Harapan masa singkat mereka ialah tahanan ISA reformasi dan Anwar di bebaskan dan harapan masa panjang mereka ialah ISA itu sendiri dihapuskan. Kini harapan masa singkat mereka telah terlaksana tetapi nampaknya harapan jangka panjang mereka masih jauh... mereka pula tidak mampu lagi meneruskan kerja yang mereka lakukan... Khidir terpaksa menumpukan kerjaya dan membantu keluarga khususnya selepas pemergian ayahanda tersayang tahun lepas. Manakala Pak Lang Zaki pula kini menderita (walaupun dia tak pernah kata sakit dan nak cuba tunjuk sihat) sakit barah prostat yang kini dah memberi kesan ke buah pinggang. Harap ada yang mampu menyambung tugas mereka.
Tugas mereka mudah sahaja... kumpulkan bahan bahan untuk pameran anti isa yang mampu memberikan kesedaran kepada rakyat...korbankan perbelanjaan sendiri untuk semua itu termasuk kenderaan dan belanja perjalanan. Masa tu Pak Lang jual macam-macam cenderamata untuk cover sikit beban ...buat kemeja x-file ISA, jual buku anti Isa, vcd dan lain - lain.....dalam segi kempen berjaya sebab ramai pakai t-shirt dan baca buku tersebut tapi masih gagal tanggung kos sebab ramai tak bayar...hehehe...aku sehingga kini ada hutang dengan Pak Abu dan Malaysiakini sebab aku ambil buku dari mereka dan salurkan pada penjual buku habis tapi modal pun habis tak balik..hehehe
Dalam masa aktif ini, mereka telah berjaya mengobankan sekurang kurangnya dua buah kenderaan. Sebuah Renault Hijau yang rosak di Johor kemudian di tinggalkan di sana kerana tak mampu (RMnya) untuk dibaiki dan akhirnya tersadai tanpa di bayar instalment. Kereta ini tersadai di rumah salah doktor perubatan yang kini menjadi ahli MPT keADILan ....akhirnya tukang tarik kereta pecahkan pagar rumah untuk tarik kereta tersebut.
Kereta yang kedua pula sehingga kini tersadai di Bangi dan sehingga kini juga tak bayar tetapi belum ada yang sanggup tarik.... hahahaha....mana taknya jelajah satu Malaysia setiap kali ke mana – mana barang pameran akan diperiksa dan diperbaiki tetapi kondisi kenderaan tidak dipeduli. Kereta Iswara aku juga hampir terkorban (tempat duduk belakangnya kerana skru dan clip nya hilang selepas digunakan untuk bawa bahan pameran...rupanya mereka ini kalau membawa barang pameran kerusi penumpang belakang dibuang)
Tetapi bukan itu mauduk’ penulisan kali ini.... niat menulisnya ialah mengenai seorang kawan...
Masa kereta Pak Lang rosak di Johor itulah kali pertama aku dengar nama Rosli dan Nurin... sebenarnya dua – dua orang ini aku mungkin pernah jumpa sebelumnya tetapi tak perasan.....
Ketika kereta rosak di Johor dalam perjalanan bawa barang pameran ada dua kali aku telefon Nurin untuk mengetahui kondisi. Ekspresi pertama aku Nurin ni peramah dan ’terlalu’ banyak cakap susah nak berhenti (lebel ini kekal sehingga hari ini)...
Kali pertama aku bertemu dengan Nurin ialah ketika malam penaklukan Iraq oleh Amerika...malam itu kami anjurkan candle light di depan kedutaan Iraq tanda protest kepada Amerika...malam itu Nurin datang dengan Kol. (B) Mislan. Aku ingat lagi malam tu aku buat lawak sikit jer tapi dia gelak macam machine gun ...
Lama kelamaan selepas mengenali dia dengan lebih rapat .... aku tahu dia ni seorang pejuang yang ikhlas....dia ni kadang kadang lurus tak tentu arah dan susah nak paham... kadang kadang satu benda terutama yang melibatkan ’cilok’ politik kena cerita dua tiga kali baru dia boleh paham....
Panjang perkenalan kami ada masa aku marah sangat dengan dia sebab ’kebebalan’ tak tentu arah dia....tapi lama – lama aku pikir dia yang ikhlas dan lurus tu (dan kadang kadang nak tunjuk cerdik) hilang marah aku.. sebab dia ni kalau buat kerja sungguh sungguh... bayangkan masa dia memikul amanah mengetuai AMK Johor dia tidak bekerja dan sedang belajar di Universiti di Utara Semenanjung Malaysia dia masih mampu sering pulang dan bersungguh menggerakkan jentera...
