiausaha Sulit yang paling rapat denganya pula, Kernaini Anuar, telah meninggal dunia dalam satu kemalangan di Sungai Burung, dekat Tanjung Karang.
Kesemua ini terjadi dalam masa yang singat dalam kesibukan Noh menguruskan Majlis Parkahwinan seorang lagi adiknya. Arwah Kernanini di langgar sebuah kereta ketika melintas jalan di Parit 2, Sg. Burung ketika hendak menghadiri Majlis Perkahwinan adik Noh.
Kemalangan bertimpa - timpa.... ingin dirakamkan simpati dan rasa turut memahami.
tetapi semua itu tidak boleh menjadikan alasan untuk Noh merepek dan merapu. Sebagai Timbalan Menteri di Kementerian penting yang memacu institusi pendidikan negara seharusnya beliau mampu mencerminkan perwatakan yang sesuai dengan jawatan beliau.
Mungkin kerana tidak tahan di asak wartawan (dalam keadaan berduka cita) mengenai adiknya yang ditahan polis dalam satu sidang media ketika perasmian bangunan GPMS di Sentul Noh, secara keras telah mengugut guru akan dikenakan tindakan jika menghalang program UMNO dari diadakan di kawasan sekolah.
Malah Noh secara bongkak menyatakan jika pembangkang (parti politik selain yang bergabung dengan BN) ingin mengadakan program boleh buat di bangunan bukan milik kerajaan. Nampaknya Noh amat tidak memahami sistem demokrasi berpelembagaan yang diguna pakai dalam negara ini. Noh tidak memahami perbezaan antara parti politik bernama Umno dan kerajaan. Hanya dalam negara yang mengamalkan satu parti atau sistem komunis sahaja sukar mencari perbezaan antara kerajaan dan parti politik penguasa.
Institusi pendidikan seharusnya menjasi medan pencabahan ilmu dan pemikiran bebas yang kadang kala seharusnya kritikal mencabar keadaan semasa. Pendidik dan anak bangsa yang menimba ilmu seharusnya dipersiapkan dengan pemikiran mandiri ke arah mempersiapkan sebuah bangsa yang mampu berdaya saing dalam dunia globalisasi yang semakin menggila.
Harapnya kenyataan Noh itu di buat secara tidak sedar kerana dalam keadaan amat berduka cita. Jika ia dibuat secara sedar dan sengaja maka amt malanglah institusi pendidikan negara punya Timbalan Menteri seperti Noh.
Noh Omar sapa tak kenal... dia dan keluarga dia memang banyak masalah moral.....
ReplyDeletetapi yang hebat dia masih mampu untuk terus bercakap soal moral, pendidikan dan agama...walaupun dia tahu yang orang ada yang tahu apa yang berlaku...tapi dia memang tak tahu malu...