Dia pun pernah marah aku gila-gila tapi aku tahu marah Nurin tidak lama ... lepas aku telefon dua tiga kali buat lawak dia akan cool balik. Dia pernah dua tiga kali tunjuk ’bijak’ kononya nak ikut struktur.... anjur latihan di ulu dedap (jauh sangat) Johor tak bincang dan jemput aku.... kononya akan dikendalikan oleh Pengerusi Biro Latihan AMK tetapi saat akhir dia call aku rayu aku turun sebab semua dah siap tetapi Pengerusi Biro Latihan Cuma boleh turun untuk satu sesi sahaja kerana sibuk...Nurin telefon aku sedih – sedih minta tolong tapi aku tak marah sebab aku kenal Nurin maka Pak Lang Zaki, Era dan aku terus bekejar naik bas ke kawasan ulu dedap di hujung daratan benua Asia.
Semasa Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir aku sampai hari penamaan calon. AMK seharusnya memainkan peranan sebagai jentera sokongan. Namum sehingga hari tersebut semua belum ada apa – apa....maka mengenali teman – teman aku cadangkan Fariz sebagai Pengarah pilihanraya AMK kerana mengenali dia yang senang nak deal dan cool dan aku cadang Nurin sebagai Setiausaha kerana sikapnya yang kelam kabut dan suka mendesak juga kaki bebel....ternyata kali ini telahan aku menjadi Fariz berjaya memainkan peranan pengarah yang cool dan Nurin berjaya memainkan peranan Ibu Tiri kepada jentera AMK...sampai sembahyang teman – teman pun dia jaga.....ternyata dalam keadaan serba kekurangan pencapaian jentera AMK bolehlah dibanggakan.
Gandingan Yusof dan Nurin pula tidak akan dilupakan sepanjang baki hidup kerana kesungguhan mereka dalam menjayakan majlis perkahwinan che'GuBard dan Erahanim.Masa itu Nurin tidak ada kereta. Peristiwa tidak ada kereta ini juga menarik kerana aku ada dalam kereta masa kereta dia kena tarik.....cuma tak nak tulis panjang bab ini nanti takut Nurin marah...
Sebab tidak ada kereta maka Yusof lah yang menjadi ’pemandu’ ke hulu ke hilir menyiapkan majlis perkahwinan aku... kerana sehingga 3 hari sebelum kahwin aku masih sibuk di Permatang Pauh untuk bersama aktiviti AMK.
Ketika aku di Korea Nurin pernah hubungi aku dalam sebak cerita beberapa masalah dalam parti...aku tahu dia ikhlas sangat dan dia sebak bukan sebab pengorbanan dia tapi sedih tengok pengorbanan kawan – kawan seolah di siakan dengan krisis yang seolah tiada kesudahan. Kepimpinan AMK yang terlalu politiking mengorbankan pengorbanan aktivis bawahan......Aku cuba berkongsi pandangan dengan Nurin ketika itu...Alhamdunillah Nurin masih bersemangat dia terus bersama perjuangan dan menang exco wanita pusat.
Ketika aku pulang ke Malaysia baru baru ini Nurin bertunang pada hari yang sama Lyana Rusli kahwin di Semenyih... pagi aku bersama isteri tersayang pergi kenduri Lyana dan Jay Jay...kemudian terus ke Sabak Bernam ... itu kali pertama aku ke rumah Nurin.. Nurin banyak berahsia pasal keluarga dan peribadi beliau...termasuk namanya..
Kesempatan itu aku ambil untuk bermesra bersama keluarganya...Keluarganya ramah....rumahnya ditengah sawah padi...banyak yang aku baru tahu hari itu berkenaan Nurin.
Tak tahu nak bagi apa (tengah belajar kewangan mendesak) makanya aku bagi Nurin beg cop SungKongHoe University.... dua hari lepas itu aku jumpa dia di Pulau Pinang ...dia pakai beg itu ...aku bangga Nurin hargai pemberian aku yang tak seberapa ... tapi kawan – kawan lain pandang dan tanya takkan Nurin saja dapat beg... aku kata sapa nak beg kena tunang masa aku balik lagi sekali..... (ingatan ini terutama buat si bujang – bujang dari Pulau Pinang..yang dah kahwin nak kahwin satu lagi tak achi...)
Hari ini aku amat terkilan kerana aku gagal menghadirkan diri Majlis Perkahwinan Nurin... semalam jam 10malam waktu Korea aku dapat ’sms’ dari Era yang katanya Alhamdunillah Nurin selamat di ijab kabulkan.....maaf Nurin aku tak dapat hadir dalam majlis perkahwinan hang..
Cuma masa aku nikah Nurin gelakkan aku sebab sampai 3kali akad...tapi dengar dari isteri aku suami dia pun tiga kali juga....hahahaa.. takpe lah banyak kali baru afdhal hahaha...
Apa pun Selamat Pengantin Baru ...Nurin...........moga bahagia ke akhir hayat....ingat teruskan perjuangan.....Kepada suami Nurin tahniah anda dikurniakan isteri seorang pejuang yang mampu InsyaAllah mendidik anak anak dan keluarga ke jalanNya..
Nurin dah kahwin sikit sebanyak masa dia untuk ’perjuangan’ akan tidak seperti dulu...maka doa aku lahirlah satu lagi (kalau boleh lebih) anak muda wanita seperti Nurin...segera !
Gambar 1 : ketika pameran anti Isa/Bebas Anwar di Kelantan, Pak Lang pakai topi koboi di belakang turut kelihatan ialah Kak Bahiran (Isteri Ezam) , Ibu Ezam, Marina (Isteri Raja Petra) dan Ummi (isteri Ust. Bad) pic dari FAC -tq to Petra
Gambar 2 : Tian dan Nasir melawat Pak Lang masa tengah sakit(seminggu sebelum jadi Bapa Mertua aku) pic dari blog Tian
Gambar 3 : aku terangkan Nurin sesuatu sebelum program sebab dia nie kena terang betul betul baru paham..sebab dia hanya buat benda yang dia paham sahaja...
Gambar 4 : Gambar bersama sebahagian peserta latihan AMK Jhr di ulu dedap..
Gambar 5 : Aku, Nurin, Fariz, Era dan Nik (Ketua Penerangan, keADILan Kelantan) ketika Mesyuarat Bilik Gerakan P/Raya Kecil Pengkalan Pasir
Gambar 6 : Gambar Nurin masa lepas Nikah di Masjid ..belakang yang senyum pun posing juga baju hijau itu Era isteri kesayangan...
Mabruk & Tahniah Rin, Moga kalian menjadi pasangan bahagia fid dunya wal akhirah..terimakasih di atas segala curahan pengorbanan, bantuan dan sumbangan pada AMK Negeri Sembilan selama ini.. Teruskan Perjuangan...
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeletehari itu Bard kahwin tak jemput aku ni Nurin kahwin pun aku tahu tiba - tiba dari blog Bard...iskh ..tapi takpe aku paham mungkin hangpa semua nie sgt sibuk... Nurin last aku jumpa dia sibuk sgt menjelang kongres hari itu..
Apapun aku ucap tahniah kepada pejuang pejuang di hari bahagia mereka ...tahniah Nurin...
Cuma aku harap media alternatif seperti khususnya Suara keADILan bagilah sedikit coverage buat hari bahagia depa nie kerana sumbangan depa nie bukan sedikit pada parti.. (itu pandangan aku lah)....pelik hari itu Bard kahwin SK tak keluar sebaris ayat pun ucap tahniah ke apa ke?
aku terbaca blog FaisalMustafaa komen mengenai suara tu aku harap kepimpinan parti pandang serius... sebab Zunar nie selalu tenggelam dalam polimik politik...SK kena belajar dari harakah 'firm' dan adil... jgn condong tak tentu arah...harap SK tak ulang pemboikotan majlis perkahwinan Bard dengan ketepikan berita Majlis perkahwinan Nurin pula..
Pada Bard - hang semenjak duk korea nie menulis pun meleleh aku baca..hehehe pinjam ayat hang balik 'style'....
Tersedak aku baca nama aku disebut dalam blog Bard.
ReplyDeleteThanks anyway.
Faisal
Style ...achai@faisal Mustaffa ialah pengapit masa aku kahwin....
ReplyDeleteTahniah dan doa agar Nurin dan pasangan selamat dan berbahagia hingga akhirnya...
ReplyDeleteCikgu Bard juga dengarnya bakal timang cahaya mata...tahniah...
dari reformis kecil